Saturday, October 20, 2012

BAKED PRAWN AND CRAB STICK OMELETTE
























Malam ni Kjee rasa macam tak ada selera nak makan. Tengah hari tadi sampai rumah dekat pukul 3, lepas hantar Cheetam dikembirikan (dimandulkan). Kerana dah lambat sangat dan kami keletihan, UnclePali beli lauk kat kedai makan Minang dan Kjee masak nasi. Nadia Kjee buatkan bubur sebab dia tak sihat.

Lepas Maghrib tadi, Kjee masuk dapur. UnclePali follow tanya nak buat apa? Kjee bukak fridge dan keluarkan 5 biji telor, crab sticks dan rendam udang yang berbaki kira-kira 20 ekor. Sementara Kjee pukul telor dan hiris daun bawang, UnclePali tolong siang udang.







"Hah...I tahu. Awak nak buat omelette yer," kata UnclePali sambil siang udang. Kjee senyum jer. "Hah nak try something new. Baked Omelette. Dapat idea semalam," kata Kjee.

Actually, memang betullah Kjee dapat idea buat Baked Omelette ini dari Chef Zuber, juri Master Chef Malaysia. Korang tengok tak semalam dia ajar peserta MCM? Tapi oleh kerana Kjee tak concentrate masa tengok semalam, Kjee pun buatlah cara sendiri.

Kjee guna crab sticks dan udang yang Kjee potong kecik2. Kjee pukul telor, masukkan hirisan daun bawang. Kemudian Kjee campurkan udang dan crab sticks. Kjee perisa guna AjiShio Black Pepper dan sedikit fish sauce.










Sementara Kjee panaskan oven, UnclePali guna oil spray dan spray acuan alluminium muffins. 

Kemudian Kjee sendukkan satu sudu bancuhan telor tadi ke dalam acuan muffin. Jangan sampai penuh. Tiga suku jer. Dapatlah 12 biji. Kemudian Kjee bakar guna suhu 190 darjah selama 15 minit. Apabila sudah nampak elok masak, Kjee keluarkan, tabur Mozarella cheese dan masukkan kembali ke dalam oven kira-kira 5 minit untuk cairkan cheese itu.

UnclePali rasa dulu sebaik sahaja masak. Dia tunjuk dua ibu jari. Sedap dimakan dengan sos cili.

Kjee rasa sedap dibuat sarapan pagi ataupun minum petang. Atau boleh di jadikan 'finger food' untuk jamuan atau parti. Resipi yang sama boleh dikukus. Klik sini.



7 comments:

  1. wahh..tenguk gambo pun da tahu sedap :)

    ReplyDelete
  2. kalau kat rumah ni tak cukup la kakjee hehehe budak2 suka makan telur

    ReplyDelete
  3. Salam kjee, sedap nye mummy mesti cuba this week end la, TQ Kjee

    ReplyDelete
  4. Ngancam betul ommelet tew.... ngences dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. Lepas baca, terus gi check telur...
    Halamak! Telur sudah 'hilang' semuanya!
    Semalam sebelum tidur, ada 6 biji lagi... Ish ish ish.. Anak2 ni.. Kalau Ummi tidur, musti ada projek habiskan telur! Hancus harapan nak beromelet & berroti sosej..
    Kena beli sepapan la hari ni...
    Thanks K jee sbb share hidangan yg mudah tp pasti anak2 suka sbb semua bahan utama adalah favourite anak...dan Ummi :))

    ReplyDelete