Wednesday, October 10, 2012

DAPUR CT DELIMA LEBARKAN SAYAP KE ITALI!




SIRI JEJAK BLOGGER #9



Pertama kali Kjee jengah blog Dari Dapur CT, Kjee senyum sendirian. Sebabnya, tiap gambar yang ditampal dalam blog dia, pada background gambar itu, mesti ada kamera antik. Kjee kata dalam hati, pemilik blog ini mesti pengumpul kamera antik.

Kemudian, perlahan2, kamera2 antik tersebut mula hilang dari gambar2 yang ditampal CT. Kreativitinya cukup menarik. Komposisi makanan dengan props membuatkan Kjee cukup teruja dan seringkali mahu singgah blognya.

Maklumlah, Kjee ni bukanlah pandai amik gambar walaupun masa jadi wartawan di The New Straits Times dulu ada amik kursus singkat camner nak amik gambar. Tapi berpuluh tahun dah berlalu. Kami hanya diajar amik gambar biasa2 jer, kalau dalam kecemasan kalau photograper tiada. So pepaham jer lah kenapa gambar yang Kjee amik sekarang tak lawo. Hehehe.

Anyway, blog Dari Dapur CT hari ini jadi pilihan Kjee untuk Siri Jejak Blogger yang dah lama Kjee lupa nak isi entrynya. Ramai lagi dalam list Kjee. Tetapi CT menjadi pilihan Kjee hari ini sebab sejak Kjee terpikat dengan gambar2 food dia yang ber'prop'kan kamera antik, sudah banyak pencapaian wanita comel ini baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Namanya cukup sweet, Siti Delima secomel orangnya. Didalam negara, CT antara blogger masakan yang cukup aktif, creative dan innovative. She takes great pains untuk jadikan hasil penat lelahnya di dapur, suatu tatapan terindah untuk mereka yang singgah di blognya.

Walaupun sekarang kamera2 antiknya sudah tiada lagi digunakan sebagai props gambarnya, Kjee perhati, kerativitinya semakin terserlah. Penggunakan props amat penting dalam menjadikan gambar lebih menarik.

Koleksi resipi manisan dan kuih muih CT sudah dimuatkan dalam tiga buah buku masakan yang Kjee rasa harus kita dapatkan dan jadikan simpanan. (lihat gambar)






Selain itu, resipi2 CT juga pernah dimuatkan dalam beberapa majalah tanahair seperti Jelita dan Saji, sekadar menyebut beberapa nama majalah.

Pencapaian CT di luar negara juga tidak harus dipandang ringan! Dalam ramai2 blogger masakan yang ada, CT telah dilamar oleh sebuah majalah dari Itali 'Open Kitchen Magazine' untuk menjadi salah seorang dari team contributors atau penyumbang resipi kumpulan mereka. Baca sini.

Tahniah CT. Setakat ini Kjee belum pernah dengar ada majalah dari overseas yang lamar blogger kita jadi penyumbang resipi mereka. Correct me if I'm wrong.

Kjee tak dapat bubuh banyak gambar2 dari blog CT sebab CT ambil jalan bijak 'mengunci' semua gambar2nya dari dicopy paste. Itulah antara jalan paling baik untuk safeguard karya anda. Maaf CT. Unclepali dah ceroboh gambar header blog CT. Mereka yang belum pernah intai blog CT, harus ke sana untuk melihat keindahan gambar dan kehebatan resipinya at www.sitidelima.com

Kjee doakan CT akan terus berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan resipi2 menarik yang dikongsinya dalam majalah Open Kitchen itu. All The Best CT!!

Tetapi dalam pada itu, jangan lupa jugak kami, peminat2 anda yang seringkali singgah di dapur CT. Bila agaknya CT nak diundang muncul di kaca TV untuk demonstrasi kehebatannya?







8 comments:

  1. saya juga salah seorang peminat kak ct..

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Jee. Satu yang sy suka dengan Kak CT Delima ni ialah sifat rendah diri yg ada padanya w/pun beliau blogger popular. Eh, rasanya tak ada blogger popular yg sombonglah, semua baik hati & tak lokek kongsi ilmu, saya tabik spring dgn mereka2 ini..

    Syabas utk Kak CT Delima..

    ReplyDelete
  3. As'salam Kak Jee

    CT terasa amat bangga dan terharu diatas penulisan tentang blog www.sitidelima.com yang telah mendapat tempat untuk dijadikan pilihan Kak Jee untuk Siri Jejak Blogger kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana memberi sedikit ruang untuk memperkenalkan blog Dari Dapur CT... Alhamdulillah.

    Teruskan memberi sokongan buat CT untuk terus maju kehadapan, Insya'Allah sokongan dari kawan-kawan juga tidak akan CT lupakan sampai bila-bila. Terima kasih sekali lagi Kak Jee :)

    ReplyDelete
  4. Dan lagi satu...CT rajin layan komen dari pengunjung blognya...dan saya rasa CT ni lembut orangnya kot...

    ReplyDelete
  5. salam kakjee cayang..pekabo? moga kakjee sihat sentiasa ye..saya dh few times gader2 ngan ct nih mmg baik sgt orangnye..ramah dalam santun..hehe! baru2 ni ct mai klinik siap bagi free buku2 resipinye tuh..hepi sgt!!

    ReplyDelete
  6. Salam Ina,

    Kjee pun dah dapat buku2nya melalui pos. Satu hari nak jumpa dia. Pasti orangnya comel macam Ina jugak kan? Hehehe

    ReplyDelete
  7. Walaikumsalam CT,

    harap satu hari nanti kita jumpa yer.

    ReplyDelete
  8. gambar2 dlm blog itu sgt cantik ;)

    ReplyDelete