DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, September 30, 2012

MASIH INGAT MAZUIN HAMZAH?








Mazuin Hamzah ker? Isyhhh lain benar kan wajah Awin sekarang. Saling tak tumpah wajah arwah ibunya. Macam rupa Amy Mastura terbaru pun ada kan? Hmm kalau dah sepupu, mesti tak lari persamaannya.

Kjee masih ingat lagi Kjee menatap wajah Mazuin in person, kali terakhir waktu dia bersanding dengan Pengiran Sufri kira-kira 25 tahun lalu.

Masa tu Kjee sarat mengandungkan Nadia. Dan Kjee telah ditugaskan cover majlis persandingan Mazuin di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Kjee teringin sangat nak tengok wajah Mazuin dari dekat. So apabila pasangan pengantin tu duduk di meja panjang untuk makanan beradap, Kjee pun apa lagi, terus join jurufoto untuk ke depan. Mereka ambil gambar tapi Kjee senyum jer sambil tatap wajah Mazuin.

Kjee ingat lagi Awin masa tu tunduk malu tengok Kjee tatap tanpa kelip2 mata. Cantik sangat Mazuin masa tu. Masih terngiang2 kat telinga Kjee, jurufoto Baki Ali bisik :"Kau tengok Jee barang kemas yang Mazuin pakai tu. Aku rasa ada dekat sejuta ringgit!"

Itulah kali terakhir Kjee jumpa Mazuin in person. Selebihnya hanya follow kisah2 dia di majalah dan akhbar.






MAJLIS BIRTHDAY RA'ED, RIYAD DAN RIZQ






Semalam anak sedara Kjee, Putri Alia Farina dan suaminya Nazriel, buat majlis sambut birthday anak2 kembar tiga mereka, Ra'ed, Riyad dan Rizq. Tapi sedih Nek Yah tak dapat hadir sebab tak sihat. 

Alhamdullilah semua berjalan lancar. Foto2 ni Kjee ambil dari facebook Alia.







KEK PISANG BERANGAN SEDAP & GEBU









Terus terang cakap, actually Kjee tak suka sangat makan Kek Pisang. Sebabnya, first time Kjee makan dulu  (rasa2nya pemberian orang), ada bau esen yang cukup pelik menusuk! Sampaikan Kjee rasa serik sangat kalau ada orang hulurkan sepotong Kek Pisang!

Tetapi perasaan Kjee terhadap Kek Pisang perlahan2 berubah apabila Kjee makan Banana Muffins di Restoran Kenny Rogers. Walaupun muffins tu manis menyengat tapi rasanya cukup enak. 

Seringkali Kjee berangan nak buat muffin pisang seenak restoran makanan segera itu. Kjee pernah buat dua kali kot ikut resipi ntah blogger mana. Tapi gagal untuk mendapat rasa yang Kjee nak.

Dua hari lepas, tetiba perasaan ni berkobar2 nak makan Kek Pisang sebab Unclepali beli sesisir (or is it sisih) pisang berangan. Kjee dan Nadia memang suka sangat pisang berangan. Tetapi oleh kerana ia besar2, maka susahlah kami sekeluarga nak habiskan.





Sebab itulah, malam tadi apabila nampak pisang berangan tu dah masak ranum sangat dan tak sedap makan mentah, Kjee pun beranganlah nak buat Kek Pisang. Kjee googlelah kat internet untuk kek pisang mudah. Badan tak larat nak buat yang tak mudah.

Dan Kjee pun bertemulah dengan resipi Kek Pisang Mudah Raihan dari blog Periuk Tanah. Kjee decide nak  buat ikut resipi Raihan kerana telornya diputar guna blender jer. Semua bahan2 pun ada dalam pantry. Dan yang telah mencuba semuanya kata best.

Hasilnya? Terima kasih Raihan. Sedap dan gebu sangat! Unclepali kata, percubaan pertama yang cukup sempurna. Dan apabila Nadia balik dari Uni tadi dan makan sepotong, dia kata: "Hmmm sedap gilerlah, Mama!"

Kjee guna soft brown sugar atau gula perang dan minyak jagung. Kalau Kjee guna gula putih, agaknya Kjee akan kurangkan sikit jumlahnya. Gula perang tidaklah manis sangat. Kjee memang tak suka sangat kuih muih manis. Tetapi hasilnya tadi, just nice!



Tadi ada seorang fren FB tanya, kenapa kek pisang yang dia buat, garing sekeliling tetapi tengahnya tak masak. Oh tadi, Kjee buat dua adunan sebab pisang banyak. Tapi Kjee tak bancuh sekali gus. Bancuh asing2.

Satu acuan, atasnya merekah dan satu lagi cantik sangat. Kjee tak pasti kenapa, sedangkan dua2 masuk oven sekali gus. Kemudian selepas 45 minit, kek pisang yang merekah tu masih mentah di bahagian atas.  

Kjee keluarkan yang elok masak tu dan Kjee tambah 10 minit lagi untuk yang tak cukup masak. Selepas 10 minit, Kjee biarkan ia duduk dalam oven tertutup pintunya, dan suhunya telah dipadamkan. Agaknya Kjee biarkan lebih kurang 7-8 minit. Kemudian baru dikeluarkan.

