Tuesday, September 4, 2012

SIREN MENJERIT TETAPI BETUL KE ADA PESAKIT DALAM AMBULANS?


ehsan google



Dah lama dah Kjee sangsi tapi Kjee tak naklah luahkannya kerana bimbang Kjee silap. Tapi setiap kali Kjee dalam kereta  yang sedang sangkut dalam kesesakan lalulintas, seringkali jugak Kjee dan Unclepali bebel pasal kehadiran Ambulans yang pasang siren kuat2 hingga semua pemandu panik!



Seringkali Kjee tanya Unclepali samada betul ada pesakit yang perlu dikejarkan ke hospital dalam ambulans tersebut? Ntah2 kosong ambulans tu. Pemandunya hanya amik kesempatan sebab tak mahu sangkut macam kami!

Kjee un pernah naik ambulans ketika mengiringi Bonda on her last journey dari Bukit Antarabangsa ke Hospital Pakar Tawaakkal di Setapak berbelas tahun lalu. Sepanjang jalan, pemandu itu drive biasa jer. Tetapi apabila sampai di Setapak, dan apabila dilihat bonda semakin tenat, mereka terus bunyikan siren.

So susahlah kita nak buat tuduhan melulu samada bunyi siren yang kita seringkali dengar especially dalam kesesakan lalulintas itu genuine (sahih) atau tidak. Rasa2nya pemandu ambulans harus diberikan kursus Etika Pemanduan Ambulans yang berhemah.

Sukar kadang2 untuk mempercayai  (maaflah kepada pemandu ambulans) setiap kali trafik jam, masa itulah ada bunyi siren ambulans yang kuat. Kjee jarang jarang sangat jumpa Bomba yang membunyikan siren dengan kuat ketika lalulintas sesak. Begitu jugak dengan kereta peronda polis. Walhal mereka juga boleh ambil kesempatan yang sama dengan Ambulans. Setuju tak?

Cuma yang selalu bunyikan siren di dalam kesesakan lalulintas selain Ambulans ialah polis2 pengiring yang mengiringi Menteri ataupun Raja2 Melayu.

Anyway, hari ini Kjee dapat jawapan kepada kemusykilan Kjee ini apabila terbaca mengenainya di akhbar The Star pagi tadi. Entah betul entah tidak, tapi ramai pemandu kereta nampaknya mencurigai bunyi siren kuat pemandu Ambulans.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, juga peka dengan kesulitan yang dilalui pemandu ketika tersangkut dalam kesesakan. Tetiba entah dari mana ada aje bunyi siren ambulans. Kononnya, pihak Kementerian akan cuba memantu kesahihan bunyi siren ambulans itu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengakutan Jalan pulak berkata sukar untuk membuktikan samada pemandu Ambulans bunyikan siren palsu ketika tersangkut dalam kesesakan lalulintas.

Harap2 seorang dua jer pemandu Ambulans yang nakal yer. Tapi jangan kerana seekor kerbau bawak lumpur, habis semua terpalit! Wallahualam.

Related Posts:

  • DAH PENAT DEMONSTRASI, NASIB BAIK KENA TANGKAP!!! semua gambar ehsan mStar Online Itulah yang mampu Kjee katakan. Betul tak? Korang tengok je lah. Makcik2 dan pakcik yang tadi diheret ikut perhimpunan haram entah dari kampung mana. Tak tahu apa ke jadah tujuan mereka ke… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 13 JULAI 2011 KISAH  TIGA ARTIS Joey Mengaku Di Mahkamah Mahu Kahwin LainOleh SALWA SHA'ARIJoey (tengah) di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.KAJANG: Pelakon dan penyanyi, Joey pada Selasa, bersetuju agar kes pengesahan lafaz cerai… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 11 JULAI 2011 APABILA CINTA BERALIH ARAH 1 SAMAN BEKAS TUNANG RM320,000  NIK MUSTAFA (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd. Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Angkara cinta k… Read More
  • NONA DARI KACA MATA SAODAH ISMAIL Normala - Pengacara Nona paling Diminati (ehsan google) Kjee terlepas pandang entry Oda ini dalam Agendaily hari tu. Baru sekejap ni Kjee baca. Kjee rasa elok korang tahu apa pandangan Oda mengenai rancangan Nona sekarang. … Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 12 JULAI 2011 IPU Masih Di Tahap Sederhana JKeadaan berjerebu dicatatkan di sekitar Petaling Jaya sejak awal pagi Isnin. Bagaimanapun, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar keadan tersebut mas… Read More

