Wednesday, September 12, 2012

ASAM PEDAS CAMPUR SAYUR JERUK





Dah berpuluh tahun Kjee tak buat Asam Pedas Ikan bubuh sayur jeruk asin. Tak kisahlah jeruk sawi ataupun kobis cina. Mungkin Kjee tak buat sebab susah nak jumpa sayur jeruk itu.



Minggu lalu Kjee singgah di sebuah pasar mini di Petaling Jaya. Ternampak pulak sayur jeruk ini di rak2 taufoo dan yang sewaktu dengannya. Sampai rumah, Kjee dah keletihan. Unclepali tolong simpan semua barang yang dibeili. Sayur jeruk dia peruk jer dalam peti ais.

Semalam masa singgah di Kampung Melayu Subang nak beli ikan segar, ternampak beberapa ekor ikan Tenggiri yang comel2. Kjee rembat seekor. Tetiba teringat sayur jeruk yang Kjee beli dulu. Unclepali kata masih ada dalam peti ais.

Sayur jeruk


So lepas bekfas tadi Kjee projeklah buat Asam Pedas Ikan Tenggiri bersama sayur jeruk tu. Nadia macam pelik jer tengok Kjee hiris sayur tu. Dia tak pernah nampak dan katanya tak tahu kegunaannya. Hmmm  anak2 sekarang. Kalau kita tak dedahkan dengan makanan tradisi Melayu, satu hari terkubur jerlah ia kan?

Eh, sayur jeruk ini bukan tradisi orang Melayu tapi orang Cina. Tak tahu lah pulak macam mana boleh jadikan bahan dalam asam pedas kan? Dulu, ada seorang kakak yang berjiran dengan Kjee, masak lauk Ayam Lemak Cili Api, bubuh sayur ini. Sedap sangat. Kjee pun pernah try buat.



Anyway, kalau korang nak resipi Asam Pedas, klik sini. Dulu Kjee buat guna ikan pari. Sama jer. Kjee letak sayur jeruk ini ketika kuah mendidih, sebelum dimasukkan ikan. Kjee rendam dekat ½ jam sayur yang telah Kjee hiris tu. Masa masak, jangan berani2 sangat bubuh garam sebab sayur itu sudah sedia masin.

Selamat menerai.  



Related Posts:

  • KARI IKAN TALANG KERING LAGI SEDAP? Kari Ikan Talang Kering sahaja ke yang sedap masak kari atau gulai? Hmmm sebenarnya terserah kepada citarasa individu. Selama ini Kjee buat hanya guna Ikan Talang Kering yang masin tu. Baru-baru ini, Nadia tersilap … Read More
  • CENCARU BELAH BELAKANG, SAMBAL ALA THAI Kjee buat Ikan Cencaru Belah Belakang ni kira-kira dua minggu lepas. Lupa lak kewujudannya. Selak-selak file gambar jumpalah ia. Maka Kjee pun terasa nak share kejadiannya. Masa amik gambar, mood jatuh… Read More
  • SAMBAL PETAI IKAN MABONG GORENG Beberapa hari lalu, Kjee ternampak ada fren FB post gambar Sambal Ikan Tenggiri dengan petai, di newsfeed FB Kjee. Tetiba teringat akan petai yang UnclePali beli Ahad lalu. Mujur Nadia simpan dalam fridge. … Read More
  • SEMINGGU BERAPA KALI DAAAA MASAK KARI! HEHEHE Ehhh Kjee ni asyik masak kari jer. Kelmarin masak Kari Ikan Talang Kering. Selang dua hari masak kari ikan Jenahak pulak! Tak boring ker? Hahaha korang tak tahu yang ada kalanya siang malam kami makan lauk kari. … Read More
  • ALAHAI SEDAPNYA OTAK-OTAK NYONYA Makanan Otak-otak Nyonya ni Kjee anggap makanan Malaysia yang eksotik. Oppps eksotik bukan kerana bahan-bahan ada letak otak haiwan liar atau terlindung. Tapi kerana makanan ini sudah sukar kita perolehi di resto… Read More

9 comments:

  1. kak klu dah pakai sayur nie tak payah letak asam jawa dah ker?

    ReplyDelete
  2. Salam,... K.Jee

    Sedapnye... Azie ada masak masa bln posa lepas mmg teringin sgt nak mkn... tu pun beli kat kedai yg selalu Azie beli brg basah... beli yg org kita buat... hihihihihi... mmg susah nak dpt....
    bila dah dpt masak mmg teringin nak mkn lg,.. yg x best Cik Hubby x reti mkn...

    mmg ada hati nak masak lemak gan ikan lak... sedapnye... terus teliur je gk gulai K.Jee td.

    ReplyDelete
  3. saya selalu beli sayur jeruk ni kat giant..dah siap packed... kalau masak asam pedas, memang akan taruk sayur jeruk ni..sedap...

    ReplyDelete
  4. Kena bubuh Izzan. Tapi Kjee campakkan 3-4 keping asam gelugor/keping. Bubuh asam jawa cam biasa cuma kurangkan garam jer.

    ReplyDelete
  5. Pecah air liur... kalau masak lemak cili api ikan pun sedap campur sayur asin nii...

    ReplyDelete
  6. sedap sungguh masakan k.jee.

    saya suka header baru k.jee

    suka suka suka

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  7. Kak Jee, I like your header.. :-)

    ReplyDelete
  8. Kak Jee I like your header too...dulu kini dan selamanyaaaa

    ReplyDelete
  9. Suka cari resepi kt blog kak gee.. Mmg confirm jadi kalau ikut resepi kak gee.. Terbaikk.. Yum yum

    ReplyDelete