Thursday, August 9, 2012

KENAPA MESTI WANITA JER KENA PANDAI MEMASAK?


Patut ditambah. 100% wanita juga suka sangat kalau lelaki rajin memasak


Semalam Kjee nampak ada fren FB post gambar or poster ni kat wall FB dia. Tersenyum Kjee. Memang banyak kebenarannya. Sebab itulah Kjee paksa anak dara Kjee yang sorang tu memasak. Belajar tinggi manapun, kalau tak boleh masak untuk laki, bukan perempuan namanya.

Sekarang ni, bukan orang perempuan jer kena pandai masak supaya laki sentiasa makan di rumah tau. Kaum Adam pun kena rajin ke dapur supaya dapat ringankan beban isteri. Dengan itu, rumahtangga akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

Kjee ambil contoh arwah bapak Kjee. Dia sangat rajin ke dapur. Kalau hujung minggu, kami empat beradik sangat look forward kalau dia buat sarapan. Selepas subuh dia tak tidur dah, especially kalau terdengar anak2 dia kata teringin nak makan roti canai ataupun roti buns.

Kalau dia di dapur, senyap jer. Kami bangun semua sudah siap terhidang. Cuma satu jer ketika itu. Bapak tak suka kemas apa yang dia masak. Lepas makan, kami akan gotong royong kemaskan dapur yang berselerak.

Roti canai dia memang sedap sangat2. Garing diluar dan lembut di dalam. Dan kuah yang mengiringi roti canai juga superb. Macam2 jenis kuah ala dhal. Bila kita mintak resipi, dia tersenyum sipu. Mak kata, dia main campak apa sahaja yang dia jumpa dalam pantry atau peti ais. Sebab itu, kalau suruh buat lagi esoknya, takkan dapat rasa yang sama.

Roti bun yang dihasilkan jugak amat sedap. Bapak uli sendiri tanpa apa2 bantuan seperti breadmaker dan sebagainya. Apabila roti sudah siap masak, baunya semerbak harum. Kami semua meluru ke dapur dan bapak akan sapu marjerin planta atas bun tu. Mesti makan jam tu jugak sebab sedap sangat makan panas2.

Nasib Kjee baik sebab dapat suami yang jugak rajin ke dapur. Mi goreng mamak dia paling sedap. Nadia cukup suka pancake yang papa buat. Mama buat tak sedap, katanya. Dan Unclepali jugak tukang bancuh air di rumah kami. Kalau kami buat, semua tak kena dengan seleranya.

Oh ya satu lagi yang Unclepali pandai sangat buat ialah sambal belacan. Kjee kalau buat, tak sama macam yang dia buat.

Dato Dr Fazley Yaacob, Masterchef Celebrity Malaysia jugak satu contoh yang cukup baik. Seorang yang terpelajar dan baik budi pekerti dan telah menunjukkan minatnya dalam bidang masakan. Kaum Adam yang hanya tahu duduk saja di meja makan menunggu isteri hidangkan makanan, tak malu ker tengok Dato Fazley?








11 comments:

  1. ehehehehe.. betul tu kak jee... elly ni bukan la kategori pandai masak.. takat simple2 tu boleh lagi telan... masa baru2 kawen ... kalau nampak lauk macam dasyat sket.. dier akan cakap... lauk tepon ekk.. (maknanya elly tepon mak la camne nak masak).. pernah tanya cik abang.. napa suka makan masakan umah... jawapan dier... masa bujang manjang makan kat luar.. jemu dah...

    ReplyDelete
  2. Salam jee~~
    cakap fasal pandai masak ni... pengakuan jujur dari lubuk hati ku.... memang tak pandai masak.... sbbnya nor anak bongsu dari tujuh kakak, dan arwah ayah mmg suruh belajarrrrr jer.... hehehe (seronok masa tu). Bila dah sampai jodoh tak sangka pula en hubby mmg terror merror bab masak sbb mak dia mendera (paksa masak) dorang adik beradik kat dapur masa kecik... hehehe. Mmg hubby pandai masak dan dari dia la nor mula masak pelbagai masakan yang 'campak-campak' hehehe. Skg ni dah bole lah masak lauk kegemaran anak2... dan nor ucapkan ribuan terima kasih pada bloger2 masakan yang sudi berikan resepi2 masakan especially you dear..... walaupun dah bole , tapi en hubby TETAP bagi arahan apa yang perlu dimasak... adehhhhhh.....
    (namun bahagia~~~ :-)... )

    ReplyDelete
  3. Hahaha Elly. Kjee pasti setiap wanita ada ernah buat 'lauk tepon'. tepon bonda mintak nyawa. hehehe

    ReplyDelete
  4. saya selalu macam pancing husband mintak masakkan untuk saya sekali sekala..saya tahu dia boleh buat cuma dia tak berpeluang aje..maklumlah kami PJJ...

    ReplyDelete
  5. kak jee.. elly tu tipu.. hehehhe.. dia masak sangat2 sedap.. siap boleh ganti mak masak untuk berjual tau.. saya yang memang tak pernah masak masa sebelum kawen.. (masak air je pandai)..
    masa tu.. tiap kali cuti sekolah, kakak mesti tanya nak makan apa.. nanti dia masak.. n elly tak terkecuali kena masak nasi.. sedangkan saya tengok je dia masak.. hehehhe..

    ~nana oshin~

    ReplyDelete
  6. uik... selera kita dengan selera cik abang tak sama la.. masa baru kawen...

    ReplyDelete
  7. kak jee, hubby sy tak terror masak, takat sket2... goreng2 tu boleh lah, tp kecahnya dapur lepas tu...... masya Allah! Rasa tobat tak nak mintak dia masak dah... hehehe

    -atin-

    ReplyDelete
  8. Kak Jee..Sue setuju sangat-sangat. Heee

    ReplyDelete
  9. Sejak follow masterchef celebrity malaysia tu, and also sejak 'berkenalan' dgn blog kak jee, mmg terinspired terus bab masak memasak ni! Hubby pun happy. Saya dah try mee Kari nyonya kak jee haritu, sedap!! :)
    Thx for all d wonderfull recipes kak jee...!! :))) keep it up. Good motivation for all d younger generations.

    ReplyDelete
  10. bagi saya x kesah la laki pandai masak ke tak..tapi kalau both husband and wife bekerja, husband nyer kene lah ade rasa tanggungjawab nk tolong kat dapur..basuh pinggan ke, potong bawang ke.. jgn le dibiarkan bini sensorang kat dapur and lakinyer tengok tv/tido tunggu makanan dah terhidang.

    ReplyDelete