9 comments:

  1. kekadang mmg xde pesakit kot..tp dia otw nk amek pesakit ke..so kne bunyik siren gak nk cecepat pickup..t lmbt kne gak..

    da 4 kali nek ambulan... best gak..huhu :p

    yg lebih layak mnjawab mereka sendiri.. :))

    ReplyDelete
  2. pernah nampak jururawat serta pemandu ambulan baru sahaja selesai makan kat kedai nasi kandar....

    pas tu depa masuk kedalam ambulan dan driver ambulan ON kan lampu siren tapi tak ada bunyi siren.... secara tak sengaja, pemandu lain beri laluan kepada ambulan tersebut....

    ReplyDelete
  3. pernah beri laluan pada ambulan di temerloh, selepas itu ternampak dia berhenti di kedai makan. memang kecemasan la sangat kjee, lapar tahap gaban la tu agaknya :(

    ReplyDelete
  4. Rasa saya, walaupun tak ada pesakit, ambulan harus segera kembali ke hospital untuk standby kes kecemasan seterusnya.

    ReplyDelete
  5. pernah nampak kakjee.. dkt 1 simpang saya tengah tunggu trafic light.. mmg byk kereta la..ambulan tu bg siren. tibe2 jumpa dkt trafic light 1 lg tp da dkt kg2.. so mmg x byk kerete.. elok pulak tunggu trafic light. xde pulak nak siren bagai.. nampak sgt menipunyer.. cis..

    ReplyDelete
  6. sya keje hospital....most driver yg sya kenal ni, diorg tak pasang bunyi ambulans tu, kalau tak betul2 memerlukan, sebab diorg pun tak suka bunyi bising neno-neno tu.
    selalunya kalu nak tgk bunyi embulan tu u nak betul ke tak, tgk laluan or route jalan tu...kalau ada hospital berdekatan tu, memang sahih la tu kot....mcm jln tun razak tu, pagi2 mesti ada ambulan neno2..bukan pasal apa, tapi diorg tu nak kejar appt pesakit nak jumpe doktor pakar...takut terlambat...:D

    ReplyDelete
  7. bulan pose aritu sy blik kg..lalu area bazar ramadhan ade ambulan parking kt tepi jln..beli juadah pose la kot..dlm 10km lps tu jln jem..ambulan yg same(berenti di bazar ramadhan)meluru laju smbil siren brbunyi..gaye bwk da la mcm lipas kudung..hahahaha..

    ReplyDelete
  8. REPLY :

    Anonymous said...
    pernah nampak jururawat serta pemandu ambulan baru sahaja selesai makan kat kedai nasi kandar....

    pas tu depa masuk kedalam ambulan dan driver ambulan ON kan lampu siren tapi tak ada bunyi siren.... secara tak sengaja, pemandu lain beri laluan kepada ambulan tersebut....
    September 4, 2012 at 12:35 PM

    Stahu saya, mgikut psedur. Bila selesai hantar kes di hospital B dr hospital A. Smasa pjalanan pulang ke base (hospital a) ambulans tsebut hendaklah nyalakan lampu siren (pilihan, nak bt ke tanak) tp s'eloknya bt supaya bg orang perasan dgn khdiran ambulans walau bkn dalam kdaan kecemasan.

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah kalau xde org sakit time jem.. xde la ktorg pemandu ambulan ni kuar time jem.. ingat best ke bunyi neno-neno tu?? sakit telinga tau x??

    ReplyDelete