Hasilnya, kek itu masak sempurna. Cubalah. Kita intai resipi yang Kjee tukarkan minyak masak dengan minyak jagung, Kjee guna esen vanilla, soft brown sugar, jus lemon sebab tiada  limau nipis dan Pisang Berangan.




KEK PISANG MUDAH
SUMBER:


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

PLEASE ZIZAN, JOHAN. JANGAN BAGI KAMI UWEEKKK!






 semua foto ehsan google 


Malam tadi, kami sekeluarga tonton Konsert Lawak di Astro setelah godek2 cari channel mana nak tengok, selepas MasterChef Malaysia. Sedih sangat sebab dapat tonton setengah jam jer. Pastu habis. 

Kalau tak silap Kjee, rancangan itu dibuat di Singapura. Punyalah ramai artis yang naik pentas. Dapat ker penonton concentrate tengok kalau ramai sangat yang beraksi?

Anyway, Kjee bukanlah nak ulas pasal Konsert itu sebab konsert tu sebenarnya dah basi. Dah lama sangat dan tak tahu dah berapa kali ulang tayang.

Yang Kjee nak citer sikit kat sini ialah pasal Zizan, separuh dari Pelawak No 1 Malaysia. The better half? Separuh lagi Johan. Maaflah. Kalau ada dua2 beraksi barulah Kjee rasa lengkap dan menepati citarasa.

Zizan ni punyalah 'panas' sampaikan dalam sehari semalam, banyak kali kita boleh tengok muka dia. Kejap TV 3, kejap Astro dan lain2 stesyen.

Yang terbaru Kjee dengar, selain tengok muka dia sampai jemu, boleh dengar suara dia pulak jer sebab dia dah disambar pulak oleh stesyen Radio! Yang stesyen radio ni Kjee tak dapat confirm betul2 sebab dia khabarnya dalam proses perbincangan. Perbincangan pasal duit atau jadual kerja, taklah Kjee pasti.

Baguslah Zizan tu sibuk. Bukan Zizan saja tetapi rata2 semua pelawak Tanahair yang popular dan yang tak popular pun sibuk. Khidmat mereka memang sangat2 diperlukan oleh semua pembikin filem, tv dan rancangan lawak. Sebabnya, ramai rakyat Malaysia yang stress. So kena ada banyak rancangan lawak nak bagi mereka hilang sikit stress! 

Dah over exposed!


Tapi dalam ramai2 pelawak tu, Kjee rasa Zizan dan Johan paling diminati. Kedua2nya sempoi deliver lawak mereka. Dan pasti ramai yang tonton Zizan dan Johan bagai menonton diri mereka sendiri. Kjee pun kekadang terasa tempias jugak lawak2 tersebut.

Bagaimanapun, Kjee tak naklah Zizan dan Johan jadi macam sesetengah pelawak yang laris dan popular satu ketika dulu. Macam Apek, Yassin dan juga well, kumpulan Senario! Tenaga mereka diperah hingga kering!!

Dan akhirnya, penonton mula menyampah! Tengok jer muka Wahid, Lan Pet Pet ataupun Azli dalam Senario, jari jemari terus tekan remote control tukar channel lain!! Begitu jugak dengan Apek dan Yassin!! Dah tak eksklusif dan dinanti2kan lagi!!!

Kjee jugak dulu minat sangat Salleh Yaacob. Kjee tahu ramai yang minat dia jugak tetapi sejak dia hebuh satu ketika dulu dengan perkahwinannya yang keempat, ramai dah jadi mual including Kjee. Uweeekkkk tahap gaban Nasib baiklah sekarang dah senyap langsung pasal citer isteri2nya itu. Dah bolehlah sikit2 terima balik si SY ni.

Sepahtu - Jep dan Shuib hebat sekarang

Berbalik kepada Zizan dan Johan. Kjee risau akibat rebut sana rebut sini job, Zizan dan Johan tidak lagi menjadi ekslusif. Nanti sikit demi sedikit peminatnya akan beralih kepada pelawak seperti Jep dan Shuib.

Korang perasan tak pelawak2 rancangan Karoot Komedia sekarang semakin diminati ramai? Rancangan itu sekarang mendapat tempat nombor 1 di hati penonton. Tak percaya? Tunggulah musim barunya nanti di Astro. Babai.





BOIKOT PUNYA PASAL!!!







Ya betul. Kerana Kjee sekeluarga dah lancarkan boikot terhadap Old Town White Coffee ( milik mamat Cina yang sindir orang Islam di Malaysia yang  kononnya buang masa, wang dan tenaga kecuh2 pasal filem Innocence of Muslims), pagi ni bekfas Kjee, Egg On Toast yang selalu Kjee makan kat restoran tu.

Kalau korang selalu ke restoran tu untuk makan egg on toast, usahlah susah hati. Buat jer sendiri. Lagi murah, bersih, halal dan yang pasti tidak mengalirkan wang kita ke kocek orang yang menghina Islam!!

