Vanidah dan Shidi - ehsan google |
Hehehe. Kjee rasa Afdlin pun akan terkejut apabila terbaca entry Kjee ni. Actually, walaupun Kjee merapu tetapi tuah ayam nampak di kaki. You never know samada Afdlin akan hit jackpot kali ini!! Mudah2an, Insya Allah. Kjee suka kalau kengkawan dapat durian runtuh.
Anyway, entry ini Kjee kaitkan dengan kekecuhan di sekitar rumahtangga pasangan Rashidi dan Vanidah Imran. Beberapa pagi lalu, Kjee terkejut baca berita ada orang (maaf orang tu sebenarnya Mufti Perak. Tapi dia pun orang jugak kan) suruh pasangan itu rujuk kembali.
Dan tanpa baca berita sampai habis, tanpa usul periksa, terus berlegar dalam otak Kjee...seorang lagi peserta Sehati Berdansa, bercerai. Kali ni tak tau peserta yang ke berapa. Masa itu, Kjee masih mamai. Maklumlah bangun pagi je, terus mengadap tablet yang setia di sisi katil.
And then apabila sudah celik mata betul2, baru terfikir agaknya lakonan dalam filem atau drama jer. Mustahil Shidi dan Vanidah bercerai sebab sebelum ni tiada pun angin bertiup.
Apapun, dua tiga hari berlalu. Berita itu bukan sahaja mengganggu emosi Shidi dan Vanidah tetapi ada jugak blogger yang amik kesempatan supaya Vanidah dan Shidi rujuk. Kalau tidak, dosa besar berterusan hidup bersama. Nauzubillah!
Ewah. senang jer kan orang nak jatuhkan hukum camtu. Kjee belum lagi tengok wayang tu. Ntah apa namanya pun Kjee tak tahu tapi rasanya2nya macam 3 Hari or 3 Jam. Tak kuasa nak tahu. Kalau nak tengok filem tu, tahun depan Raya mesti keluar kat Astro. Boleh tengok free kan?
Apapun, Kjee pun buatlah perbandingan dengan paper sana sini. Shida takpun kahwin dengan Vanidah dalam filem itu. Yang 'kahwin' dengan Vanidahsi Afdlin. Shidi kahwin dengan Ayu Raudhah.
Jadi apa ke jadah nak suruh Shidi dan Vanidah rujuk? Maaflah. Korang ingat Shidi atau Vanidah tu bengap sangat ke nak berlakon sebagai suami isteri dalam babak cerai? Tapi kalaulah adegan itu ada dan mereka berlakon sebagai suami isteri, perceraian itu jugak pasti tidak sah sebab tiada niat!
Unless Shidi tu memang dah dendam dalam diam dengan Vanidah. Cari peluang berlakon sebagai suami isteri, kemudian terbabit dalam scene jatuh talaq! Ewah mudahnya.
So sesiapa yang masih tak percaya Shida dan Vanidah kata mereka masih suami isteri sah dan tidak diceraikan oleh 'Pengarah' filem itu, terima jer lah!!! Apa nak kalut sangat!!
Kalau tak percaya, korang pergi tengok wayang tu dan sahkan sendiri. Pergilah ramai2. Kalau sekali pergi tak faham2 jalan ceritanya, pergi 10 atau 20 kali.
Pastu korang akan nampak Afdlin Shauki senyum 'from ear to ear' sambil berlari ke bank dan kira duit untuk filem baru pulak!
Kjee doakan Afdlin, filem awak kali ni boleh cecah RM20-juta!!! Jangan susahlah..tahun depan Kjee tonton kat TV yer. Hehehe.
Kjee oii, talak bukannya susah nak jatuh pun....sedangkan org sedang mabuk pun, jika dia jatuhkan talak maka talaknya sah...walaupun berlakon maka terimalah akibatnya jika tersalah percaturan. Apa pun untuk vee dan shidi, saya yakin dorang tau hukum talak ni...so saya tak fikir dorang berani lakonkan babak camtu. Cuma afdlin saje nak buat gempak....x de ku heran nak gi tgk kat wayang...hahahahaah
ReplyDeletesaya pun belum tengok lagi movie tu
ReplyDeletetapi menurut sahabat saya yang dah tengok movie tu
cakap babak yang shidi lafazkan cerai tu bukan untuk kak vanida tapi untuk ayu.
hewhew. -,-'
kesian orang tu yang suka buat kontroversi, urmmm
ReplyDeleteKak Jee, tak lama lagi ada kat ASTRO First kot.
