Dah beberapa hari Kjee rasa tak sihat. Semangat terbang entah kemana sejak insiden tiga hari lepas. Tapi tak perlulah citer pasal insiden yang meruntun jiwa dan raga Kjee. Cukuplah kalau Kjee kata, semangat den tobang jauhhhh.
Anyway, sekarang semangat den dah kombali sikit. Bila semangat tu daha kembali, tetiba teringin nak makan yang pelik2. Tapi semangat jer berkobar2 nak makan...makannya tak jugak.
Semalam Unclepali ada beli satu sisih pisang emas cukup untuk buktikan Kjee tak ada pakai susuk. Mulanya ingatkan nak buat jemput2 untuk sarapan tapi stokis call pulak, acuan roti jala saiz 500ml dah sampai. So nak kena pergi amik. Dan oleh kerana dah lambat, kami brunch kat restoan Minang jer tadi.
Dalam perjalanan pulang tadi, teringin lak nak makan muffin pisang. Tapi dalam pertengahan jalan nak smapai umah, ubah fikiran suruh Unclepali beli kelapa muda parut. Sampai rumah, lepas solat, terus projek.
Lenyek pisang, bubuhlah gula sesedap manis, tepung dan bicarbonate sikit ala2 nak buat jemput2 pisang. Kelapa muda diletak sikit garam. Tak tak semua dari sebiji tu. Kjee guna kira2 suku jer. Pastu keluarkan frying pan non stick dan buat jer lempeng cam biasa.
Selepas 5 minit, tabur sikit kelapa muka atas permukaan lempeng. Tetiba teringat kalau bubuh jagung manis kan best. Jerit kat Unclepali suruh cari kat pantry. Jumpa satu tin jagung manis. So jagung manis tu duduk side by side kelapa parut atas lempeng.
Pastu lipat dua. Terus perlahankan api. Bubuhlah sedikit majerin. Kjee guna Daisy. Ada masin sikit. Kalau guna non salted marjerin lagi sedap. Balik2 sekali sekala sampai puas hati pastu ulang proses sampai habis.
Kami duduk mengadap aseben dan waif makan sampai habis sambil togok tea4life. Hehehe.
Kalau tak bubuh jagung dan kelapa, buh setorberi pun sodap kot. Isyhh isyhh iyshh
Nampak macam sodap.. Nanti gua try buat ye Kjee.. lempeng versi Oppa MPP Style.. Hahahaha..
ReplyDeletesedap2..mesti try ni,,be my friend kak jee...tq,,
ReplyDelete