Egg On Toast ni, Unclepali yang buat. Bukan pertama kali. Dah banyak kali sebab Kjee memang suka sangat. Dan roti pun anak Kjee yang buat. So berapa banyak daaa jimat.



Hadiah dari MamaFaMi. Thnx



10 minit jer tenggelam dalam air panas mendidih


Roti dipanggang


Bekas telor yang warna kuning itu, MamaFaMi yang hadiah hari tu. Terima kasih MF. Memang perfect sangat telor separuh masak guna bekas ini. Tapi pagi ni kuning telor tu pecah sikit mungkin sebab telornya tak berapa fresh.

Unclepali grill dulu roti yang telah disapu sedikit butter atas grill pan. Tu yang nampak cantik kesan grill tu. Kalau guna kuali biasa pun okay lah. Polis tak tangkap punya.

ehsan google

Telor setengah masak tu, habus dipecahkan dalam mangkuk dulu baru dicurahkan keatas roti yang telah dibakar garing. Makanlah dengan apa jua sos kegemaran samada cili sos atau mayonaise. Lagi sedap tau dari kat restoran tu!!

Okay korang mesti ada yang gian nak minum Iced White Coffee restoran tu kan maleh nak sebut namanya. Masa Kjee meniaga dulu, Unclepali ada jugak jual White Coffee. Sedapnya hanya mereka yang pernah minum kat gerai Kjee jer dapat bagi testimoni.

Tadi Kjee tanya Unclepali camner dia buat. Selama ni kalau tanya dia sengih jer. Kata Unclepali, dia hanya guna serbuk kopi biasa. Dia dah lupa jenama tapi kalau tak silap Kjee, Unclepali guna kopi Hang Tuah. Gunalah serbuk kopi apa sahaja yang ada di rumah.

Kena pekat sikit kopi tu. Pastu tuang sedikit susu manis, susu cair atau evaporated milk dan hah yang inilah rahsia Unclepali rupa2nya dia bubuh whipping cream yang dalam can tu. Cream tu Unclepali guna untuk Ice Blended. 

Patutlah Iced White Coffee Unclepali rasanya sama cam kat restoran tu! Kjee dah agak dah white coffee restoran tu bubuh cream sebab pekatnya semacam jer.

Kata Unclepali, dia bubuh kopi yang agak pekat sikit dari yang biasa kita minum kopi ala2 pati kopi kot  ke dalam blender. Blender kami masa meniaga dulu diasingkan dari yang digunakan untuk blend chili tau! Kalau tidak, ice blended ataupun white coffee Unclepali ada perasa cili dan bawang. Hehehe

Pastu diletak susu manis, susu cair dan sedikit whipping cream. Lepas di trrrrr beberapa minit sampai berbuih, dituang ke dalam gelas dan bubuh ais! Harga yang kami jual RM2.50.

Masa tu, pelanggan setia white coffee kami ialah Pengarah filem Bade, suami kepada Erma Fatima. Bade suka minum White Coffee panas. Camner nak buat White Coffee panas?

"I buat cam biasa, pastu I letak dalam mircowave," kata Unclepali sambil ketawa.

So kengkawan. usah gundah gulana lagi kalau nak minum White Coffee. Tak payah support restoran tu. KITA BOIKOT!!!!


Klik sini 



Saturday, September 29, 2012

KAT LUAR KECIK TAPI KAT TV KENAPA BESAU?!!






Siti - Tak pasti samada foto terbaru - ehsan UTUSAN


Pernahkah korang tertanya2, misalnya begini :"Isyhhh kenapa Ogy Ahmad Daud tu...Kat luar punyalah kecik orangnya. Tapi kat TV nampak besar?" Hah itu hanya satu contoh. Jangan lak Ogy hangin ngan Kjee nanti yer. Hehehe.

Serius ni. Bukan Kjee gormal. Korang tahu tak,  seseorang itu akan nampak lebih besar di skrin TV daripada in real life? Tak tahu pulak kenapa tetapi hakikat inilah yang paling ditakuti ramai anak seni termasuk mokcik.

Kau bayangkan, sekarang ni TV bukan setakat 14 inci atau paling besar pun masa zaman Kjee, 20 inci. Tapi sekarang ekk eleh kalau setakat 26 inci punya TV pilah main jejauh. Busuk2 pun sekarang, tiap rumah ada TV yang lebih dari 30 inci. Tak cukup ngan tu, ada tv plasma, ada LCD!

So korang bayangkan kalau mokcik Jee ni badan dah macam peti ais tiga tingkat. Kalau masuk tv, jadi peti ais 4 tingkat!!!  Baik kutuk diri sendiri. Kalau kutuk artis lain silap2 haribulan kena saman kan? Hehehe.

Masa zaman Kjee aktif berlakon dulu, orang pertama yang Kjee buat baik apabila sampai di lokasi ialah Cameraman. Nak tahu kenapa? Well, kalau korang sombong, berlagak atak ekkk kat cameraman, dia 'boleh buat' badan atau muka korang jadi senget benget tau. Dia boleh adjust kat kamera tu, kata seorang kawan Kjee masa Kjee kerja kat RTM dulu.

Ewah. Kjee punyalah takut dengan abang cameraman. Siap rasuah bagi rokok sebungkus dua lagi. Kahkahkah. Dosa ke cam tu? Tak dosa kot sebab takut sangat badan jadi besar cam King Kong!!

Apa hal Kjee tetiba merapu pasal badan nampak lebih besar kat TV?

Tadi Kjee baca dalam mStar yang Siti Nurhaliza kata dia nak kuruskan badan dia dari 58kg ke 55kg sebab masalah yang sama seperti yang Kjee citer tadi.

So betullah apa yang Kjee syak selama ini, yang kalau kita muncul kat TV, badan kita jadi 10 atau 20% lebih besau!! Bayangkan kalau umah korang ada tv 60inci!!! Nasib baik Kjee dah tak masuk TV lagi kan? Yahooo!!!


SAMBAL TELOR PECAH




Ini Kjee bubuh 8 biji telor



Sambal Telor. Ada banyak variasi orang masak sambal telor kan? Selalunya orang buat sambal telor rebus. Teringat masa kecik2 dulu. My aunty Arfah kat Melaka, kalau balik dari orang kahwin, esoknya gerenti rumah dia ada sambal telor dari rumah pengantin. Sambal telor pengantin. Opppsss. Hehehe.

Orang Minang buat sambal telor ala goreng berlado. Telor direbus, pastu digolek2 dalam minyak sampai agak kekuning2an, pastu buat sambal berlada. Guna cili hidup dan cili api.

Tapi hari ni Kjee buat sambal telor yang dipecahkan. Kjee masak dulu sambal sampai cukup masak dan cukup rasa. Pastu perlahankan api dan pecahkan telor satu persatu perlahan2 ke dalam sambal. Besarkan sikit api. Apabila nampak telor tadi dah agak keras, baru diterbalikkan dalam sambal tu perlahan2.







Masa terbalik agak penting. Jangan terlalu pantas sebab nanti telor tu jadi ala2 scrambled eggs. Tak sedap. Lebih sedap kalau telor tu  kasar2 sikit.

Kjee jugak buat sup ayam bersama kaki ayam. Pastu nak suruh Unclepali petik kacang botor. Makan dengan sambal telor dan nasi putih panas, hmmm enak.

Janganlah tetiba mak mertua datang yer. Hehehe. nanti dia lalu belakang, gerenti tak nampak.



Friday, September 28, 2012

BN TUNAI LAGI JANJI...BUDGET MESRA RAKYAT









Tiap kali hendak pilihanraya, Perdana Menteri yang bentang bajet mesti kena sindir. Budget pilihanrayalah...nak beli undilah dan bla bla bla! Bukan tohmahan yang baru. So WHO CARES!!

Terima kasih Kerajaan kerana kepentingan rakyat diambilkira!

Hensemlah Dato Seri Najib dengan baju Melayu hijau tadi. Selalu pakai kaler pink. Hehehe.

Nak tau apa citer bajet yang dibentangkan PM tersayang kita, dengar news kat tv malam ni atau esok baca paper atau jenguk blog2 yang ada.

ATUKKU -- SATAY KING OF MALAYSIA





Thank You Aimran


Beberapa hari lalu, Kjee terima foto diatas dari Majalah Business Times yang ditag oleh anak sedara Kjee, Aimran Amir di facebook. Terkedu Kjee seketika. Tidak pernah terlintas di hati Kjee yang arwah datuk Kjee, Haji Abdul Majid bin Hussein atau lebih dikenali sebagai Majid Satay adalah usahawan Bumiputera yang cukup berjaya di zamannya!

Bukan dakwaan sebarangan dari keluarga kami tetapi dari mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz!!

Kjee jugak google dan jumpa lah jugak sedikit sebanyak info mengenai arwah atuk. Tapi sedihnya, satu pun gambar arwah tiada dalam simpanan Kjee. Rupanya, ada persamaan sedikit dengan arwah Tun Ghafar Baba. Kebetulan mereka sahabat karib dan juga dari kampung yang sama.

Arwah datuk meninggal dunia, kalau tak silap Kjee, pada tahun 1972 atau awal 1973. Masa itu Kjee baru tamat persekolahan dan bekerja di Radio Television Malaysia, RTM.

Masih Kjee ingat lagi semua akhbar menyiarkan berita pemergiannya. Dan antaranya akhbar The New Straits Times..."Malaysia's Satay King Dies.."

Yes, he was the One And Only Satay King Of Malaysia! 


Inilah sate yang dihasilkan oleh cucu Majid Satay











Kjee selalu beritahu Nadia dan Unclepali, sesiapa yang mengaku anak jati Kampung Baru tetapi tidak tahu siapa Majid Satay, maka dia bukan anak Kampung Baru!

Majid Sate berasal dari Alor Gajah, Melaka. Mula meniaga sate lewat 40-an dengan membawa kandar dari Melaka hingga ke Port Dickson. Lepas itu beliau berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situlah dia melebarkan sayapnya.

