Dulu2, kami sekeluarga panggil kacang botol. Kelakar kan? Ntah mana Bonda boleh panggil kacang ini dengan nama itu. Kemudian bila dah tua, baru Kjee tahu nama sebenarnya Kacang Botor. Tapi ada jugak orang panggil kacang Kelisa.
Tak kesahlah. Maknanya sama dan kacangnya jugak sama.
Mereka yang tinggal di kawasan bertanah baik di kampung mahupun bandar, yang tanam kacang ini tentu merasakan entri Kjee ni tak de apa bende. Tapi inilah pertama kali Kjee tanam pokok ini, so excitednya lain macam.
Nak katakan pokok salah jugak. Ianya pohon merayap. Campakkan je biji2nya di tepi2 pagar dan dia akan keluarkan pucuk2 yang merayap2 cari ruang untuk hidup. Tak payah nak baja. Kalau musim hujan, lagi cepat ia merebak.
Tak lama rasanya Unclepali tanam setelah kakaknya berikan beberapa batang kacang ini yang sudah tua. Unclepali main campak jer tepi pagar rumah kami. Tak sampai dua bulan, jeng jeng jeng dah tumbuh merimbun.
Kalau dah banyak buah, kena cepat2 selak dedaunnya dan petik. Ini kerana warna kacang ini sama dengan daun. Dan ia suka menyelit2. Silap2 haribulan kalau lambat petik dah tua. Tak sedap makan.
Kjee selalu buat ulam atau goreng berlada bubuh belacan. Hiris serong2. Sedap sangat bubuh ikan bilis atau udang kering. Resipi klik sini.
Salam kak jee,
ReplyDeleteblogwalking kat sini sambil menonton filem Balik Kampung kat tv2.Alahai, terubat rindu nak tgk Kak Jee berlakon:)
Salam kakjee.. Wah moleknya berbuah. Saya memang suka kacang botor ni. Wat kerabu pon sedappp.
ReplyDeleteKakjee...saya tgh layan citer kakjee berlakon kt tv2. Kelakar citer ni. Ade os,eby saiful,liza abdullah...suka tgk citer lama2 cmni.
saya ada tanam kacang panjang ka...kacang panjang saya ni xpayah ada para
ReplyDeletesy penah tanam ditepi pagar dan naik habis tutup pagar ;).bila hujan lagi cepat membiak.sedap buat ulam
ReplyDeletebru je lpas tgk cite blk kg....
ReplyDeleterasa2 mcm knal je
mmg cte2 old skool sempoi
sy ada cuba nasib menanam kacang ni..tapi tak bernasib baik sbb tak pernah dapat makan.. sebabnya tuan tanah kedaung pandai sangat suruh pokok panjat pokok rambutan,..buahnya mencecah awan. Sedap betul buat kerabu campur taugeh dan letak cekur..(sambil lap air liur) Rie, JB
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekebaikan akar kacang botor ni ialah menjadi ubat untuk org keguguran. rebus dan bagi minum air nya. waktu saya keguguran dulu, doc kata tak da ubat untuk keguguran sdgkan ianya lebih teruk dari org bersalin, tapi org tua2 dulu syorkan akar nya sebagai ubat, alhamdulillah saya sihat dgn mengamalkan air rebusannya.
kita panggil kacang botol. betul la
ReplyDelete