Of courselah perkara ini tidak dihebahkan dengan jelas dan terang2an. Tetapi Kjee jadi wartawan sebelum TV3 wujud. So sedikit sebanyak Kjee adalah follow perkembangan TV3. Pihak pentadbirannya memandang serius banyak perkara sebelum petugasnya 'dinasihatkan supaya bersara'.
Hari ini Kjee terbaca kisah Nurul Syuhada, salah seorang selebriti TV3 yang hebat, yang buat keputusan meninggalkan stsyen itu untuk menyambung pelajaran. Kjee terkejut kerana bagi Kjee, Nurul Syuhada antara broadcast journalist TV3 yang bagus.
Masa Kjee baca kisah itu di mStar Online, Nadia yang duduk sebelah Kjee kata: "Takkan mama tak tahu kisah Nurul Syuhada komen yang Bintulu, bandar di Sarawak yang telah dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia 16 September nanti, sebagai bandar paling dhaif!"
Tersedak Kjee dengar kata2 Nadia. "Mungkin dia telah dinasihatkan suruh letak jawatan memandangkan TV3 juga terpaksa memohon maaf kepada penduduk Bintulu atas 'keterlanjuran' mulut Nurul Syuhada," kata Nadia.
Hmmm. Logik jugak. Pihak pengurusan TV3 tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun dalam hal2 seperti ini. Kesilapan yang dilakukan Nurul Syuhada di mata TV3 agaknya amat berat. Mungkin sama beratnya dengan skandal2 yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti TV3 sebelum ini. Opppss.
Dibawah ini, Kjee copy paste berita yang disiarkan oleh mStar Online.
Nurul Syuhada Tinggalkan TV3 Untuk Sambung Belajar Bukan Kerana Isu Bintulu
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di sini.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.
salam..pada pendapat saya ini kurang adil..kjee ingt lagi x pd pembaca berita yg telah menyatakan Dato Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sewaktu membaca berita..apa tindakan yang dikenakan kepada beliau?..ttp..kerana kesilapan sedikit Nurul Syuhada, kemungkinan dinasihatkan utk meletakkan jawatan..ini xbrapa adil...
ReplyDeletekalau betul bintulu tu bandar dhaif, so? its a fact what? kan kan...
ReplyDeletemana dia boleh reveal perkara sebenar pasal dia berhenti kat station tv tu kan?
bintulu bandar daif ...kata nurul.....oops jangan melenting bukak mata dan otak ayuh majukan bintulu nurul dah bongkar... kite lupa sebenarnya mana wakil rakyat kerajaan segera bangun untuk bangunkan bintulu....
ReplyDeleteKurang setuju dgn komen yg dibuat oleh Sdr. NenetPenne....come on...it is not a fact...Bandaraya Bintulu ada sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd, terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN. Kampus Universiti Putra Malaysia juga turut dibina di Bandaraya Bintulu. Bandaraya Bintulu turut mempunyai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini. Now with all these facts, macam mana you boleh katakan Bandaraya Bintulu sebagai bandar yang dhaif???? Sebelum memberi apa2 komen, tolong buat "homework" sikit ok...apapun Nurul Syuhada sememangnya patut pun dibuang kerja oleh pihak TV3 kerana beliau tidak membuat "homework" terlebih dahulu....dan kamu dan beliau pun sama2 bodoh dalam subjek geografi!!!!
ReplyDeleteNenetPenne pun sama bodoh mcm Nurul???? What a shame????
ReplyDeleteKalau Daif...takkan le Bintulu sekarang ini diantara penyumbang utama kepada ekonomi negara..LNG nya antara yang terbesar didunia youuu...kalau nak buat ulasan, buat homework dulu.kalau tak percaya, pergi bintulu..duduk satu minggu kat jeti LNG tuu, tengok berapa buah mega tanker yang masuk dan keluar dari port LNG dkm satu minggu..semua tu duit masyukk. Daif konon...
ReplyDelete