Majid Sate cukup famous di Kuala Lumpur. Tanya sahaja mereka yang pernah menikmati sate yang dihasilkan oleh Majid Sate di Campbell Road dulu (sekarang Wilayah complex). Baik yang Cina, Melayu, India dan lain2. Semua akan kata, sate Majid tiada tandingannya dengan sate yang dihasilkan peniaga lain.

Tetapi ramai jugak tidak tahu bahawa arwah Majid juga antara usahawan Melayu pertama di Malaysia (Malaya ketika itu), yang menghantar anaknya belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri.

Kjee ingat lagi arwah Bonda bercerita, datuk begitu kecewa apabila memohon biasiswa persekutuan untuk menghantar anak sulongnya Mohd Salleh belajar di London. Permohonannya telah ditolak kerana kononnya mana mungkin anak seorang penjual sate boleh berjaya belajar di luar negara!

Dek kerana kecewa dengan penghinaan yang dilemparkan, datuk pun mengeluarkan belanja sendiri untuk menghantar anaknya belajar Mine Engineering di United Kingdom. Pak Long kembali beberapa tahun kemudian dengan segulung ijazah dalam bidang Engineering!

Jawatan terakhir arwah Pak Long Kjee, Datuk Mohd Salleh Majid ialah sebagai Chief Inspector of Mines Malaysia! Kini beliau sudahpun arwah.

Atuk pernah beritahu Kjee, untuk berjaya sebagai usahawan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk, seseorang itu kena berkawan baik dengan semua orang tak kira bangsa mahupun keturunan. Arwah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa tempatan. Seingat Kjee dia turut boleh bertutur beberapa dialek Cina.

Dan kalau dia pergi ke pasar Chow Kit, tak heranlah kalau sekejap dia berbahasa Hokkien, sekejap Kantonis, sekejap cakap India dengan penjual kacang putih dan sekejap lagi cakap bahasa Benggali dengan penjual roti berbangsa Sikh.

Walaupun cita2nya untuk membuka restoran di London tidak kesampaian, namun dia hanya hidup untuk melihat Restoran Majid Satay House di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur lewat 60-an dulu.

Setelah pemergiannya, anak2nya Harris dan Rahman (kini keduanya2 arwah) dan anak bongsunya Norhayati, telah membuka rangkaian restoran Sate Anika, bermula di Bukit Bintang Plaza. Kini, rangkaian Restoran Sate Anika sudah tidak wujud lagi.


Sepupu Kjee, Haji Zaini dan isterinya Hjh Chun

Ini gerai sate Zaini di Ampang Jaya


Bagaimanapun, cucu2 Majid Sate dari anak keduanya Allahyarhamah Salmah, masih giat menjalankan perniagaan sate. Antara mereka Zaini Sate di Ampang Jaya, Zatiar Sate di Taman Melati dan Zainah Sate di Kampung Datuk Keramat. Adanya sepupu2 Kjee ni meniaga, menyebabkan Kjee tak minat nak makan sate lain. Kecuali kalau dah terdesak sebab ada orang belanja. Hehehe.

Sebagai majikan, arwah datuk cukup disenangi. Pekerja2nya dianggap sebagai anak2nya sendiri. Hingga ke hari ini, walaupun datuk sudah lama tiada, namun hubungan Kjee dan pekerja2 arwah Datuk masih akrab. Walaupun ramai sudah tiada, tetapi kalau terserampak, kemesraan kami bagaikan adik beradik.

Kalau ada nak cuba resipi original Majid Satay, sila klik sini.

Al fatihah buat HAJI ABDUL MAJID HUSSEIN.

SORANG DAPAT ANAK, DUA CERAI




TAHNIAH RUSHDI DAN SHARON

Ini masa dapat anak pertama dengan komposer SharonPaul tahun 2008. Hari ini dapat yang ke-2. Dah 3 anak lelaki Rushdi.







MOGA ADA RUANG UNTUK RUJUK KEMBALI BAGI SHAM KAMIKAZE













Sham Kamikaze dan isterinya berpisah


DAN A AIDA

Aida Awang atau A. Aida, bekas isteri Ameng Spring, berpisah jugak  dengan suami kedua

PERGINYA LAGENDA BOLASEPAK NEGARA. GHANI MINHAT


SELAMAT JALAN. AL FATIHAH







Lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia pada 10.35 pagi, Jumaat.

Allahyarham berusia 76 tahun, merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal di Malaysia.

Allahyarham dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara beberapa hari lalu.

Abdul Ghani adalah seorang penyerang hebat yang mewakili negara 1956-1963. Beliau mewakili Selangor pada 1955-1968.

Ghani, yang dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Negeri Sembilan, bermain sebagai penyerang dan pemain sayap manakala mewakili Selangor dan Malaysia. - mStar Online

JENGKOL MASAK LEMAK CILI API





Masak Lemak Jengkol. Kacang Botor sebelah tu asben kita yang tanam. Hehehe



Orang kita panggil Jering, orang Jawa panggil Jengkol. Dua2 nama itu menjurus kepada benda yang sama. Tapi tak semua orang suka makan terutama sekali generasi sekarang. 

Kalau muda, enak dibuat ulam makan dengan sambal belacan. Bab buat ulam ni Kjee tak berapa suka walaupun ada jugak sesekali Kjee makan. Tetapi kalau dibuat gulai atau dimasak goreng berlada, hmmmm memang pantanglah...hehehe pantang tengok.

Sekarang ni agaknya musim jering. Sana sini Kjee tengok ada orang jual jering. Malah, jiran sebelah pagar Kjee pun ada tanam 2 atau 3 pokok. Kekadang ada jugak dia orang hulur.




Kalau nak buat masak lemak cili api, jering yang digunakan mesti betul2 tua. Kalau tidak, tak sedap. Kekadang Kjee makan di restoran2 Minang, jeringnya kurang tua. Kekenyalan jering tu tak ada. Kalau nak buat goreng berlada, sedap kalau yang dah keluar akar tu.

Dan satu lagi cara menu jering yang sangat2 enak ialah Urap Jering. Kjee dah lama sangat tak makan Urap Jering. Last masa Kjee tinggi 4 kaki kot. Masa tu makan di Melaka, tanah tumpah darah arwah bapak. Pepagi lagi ada budak2 bawak raga jual keliling kampung.

Urap jering ialah jering yang telah direbus hingga empuk dan dimakan dengan kelapa parut muda yang dicampur dengan sedikit garam. Sedap sangat2. Sekarang ni kalau nak makan kena buat sendiri kot. Tunggulah nanti. Bila beli jering selalu lupa nak buat.




Berbalik kepada masak lemak cili api jering hari ini, Kjee rebus dalam pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Apabila dah lembut, Kjee ceraikan jering itu menjadi dua belah dan tumbuk sedikit. Tak tahu kenapa mesti tumbuk atau hempuk sikit. Orang buat, Kjee pun buat ler. Hehehe

Kemudian Kjee tumbuk cili api (mestilah banyak sikit sebab sedap pedas kaw kaw), bawang merah dan sedikit ikan bilis serta kunyit hidup. Kalau guna kunyit serbuk pun boleh. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, bubuhlah serai dan daun kunyit serta jering tadi dan jeranglah.




Apabila mula mendidih, perlahankan api, bubuh 1 keping asam gelugor, garam serta pak aji, kalau guna. Biarkan ia mendidih perlahan. Kemudian padam api.

Makanlah dengan lauk2 sampingan yang simple seperti ikan ikan kembung goreng, ikan kering, sambal belacan serta ulam2 lain. Punyalah sedap, mak mertua lalu belakang pun tak nampak. Tapi kalau lalu depan, gerenti nampak. Hehehe.


Kacang botor atau kacang botol atau kecipir yang dalam gambar itu Unclepali yang tanam.










Thursday, September 27, 2012

PUDING ROTI ORANG LAMA





Kan mak dah cakap...resipi orang lama lebih sedap. Orang sekarang main suka bubuh macam2 tapi tak semestinya sedap. Hah itu gamaknya dailog Bonda kalau dia masih hidup. 



Anyway, semalam Kjee buat lagi Bread Pudding stail lama atau Puding Roti cara arwah Bonda. Buat dua kali dalam masa dua minggu. Bukan kerana sedap sangat walaupun Nadia kata best in the world  tapi ada leftovers roti selepas buat egg mayo sandwich, dua hari berturut2. 

Nak buang sisa roti tu, sayang. Nak bagi monyet kat belakang rumah, takut pulak. Nanti monyet tu tersyok diberi makan, hari2 tunggu tangga belakang rumah dan masuk. Betul tak?

Tapi bukanlah nak perlekehkan resipi zaman ini. Tetapi resipi arwah Bonda atau resipi orang tua2 zaman dulu memang sedap. Bahannya sikit jer. Kjee guna roti, susu manis, telor dan butter. Marjerin pun boleh. Sepatutnya bubuh esen vanila tapi dua2 kali Kjee lupa. Tapi tetap sedap dan tak hanyir!

NOTA: Dalam resipi nanti, Kjee bubuh roti 1½ buku. Actually, roti yang Kjee gunakan hanya lebihan roti selepas dibuat sandwich. Roti yang Kjee trim keraknya dan jugak sekeping kulit atas dan bawah.

Jom kita intai resipi semalam.






PUDING ROTI
sumber Bonda

BAHAN
1½ buku roti Gardenia (tengok nota diatas. Crust dari 1½ buku roti)
susu manis (ikut suka nak manis mana. Kjee guna +- ½ tin)
3 biji telor
butter/marjerin
esen vaniila (Kjee tak bubuh)

CARA

Roti direndam dalam lebih kurang 2 mug air. Ramas2 sedikit. Lepas kira kira 10 minit, buangkan sikit airnya. Pukul telor dan masukkan ke dalam roti tadi. Kemudian masukkan susu dan rasa.

Panaskan oven 10 minit suhu 200 darjah.

