Monday, September 3, 2012

NAK KAHWIN DENGAN EMAK SAHAJA






Tersenyum Kjee baca berita dalam mStar pagi ni pasal Siti Nordiana atau Nana hanya akan tamatkan zaman jandanya sekiranya ada lelaki yang sanggup menerima anak tunggalnya sekali! 

Isyhh Kjee rasa tak perlulah nak war2kan hasrat tu. Semua orang tahu kalau seorang wanita mahu kahwin lagi, itulah hajat utamanya. Suami  baru mesti terima anak atau anak2nya!

Oleh kerana itulah, ramai ibu2 tunggal yang punya anak berderet2 (maaf bahasa tapi itulah dailog mereka. Anak aku berderet2. Susah nak kahwin lagi)  lebih gemar membujang. Mereka lebih rela susah membesarkan anak2 sendirian daripada menambah masalah dengan berkahwin lagi.

Kjee tidak ada masalah dalam hal ini. Ketika Kjee bernikah lagi (dengan Unclepali), Nadia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Kjee memang tidak pernah niat untuk berkahwin lagi sebab anak pun dah besar. Biasanya, orang berkahwin lagi sebab mahukan seorang companion (teman untuk berbual dan yang sewaktu dengannya). 

Tetapi apabila menemui seorang lelaki yang Kjee tengok ngam sangat dengan Nadia, Kjee rasa sudah tiba masanya Kjee membenarkan dia jadi sebahagian daripada kami. Especially apabila Unclepali mengeluarkan dialog :"Sekurang2nya ada lelaki dalam hidup awak berdua untuk melindungi..."

So, belum pernah Kjee war2kan kata2 kalau ada lelaki yang sanggup terima Nadia, Kjee akan kahwin lagi. Ianya datang dengan sendiri. Kalau nasib kita baik, kita akan temui lelaki yang terlebih dulu mengambil hati anak kita daripada kita!

Cuba jauhi lelaki seperti ini...Mereka yang masa berkenalan dengan kita akan keluarkan dialog seperti ini: "Hantarlah anak awak balik kampung, duduk dengan neneknya dulu. Bila dah stabil hidup kita berdua barulah, kita ambil dia balik!"

Jangan sesekali percaya kata2 atau janji2 manis seperti itu. Kjee dah temui ramai lelaki macam itu. Dia hanya mahukan kita tetapi tidak mahu dibebankan dengan masalah.

So untuk ibu2 tunggal macam Nana, renung2kanlah.

Dibawah ini Kjee copy paste kisah Nana dari mStar online.


Terima Anak, Syarat Siti Nordiana Kahwin Lagi


PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara itu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya itu.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

"Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia," katanya kepada mStar Online.

Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana berkata, dia mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tambahan pula saya mencari seorang lelaki yang boleh menjadi bapa kepada anak saya.

"Barangkali lelaki yang saya sedang berkawan itu adalah orangnya atau pun mungkin tidak, Nana mahu cari yang terbaik," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai jejaka tersebut, Nana, 28, memberitahu dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.

"Dia sebaya dengan Nana dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujarnya.

2 comments: