Entry ni saja nak bagi korang jeles di tengah2 cuaca yang panazzzz sekarang. Kali kedua Kjee buat bulan ini. Bukan sahaja dapat menyejukkan badan tapi benar2 menyejukkan tekak. My princess sekarang tengah sakit tekak. Tonsil dia bengkak so, Kjee buat especially for her.
Ya lah tu for my princess jer. Dia habis kuliah malam nanti. Agak2nya sampai rumah entah2 dah habis mama dan papa telan. Kahkahkah.
Terima kasih Hazlina Abdul Hamid dan Norizah Abu Samah yang respon bagi resipi apabila Kjee terkial2 pagi tadi. The last time Kjee buat, Kjee guna serbuk jenama Happy Grass yang dah ada perasa or perisa. Hantam jerlah labu.
Tapi tadi waktu selongkar pantry, jumpalah peket jenama Swallow Global. Yang sepeket 10gms. Panik lak. Nanti silap catu air, jadi keras. Jeli mesti lembut sebab tak payah kunyah kan? Slurrpppp jer.
Anyway, walaupun jeli tu masih belum membeku tetapi Kjee rasa ada harapan ia mengikut texture yang Kjee nak. Insya Allah.
nota:
(KALAU BUAT LAGI GUNA SERBUK JELI, KJEE AKAN BUAT GUNA 9 MUG AIR. WALAUPUN TEXTURE JELI GUNA 8 MUG AIR SUDAH ELOK TETAPI KJEE SUKA JELI YANG LEBIH LEMBUT)
nota:
(KALAU BUAT LAGI GUNA SERBUK JELI, KJEE AKAN BUAT GUNA 9 MUG AIR. WALAUPUN TEXTURE JELI GUNA 8 MUG AIR SUDAH ELOK TETAPI KJEE SUKA JELI YANG LEBIH LEMBUT)
Jom kita intai resipinya.
JELI KELAPA MUDA
Sumber:
Hazlina Abdul Hamid
Norizah Abu Samah
Tukang godek:
Kjee
BAHAN2NYA:
3 biji kelapa muda
10gms serbuk jeli jenama Swallow
1 mug gula (Kjee guna ¾ mug. Mug standard yg tinggi 4inci)
8 mug air (air kelapa campur air biasa) (TAPI KJEE BUAT 9 MUG)
bekas
daun pandan
CARA:
Kjee sukat dulu air kelapa. Tadi dapat dalam lebih kurang 6 mug. Bakinya Kjee sukat dua mug lagi air biasa sebab resipi asal memerlukan 8 mug air (tak kisah mana lebih - air kelapa atau air biasa). Tapi Kjee rasa kalau kesemua 8 mug tu air kelapa muda, ok jugak. Tadi Kjee beli sebiji RM2. Jerang air tersebut bersama daun pandan, kalau guna.
Campurkan gula bersama serbuk jeli. Apabila air yang dijerang sudah agak2 mendidih, masukkan campuran gula dan serbuk jeli. Kacau sehingga sebati dan perlahankan api.
Sementara itu, hiris isi kelapa dan susun dalam apa jua bekas yang disediakan. Oleh kerana tadi Kjee beli 3 biji kelapa muda, dapatlah banyak isinya.
Kemudian tuangkan campuran jeli itu ke dalam bekas. Biarkan sejuk baru simpan dalam peti ais.
Sedap dinikmati sejuk.
Emmm.. Sedapnya Jeli Kelapa ni.. Saya suka makan Jeli Kelapa.. Nasib baiklah saya duduk dekat kawasan kampung... Dekat tempat saya Senang nak dapat bekalan Jeli kelapa ni..
ReplyDeleteRM140 tajaan Pertama Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 (Klik Di Sini)
Lupa pula nak Ucapkan Selamat Hari raya dekat Kak Jee.. Saya suka Header terbaru Kak Jee.. Cantik.. Kak Jee buat sendiri ker Header tu?
ReplyDeleteRM140 tajaan Pertama Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 (Klik Di Sini)
wah, da resepi jelly kelapa kat sini, nt ada stok nrajin nak buat sndri lah..2 hari ni asyik mkn jelly kelapa lebihan potluck yg kawan bawa dtg rumah..perfect timing la..panas2 skg ni..sedap ;)
ReplyDeleteEeee sedap nye! Mmg jeles dah ni! ;) tak sabar nak try! Tq kak jee..!!!
ReplyDeletekak jee..saya selalu buat jeli kelapa ni..mmg sedap..saya beli serbok jeli kat kedai Baguz Kota Damansara..1 peket leh dapat 1 bekas tupperware yg besar..sukatannya 1 peket tu airnye 3000ml..mmg mabeles
ReplyDeletesaya suka sgt jelly kelapa ni..tp bli jela selalunya. hehe
ReplyDeletekak jee guna serbuk jeli ape? beli kat mana?
ReplyDeleteSalam, kak jee beli jeli jenis apa? kat mana?
ReplyDeleteSalam Neini, Kjee guna brand Swallow. Banyak supermarket ada jual. Brand Nona pun ada.
ReplyDeleteTerliur tgk.. nk mintak resepi blh kak jee?
ReplyDeleteTerima kasih atas resepi jeli. Dah lama cari resepi yg sempoi macam ni. Thanks Kak Kjeee.
ReplyDelete