Lenserkan bekas dengan sedikit minyak. Kjee guna oil spray dan 2 bekas pyrex lonjong. Tuangkan bancuhan ke dalam bekas. ¾ penuh jer tau. Bubuhlah hirisan butter atau merjerin di permukaan nya.

Kemudian letak bekas dalam dulang alluminum (takut bancuhan tertumpah ketika masak) dan bakar selama 1 - 1½ jam atau sampai masak.

Sejukkan betul2 baru dipotong. 

Adunan yang Kjee buat agak lembik sedikit. Kjee suka yang lembik dan makan gunakan garfu. Kalau nak makan dengan ice cream, pudding biarlah tawar sikit. Bonda bubuh kismis tapi Nadia tak suka kismis.





Wednesday, September 26, 2012

PERSATUAN PEGUAM SYARIE MAHU BANTU ORANG FILEM





Shidi dan Vee 




Inilah yang sebaik2nya. Kjee pernah hantar skip Kjee berjudul 'Sayang Swee Ling' ke Pusat Islam dulu kerana tidak yakin dengan hukum hakam anak Cina diambil sebagai anak angkat orang Melayu. Alhamdullilah lulus dan lama dah ditayangkan kat TV.

Campur tangan pihak yang lebih arief diperlukan especially apabila timbul macam2 kesah di sebalik filem 3 Jam yang dilakonkan oleh Rashidi Ishak dan isterinya Vanidah Imran.

Ini berita terbaru yang disiarkan dalam mStar Online.

Persatuan Peguam Syarie Sedia Tawar Nasihat Kepada Syarikat Produksi

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia bersedia menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat produksi di negara ini yang berhasrat menerbitkan karya berkaitan hukum hakam Islam agar ia tidak bercanggah dengan ajaran agama itu.

Presidennya, Musa Awang berkata, pihaknya mahu syarikat produksi mendapat nasihat yang betul mengenai perundangan syariah dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dalam menyediakan skrip sesebuah karya yang mahu diterbitkan.

“Tawaran yang diberikan ini adalah untuk mengelak daripada berlaku kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hukum hakam serta perjalanan proses perundangan di negara ini terutamanya tentang perundangan Syariah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Beliau mengulas gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihati pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran agar merujuk kepada Jabatan Agama Islam mengenai status suami isteri mereka berikutan dialog mengenai perceraian yang diungkapkan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari.

Filem berkenaan adalah arahan Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam sejak 20 September lalu.

Musa berkata, sesebuah karya itu boleh menjadi medium terbaik dalam mendidik masyarakat Islam di negara ini kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat namun gambaran yang salah boleh menjejaskan Islam termasuklah Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Sehubungan itu ujar beliau, adalah wajar semua syarikat produksi di negara ini termasuklah persatuan-persatuan seni melakukan kerjasama dengan pihaknya yang bersedia menjadi badan penasihat agar masalah seumpama itu tidak akan timbul pada masa akan datang.

BUBUR LAMBUK KAMPUNGKU







Akhirnya, jadi jugak Kjee buat bubur lambuk Kampung Baru. Kampung Baru tu kan kampung halaman Kjee. Tapi heran jugak yer, tak pernah minat nak buat bubur yang sefemes seantero Malaya tu especially masa bulan Puasa.



Ada dua sebab kenapa Kjee tak buat bubur lambuk Kpg Baru tapi buat versi sendiri. Eh apa pulak dua sebab...satu jer. Kjee terpengaruh dengan Nadia. Dia tak suka makan bubur nasi yang sarat barat dengan rempah. Tapi kalau kari yang pekat dengan rempah dia makan lak.

Tapi kan, bulan Puasa yang baru berlalu, Kjee beli kat gerai Pak Hassan kot yang depan bangunan Dewan Bandaraya, Kpg Baru tu. I like!! Nadia sikit pun tak nak rasa. Baguslah, boleh aku habiskan sorang2. 

Itu kali pertama Kjee rasa bubur lambuk Kpg Baru. Walaupun Kjee anak jati Kpg Baru dan sepatutnya jadi pengikut setia bubur tu yang diberi secara free setiap bulan Puasa, tapi dek kerana larangan datuk Kjee yang bubur tu hanya untuk fakir miskin, Kjee tak pernah pulak beratur masa kecik2 dulu. Manalah tahu kalau tengah beratur datuk pulak tengah lalu. Tak ker kena hambat dengan orang tua tu.

Anyway, hari ni Kjee buat sendiri setelah Kjee google sana sini kat internet. Nak call my aunty dia tengah sibuk masa ni kat cafe dia so pepandailah sendiri kan.





Tadi Kjee main hentam jer buat. Kjee guna ¾ mug standard (yang tinggi 4 inci tu) beras, satu mangkuk daging yang telah dipotong kecik2 dan ½ cup santan. Kjee masukkan dalam pressure cooker sampai puas hati lembut. Kalau korang tak der preiuk tekanan tu, rebuslah bersama air yang banyak sampai beras tu halus dan daging dah lembut.

