Tetapi tiap kali dia ke pasar juadah, balik rumah tak pernah pun Kjee tengok dia beli nasi tomato. Tak ada orang jual lah tu. So sebagai isteri kenalah faham kan? Kalau suami nak makan, selagi ada kudrat, selagi boleh heret badan yang dah tak berapa bermaya ni ke dapur, nak jugak layan selera suami.
Kjee masih tak dapat nak suruh Nadia tolong di dapur sebab esok dan lusa dia ada final exam untuk sem ini. So lepas Asar tadi, Unclepali turun ke dapur bantu Kjee masak. Hasilnya? Hmmm jadilah nasi tomato, dalca, jelantah dan jugak jemput2 pisang.
Kjee buat nasi tomato macam yang selalu Kjee buat iaitu guna Sup Tomato dalam tin. Ada macam2 brand di pasaran. Kjee guna Kimballs. Kalau ada Heinz lagi sedap kan?
Anyway kalau korang berhajat nak follow resipi Nasi Tomato Kjee ni, sila klik sini.
Biasanya kalau masa Nasi Tomato, Kjee padankan dengan lauk Kurma Ayam atau Daging. Hari ini Kjee ubah selera sikit buat ayam masak merah. Kjee buat versi bonda. Selain itu, Kjee buatlah dalca yang simple jer guna carrot, kentang dan tulang2 ayam, hati dan juga pedal.
Untuk ayam masak merah, Kjee guna kira2 800gms ayam (atau ¾ dari seekor ayam). Kjee potong dan perap guna kunyit dan garam. Kemudian goreng. Tapi jangan garing sangat nanti isi ayam keras. Ala2 goreng secukup masak jer.
Kemudian Kjee tumbuk 1 labu bawang merah, 2 inci halia dan tiga ulas bawang putih sampai lumat. 1 labu bawang besar pulak Kjee hiris bulat. Kjee jugak guna 2 sudu besar cili kisar dan 2 susu besar paste tomato.
Lepas tumis bahan tumbuk sampai wangi, Kjee masukkan cili kisar dan goreng garing. Pastu masukkan hirisan bawang besar dan paste tomato serta sedikit air. Apabila sudah garing, masukkan ayam dan golek2 selama 7 hingga 8 minit. Bubuh garam dan pak aji. Padam api.
Untuk dalca, Kjee rendam 1 cawan kacang dhal dan rebus hingga empuk. Kemudian Kjee hiris 1 labu bawang besar, 1 inci hali dan 2 ulas bawang putih. Tumis hingga layu. Masukkan 1 kayu manis dan 2 bunga lawang. Kemudian masukkan kira-kira 3 sudu rempah kari daging. Goreng sampai garing. Masukkan dal yang sudah direbus empuk, tulang2 ayam, carrot dan kentang. Bubuh air secukupnya. Didihkan.
Apabila sudah mendidih, masukkan kira-kira secawan santan. Didihkan lagi guna api sederhana sehingga kentang dan carrot empuk. Boleh bubuh jugak terong kalau suka. Rasa garam. Bubuh pak aji kalau suka.
Untuk jelantah, korang buang kulit timun. Pastu hiris. Begitu jugak dengan nenas. Pastu hiris serong cili api. Campurkan. Bubuh kira-kira dua sudu gula dan sedikit garam. Gaul sampai rata.
Kalau hari biasa, jemput2 pisang kita tak pandang dua kali. Tapi di bulan puasa....sedap ni!!! |
Kecur air liur..aduiii..lapo pulak mlm2 ni.. Nmpk sdp sgt..
ReplyDeletesedap nyee... scoll2 smpai bawah ingt kan ade resepi nasi ayam.. xder pown.. hahaha baru nak try buat..
ReplyDeletetengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..
ReplyDeleteHot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati