Monday, October 1, 2012

ARTIS BARU KAHWIN CURI BAJU RM2-RIBU DI SHOPPING MALL BARU?





ehsan google


Isyhhh Isyhhh Isyhhh betul ke story yang Kjee dengar dalam rancangan ala Melodi, Propaganza tadi? Boleh percaya ke tidak, Kjee kurang pasti. Tapi kalau story tu tak betul, masakan pengacara Marsha Londoh bawak mulut dalam rancangan tersebut, kan?

Hmmm artis pun manusia biasa. Dulu pun ada sepasang suami isteri artis ke negara jiran di utara. Yang songlap pakaian tu Kjee tak pasti samada isteri, suami atau kedua2nya sekali. Tetapi si isteri memang terkenal di kalangan artis, kerana tabiat 'panjang tangan'.

Malah, kalau shooting outstation, dah ramai artis yang terkena dengan artis pompuan mulut kepoh ni. Waiima lipstick sebatang pun dia akan ambil walaupun harganya taklah mahal sangat.

Dah jadi penyakit dalaman kot. Sekarang artis pompuan ni popular balik. Banyak mengambil bahagian dalam drama dan jugak jadi pengacara. Kepohnya satu Malaya kenal. Harap2 dia bukan artis sama yang dikatakan 'terpanjangkan tangannya' di shopping kompleks baru bukak tu.

Yang tak syoknya, Marsha kata pasangan artis baru kahwin. Hmmm berapaa kerat jer lah artis yang baru kahwin kan? Jawab jangan tak jawab, mereka yang baru berkahwin. Hehehe. 

Anyway, kengkawan Kjee yang kerja kat shopping complex besar2 kat KL, beritahu kaki cilok terbesar kat  gedung2 beli belah camtu, selalunya makcik berbangsa Arab. Masuk beramai2 pakai jubah. Pastu buat jurujual kelamkabut sebab nak tengok itu dan ini. Bila keluar, kalau tak beli barang kecik, tak beli apa2 pun. Tapi apabila pekedai periksa barangan, ada yang meraung sakan!


12 comments:

  1. yang komen dan bubuh nama artis yg mereka syak terlibat, baik yg artis baru kahwin tu ataupun artis kepoh tu, maaf, Kjee tak akan siarkan yer.

    ReplyDelete
  2. artis ke x artis ke kalau dh terbiasa buat perangai mcm tu memang akan jd tabiat.. kdg2 x perlu pun dia nk mencuri tp dh terbiasa dia akan buat jugak

    ReplyDelete
  3. Ada sesetengah orang memang hobi dia mencuri. Bukan lawak tp betul. Dan golongan ni memang cekap melakukannya, Kjee!

    ReplyDelete
  4. Tu lah, saya rasa "panjang tangan" ni satu penyakit ketagihan, sama macam kes kaki skodeng. Entah lah..

    ReplyDelete
  5. penat berteka teki nih..saper la org tu yer..kihkihkih

    ReplyDelete
  6. mungkin dia nak tambah glamer tak kak jee?

    ReplyDelete
  7. Dulu, pernah seorg student, anak orang berada ditahan kerana mencuri jam yang harga tak seberapa. Bila ditanya kenapa mencuri, jawabnya, sebab semua benda yang dia mahu senang dapat, jadi bosan hidup begitu. Sebab tu dia mencuri. Nak rasa thrill.

    ReplyDelete
  8. Mungkin keinginan melebihi kemampuan, itulah yg terjadi. Sekali silap, malu seumur hidup, tanggung dosa pula.

    ReplyDelete
  9. Siapa ler artis tu yea...????misteri...
    Tapi penyakit panjang tangan nie merupakan satu habit yang susah dikawal....

    ReplyDelete
  10. Saya dah dpt jawapannya after sehari semalam berkerut dahi baca entry KJee ni... tp mcm tak percaya pulak kan si polan tu boleh melakukannya.

    ReplyDelete
  11. Boleh diibaratkan macam satu ketagihan juga kot. Kadang bukan tak mampu beli tapi lebih seronok kalau dapat dengan cara mencuri. Baru ada thrill ;)

    ReplyDelete