Untuk rempahnya, Kjee guna satu kayu manis yang kurus, sedikit jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam biji dan 2 bunga lawang. Rempah2 yang sikit2 tu, Kjee agak2 dalam ½ sudu teh jer setiap sejenis. 

Kjee sangai rempah2 kering tadi seketika sampai naik bau dan trrrr dalam blender kering sampai betul2 halus. Ini Unclepali tolong buat tadi. Opppss lupa pulak. Kjee cuci dan keringkan 2 sudu kecik udang kering dan sangai bersama rempah tadi. Pastu baru trrrr.

Kemudian Kjee mayang halus 3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Kemudian ketuk dua batang serai.

Kjee tumis bahan2 yang dimayang tadi dalam minyak yang sedikit sahaja. Apabila sudah kekuning2an, masukkan rempah yang dikisar tadi sampai garing. Pastu dimasukkan ke dalam periuk bubur tadi. Campakkan jugak serai.

Didihkan seketika, masukkan santan dan rasa garamnya. Kjee bubuh sedikit pak aji. Setelah menidih kira-kira 10 minit, padam api.

Ceduk dalam mangkuk dan hias dengan daun sop dan daun bawang.

Kalau nak resipi bubur lambuk special Kjee yang guna telor asin, klik sini.








Tuesday, September 25, 2012

KALAU AFDLIN TAK DAPAT 20-JUTA TAK TAHULAH NAK KATA APA...


Vanidah dan Shidi - ehsan google



Isyhhh kenapa pulak heading entri ni macam ni? Afdlin Shauki dapat durian runtuh ker? Buat bisnes apa? Tak nak share ker?

Hehehe. Kjee rasa Afdlin pun akan terkejut apabila terbaca entry Kjee ni. Actually, walaupun Kjee merapu tetapi tuah ayam nampak di kaki. You never know samada Afdlin akan hit jackpot kali ini!! Mudah2an, Insya Allah. Kjee suka kalau kengkawan dapat durian runtuh.



Anyway, entry ini Kjee kaitkan dengan kekecuhan di sekitar rumahtangga pasangan Rashidi dan Vanidah Imran. Beberapa pagi lalu, Kjee terkejut baca berita ada orang (maaf orang tu sebenarnya Mufti Perak. Tapi dia pun orang jugak kan) suruh pasangan itu rujuk kembali.

Dan tanpa baca berita sampai habis, tanpa usul periksa, terus berlegar dalam otak Kjee...seorang lagi peserta Sehati Berdansa, bercerai. Kali ni tak tau peserta yang ke berapa. Masa itu, Kjee masih mamai. Maklumlah bangun pagi je, terus mengadap tablet yang setia di sisi katil.

And then apabila sudah celik mata betul2, baru terfikir agaknya lakonan dalam filem atau drama jer. Mustahil Shidi dan Vanidah bercerai sebab sebelum ni tiada pun angin bertiup.

Apapun, dua tiga hari berlalu. Berita itu bukan sahaja mengganggu emosi Shidi dan Vanidah tetapi ada jugak blogger yang amik kesempatan supaya Vanidah dan Shidi rujuk. Kalau tidak, dosa besar berterusan hidup bersama. Nauzubillah!

Ewah. senang jer kan orang nak jatuhkan hukum camtu. Kjee belum lagi tengok wayang tu. Ntah apa namanya pun Kjee tak tahu tapi rasanya2nya macam 3 Hari or 3 Jam. Tak kuasa nak tahu. Kalau nak tengok filem tu, tahun depan Raya mesti keluar kat Astro. Boleh tengok free kan?

Apapun, Kjee pun buatlah perbandingan dengan paper sana sini. Shida takpun kahwin dengan Vanidah dalam filem itu. Yang 'kahwin' dengan Vanidahsi Afdlin. Shidi kahwin dengan Ayu Raudhah.

Jadi apa ke jadah nak suruh Shidi dan Vanidah rujuk? Maaflah. Korang ingat Shidi atau Vanidah tu bengap sangat ke nak berlakon sebagai suami isteri dalam babak cerai? Tapi kalaulah adegan itu ada dan mereka berlakon sebagai suami isteri, perceraian itu jugak pasti tidak sah sebab tiada niat!

Unless Shidi tu memang dah dendam dalam diam dengan Vanidah. Cari peluang berlakon sebagai suami isteri, kemudian terbabit dalam scene jatuh talaq! Ewah mudahnya.

So sesiapa yang masih tak percaya Shida dan Vanidah kata mereka masih suami isteri sah dan tidak diceraikan oleh 'Pengarah' filem itu, terima jer lah!!! Apa nak kalut sangat!!

Kalau tak percaya, korang pergi tengok wayang tu dan sahkan sendiri. Pergilah ramai2. Kalau  sekali pergi tak faham2 jalan ceritanya, pergi 10 atau 20 kali. 

Pastu korang akan nampak Afdlin Shauki senyum 'from ear to ear' sambil berlari ke bank dan kira duit untuk filem baru pulak!

Kjee doakan Afdlin, filem awak kali ni boleh cecah RM20-juta!!! Jangan susahlah..tahun depan Kjee tonton kat TV yer. Hehehe.