Semalam Kjee suruh Nadia buat roti Benggali atau Roti Paun. Lepas dua jam, selepas semerbak satu rumah bau roti, tetiba apabila Nadia pergi cek selepas bunyi alarm pada breadmaker, dia terjerit. Roti tu tak menjadi!!
Itulah. Bukan setiap kali guna breadmaker, roti keluar perfect. Agaknya ini kali ke-4 atau ke-5 daripada puluhan kali Nadia buat, roti jadi bantat. Tak tau apa silapnya. Hari tu, breadmaker Noxxa Amway yang Kjee baru guna lebih kurang 2 tahun, rosak. Dah hantar balik ke Amway. Kata mereka motherboard rosak. So diganti dengan yang baru. Motherboard baru bukan breadmaker.
Lepas tu, buat roti okay jer, sampailah semalam. Kjee salahkan bahan2 yang Nadia gunakan seperti bread improver dan bread softener. Mungkin dah expired. Hmmm whatever.
So pagi tadi Unclepali beli lagi kat LMC Bandar Rahman Putra selepas gi posto. Malam ni nak try lagi buat roti instant. Senang guna Noxxa jenama Amway. Ia breadmaker dan oven. Masuk je tepung, dua jam lagi dah dapat roti paun. Boleh set pukul berapa kita nak ia siap. Siapkan bahan2nya sebelah malam, set time pastu tido. Kalau kita set kul 7 nak makan, masa itu kita akan dapat roti panas.
Berbalik kepada French Toast pagi ni, seperti biasa, Unclepali yang buatkan. Oleh kerana makan dengan kaya, Unclepali pukul telor dan campurkan dengan fresh milik pastu celop roti dan guna sedikit sangat butter untuk menggoreng.
Kalau ada roti canai yang dah sejuk dan keras pun boleh buat ala2 french toast. Tapi Kjee taklah bubuh susu. Sebaliknya Kjee bubuh sedikit garam dan pak aji pada telor, pukul dan celup roti canai itu. Pastu goreng guna butter atau marjerin yang sedikit sahaja, Sedap cicah dengan kari atau makan begitu sahaja.
tak pernah makan french toast dgn kaya. boleh cuba weekend ni. kat sini tak dak kaya tapi mala dah bawak dari msia :-)
ReplyDeleteSy suka mkn roti celup telur gtu ngan cili sos...ari2 pun takpe...i like bread....ptg ni nk wat sandwich for dinner...
ReplyDeleteSalam, saya pun selalu bermasalah masa bt roti. Roti x cukup gebu n agak padat. Rupa2nya elok kita hidupkan dulu yis tu...Caranya
ReplyDeleteYis (ikut sukatan dlm resepi)
Gula(1/3 drp jumlah yis)
Air suam (1/3 cwn metrik)
Kacau sikit, perap smpi kembang 3x ganda (10-15 min). Baru masuk dlm BM. InsyaAllah setakat ni menjadilah roti sy. Cara ni pun lebih selamat, kalau yis rosak pun kita dah boleh detect awal.
p/s Gula dlm resepi jgn dikurangkan langsung. Gula di atas ni hanya utk hidupkan yis shj.
Biasanya yis n brg2 dapur lain sy simpan dlm freezer, sbb cuaca kita panas kan...brg selalu rosak sblum expired date
Selamat mencuba kjee
Amirah
Thnx Amirah. nanti beritahu Nadia sebab dia tukang buat roti dalam rumah kami.
ReplyDelete