ReplyDelete....showbiz mmg selalu kena ada gimick.
ReplyDeleteCeramah agama pun selalu ada gimick nak tarik audience.
....jadi apa masalahnya kalau kes cerai Vanidah & Shidi ni cuma satu gimick nak tarik penonton.
.....dan kalau filem melayu leh kutip RM20 juta sama-sama bangga lah. Jangan iri hati & dengki lak.
aku dh hagak dah. propa jer lebey dorang ni..
ReplyDeletelafaz 'aku ceraikan kau dgn talak tiga' tu Shidi ucapkan kat Ayu Raudhah.. cuma apa yang mufti Perak tu maksudkan mungkin yang masa diorang berdua tengah bincang sebelum kahwin. diorang plan, lepas 3 hari diorang kahwin dengan pasangan masing2, diorang nak minta cerai. ayat tu macam mana bentuknya, saya dah tak ingat. saya tengok dah filem ni baru2 ni. ermm biar pihak yang lebih arif ajelah yang handle..
ReplyDeletesalam kjee
ReplyDeleteklu bc dr paper apa yg dilafazkan shidee
bkn lafaz cerai pun,biasalah tajuk paper ug gempak.
berdasarkan pengalaman sy dimahkamah sekian lama,tk timbul pun isu lafaz cerai dan komen mufti tu pn secara umum rasanya bkn merujuk apa yg dilafazkan dlm filem tu sb dia pn tk tngk filem tu..
wartawan yg menulis tu patut lebih beretika
norma,kuantan.
tp yg jelas semuanya kontroversi
ReplyDeletetp laen kali kalau nak buat kontroversi pun jgnlah buat babak2 mcmtu
bukanpe, hukum ni tak bleh buat main2, asal nak main2 takut terseruis..
mmg betul tak semua artis bengap, tp kena sentiasa berwaspada.. tok iman sekalipun bleh diduga
cepat melatah ke org kita ni kakjee?saya tak tgk pun kat wayang tp memang tau lah pasangan ni tak berlakon sbgi pasangan dlm filem ni.tang mana jatuh talak pulak kalau berlakon dgn ayu. hurmm
ReplyDeletesori k.jee saya teremosi, tp saya agak bengang kalau hukum hakam seolah dipermainkan, walaupun untuk tujuan kontroversi bimbang takut dprovokasi. memang tak semua artis bengap tp kita kene berhati2 mcmni, tok iman sekalipun tetap manusia dan sentiasa diwasi syaitan.
ReplyDeleteyang nak buat kontroversipun kena fikir jugak sbb akan megheret org lain menambah dosa mengprovokasi.
kontroversi naikan minat org nak menonton..
ReplyDeletepe kata kita semua jgn tgk..kalau betul kontrovesi ini sengaja di ada2kan.
ReplyDeletesebenarnya mmg ada niat nak tgk tp dh jd mcm ni tggu yg free jelah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMengikut Syariat Islamiah,lafaz talak yang sorih/jelas tetap sahkan walaupun berlakon..sebab itulah lafaz talak ni tidak boleh main2.
Berkaitan dengan niat pula, niat diambil kira jika lafaz cerai dalam bentuk sindiran atau kiasan.oleh itu,elakkan berlakon dengan isteri dalam bab2 perceraian.Wallahu a'lam.
P/S:kenyataan ini bersifat umum,bukan ditujukan kepada pasangan pelakon tersebut yang dikatakan bukannya berlakon sebagai suami isteri dalam filem berkenaan.
maaf..apa yang saya belajar dulu, talak tetap jatuh sama ada, ada niat atau tak. tapi untuk kes vee dan shidi, tak pasti. wallahua'lam.
ReplyDeleteThanks,
Nur Amina