Wednesday, October 10, 2012

ADA SCENE ZAITON GILA DALAM FILEM ZAITON, CERITAKU?







Pagi tadi Kjee baca kenyataan produser filem Zaiton, Ceritaku yang jalan cerita filem itu diubah sedikit bagi menghormati keluarga Zaiton. Kjee rasa kalau buat filem itu ikut kisah hidup sebenar Zaiton, pasti gempaq!!

Kjee antara kawan (wartawan) yang rapat dengan Zaiton di zaman kegemilangannya. Malah, ada satu ketika, Zaiton pernah datang ke rumah Kjee di tengah malam buta untuk memohon perlindungan. 

Kjee ingin menonton filem itu apabila ditayang nanti untuk melihat sejauh mana pengarah baru, yang juga pelakon Esma Danial, berjaya mengangkat kisah hidup Zaiton untuk dijadikan sebuah naskah filem. Memang susah untuk melakukannya sekiranya hanya diberi masa tidak sampai setahun.

Bayangkan pembikinan filem Gandhi lakonan Ben Kingsley mengambil masa yang cukup panjang. Kalau tidak silap, 10 kali lebih panjang dari masa Esma Danial mengambil masa untuk berkarya dengan kisah hidup Zaiton.

Sekejap tadi Kjee baca pulak kenyataan Zaiton dalam mStar Online yang dia sedikit terkilan kerana terdapat sedikit perubahan dalam cerita filem itu. Kononnya ada scene Zaiton jadi gila.

Seperti biasa, Zaiton kata, dia dalam keadaan tidak bermaya (di segi pemikiran) ketika produser itu menyuruh dia menandatangani kontrak filem itu.


Nadia Aqila jadi Zaiton - foto mStar



Kjee pasti produser Haji Burhan sudah menelitii pelbagai aspek ketika menyuruh Zaiton sign. Beliau tentu tidak mahu "Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi".

Pembikinan filem Zaiton Sameon itu bukan seperti mengalihkan sebuah cerita dari sebuah novel kepada filem. Novel hanya cerita rekaan dan macam2 boleh direka untuk memantapkan cerita. Kekadang hasilnya boleh jadi mantap dan kadangkala, terus hancur.

Anyway, pembikinan filem Zaiton ini memang besar dugaannya kepada produser Beruang Filem itu. Filem itu pernah disiapkan oleh Fauziah Nawi dibawah syarikat filem yang sama. Bagaimanapun, produser filem itu terpaksa 'tong sampahkan' hasil kerja Fauziah Nawi kerana merasa tidak puas hati dengan end product filem itu.

Kalau filem ini arahan Esma Danial dikatakan akan ditayangkan tidak lama lagi, apakah ini bermakna Esma lebih berjaya sebagai pengarah dari Fauziah Nawi? 

Bakat baru Nadia Aqila telah diberi tanggjunggung jawab membawa watak Zaiton. Sebelum ini beberapa nama telah disenaraikan. Antaranya Ziana Zain dan juga pelakon (dah lupa nama) anak penyanyi Rohana Jalil.


3 comments:

  1. eh sy igt yg nama mislina tu berlakon jadi zaiton?maaf kalau saya silap info..

    ReplyDelete
  2. Mislina jadi zaiton dalam filem arahan fauziah nawi yang telah di 'tong sampah' kan. lepas itu, produser tu beritahu kjee nama ziana zain dan anak rohana jalil kalau tak silap kailifairy, telah dilamar. tapi bila siap, kjee tengok nadia aqila pulak bawak watak itu. entahlah.

    ReplyDelete
  3. Kilafairy tuh, kjee.. Bukan senang nak buat filem biografi neh kan? Terutamanya jika individu berkenaan masih ada. Yg dah meninggal pon pasti ada kontroversi. Sebaik2nya sebelum menonton kita kena faham ia bukannya 100% kisah benar. Kena ubah juga sikit2 demi menjaga maruah byk pihak kan?

    ReplyDelete