Wednesday, October 31, 2012

BELUM SETAHUN TAKKAN RIZ DAN ANA DAHLIA NAK BERPISAH?




Ehsan mStar



Baru beberapa hari lepas Kjee dapat tahu rumahtangga Riz dan Ana Dahlia tak okay. Kemudian kalau tak silap Kjee tengok kat TV, Ana buat pengakuan itu hanya khabar angin. Dia dan Riz happy. Masing2 sibuk dengan karier sendiri.

Semalam Kjee jumpa Serina lupa lak nak tanya pasal gossip yang melanda rumahtangga adik dia. And Then tiba2, hari ini, dalam mStar Online, Chef Riz pulak buat kenyataan kononnya rumahtangga dia yang belum berusia setahun ada problem. 

Korang bacalah sendiri yer. Arwah mak selalu kata 'Selisih Malaikat 44'. Harap2 Riza dan Ana segera berbincang empat mata atau dapatkan nasihat daripada ibu dan ayah yang lebih berpengalaman dalam hidup. 




PETALING JAYA: Chef selebriti, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengakui perkahwinannya dengan aktres jelita, Ana Dahlia yang belum mencapai usia setahun kini sedang bergolak.

Chef Riz dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo! pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas tentang dakwaan kononnya mereka berdua telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor baru-baru ini.

"Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

"Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Menurut Chef Riz, beliau sebaik-baiknya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai kisah rumah tangga mereka kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan.

Sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak apabila Ana dikatakan telah berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang menganggap ia sebagai kontroversi yang tidak dapat dielakkan dalam dunia hiburan.

Chef Riz, bernikah dengan Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, pada 11 Disember 2011.

Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana merupakan seorang janda.


5 comments:

  1. Hmmm. ntah lah kan kak...kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua...

    ReplyDelete
  2. semoga jodoh mereka terus berpanjangan hendaknya. darah masih muda katakan..

    ReplyDelete
  3. doakn yg baik2 ajelah

    ReplyDelete
  4. Kita doakan mereka bercinta sampai ke syurga...
    Selisih faham tu asam garam rumahtangga.. Kekadang bendanya sedikit saja tapi sebab dah 'dimediakan", ia boleh jadi besar.. Saya harap media berdiam diri dulu.. Berikan mereka peluang perbaiki kesilapan (kalau ada) dan perkukuhkan komunikasi mereka..

    ReplyDelete
  5. gaduh2 tu biasalah...semoga mereka dapat bersabar...

    ReplyDelete