Year in year out...dah 11 kali kami menyambutnya. Dua puluh lima haribulan Oktober tahun 2000. Dan buat kali ke-12 hari ini, Alhamdullilah syukur, kami masih bersama. Rasa macam baru jer tetapi sudah 12 tahun UnclePali dan Kjee melayari bahtera sebagai suami isteri. Pelayaran yang tidak sunyi dari dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa.
Alhamdullilah. Kami berdua memanjat kesyukuran, walaupun ujian ada kalanya turun bertimpa2, namun semua itu berjaya kami atasi. Hanya Allah swt sahaja yang tahu, disebalik senyuman, disebalik gurauan terselit juga banyak tangisan. Lautan mana yang tidak bergelora...
Isyhh rasa kelakar pulak nak tulis mcam ini. Kjee memang tak reti bahasa yang puitis dan berbunga2.
Hanya Kjee ingin catatkan di sini, moga rumahtangga kami berdua akan berakhir ke hujung nyawa. Ketika membuat keputusan untuk menjadi isterinya, 12 tahun lalu, Kjee sebenarnya pasrah dengan apa yang sudah tertulis. Kjee redha dengan apa yang bakal Kjee lalui.
Dua perkahwinan yang lalu, sebenarnya, membuat Kjee serik untuk menjalaninya lagi buat kali ketiga. But Allah knows better. DIA tidak mahu Kjee terus menjalani sisa2 hidup ini berdua sahaja dengan Nadia.
Justru Kjee panjatkan doa ke hadrat Illahi agar kami terus bahagia dan kekal hingga nafas akhir.
Terima kasih Abang kerana menerima saya seadanya. Saya jugak begitu. Akhirnya, Abang berjaya bawa saya ke alam rumahtangga buat tahun ke-12.
Dua yang sebelum ini hanya bertahan setakat 8 tahun sahaja. Jadi, apabila berjaya melepasi tahun ke-8, empat tahun lalu, saya cukup bersyukur. Saya telah berjaya 'meloloskan diri dari sumpahan tahun ke-8'.
Terima kasih Abang kerana menerima saya seadanya. Saya jugak begitu. Akhirnya, Abang berjaya bawa saya ke alam rumahtangga buat tahun ke-12.
Dua yang sebelum ini hanya bertahan setakat 8 tahun sahaja. Jadi, apabila berjaya melepasi tahun ke-8, empat tahun lalu, saya cukup bersyukur. Saya telah berjaya 'meloloskan diri dari sumpahan tahun ke-8'.
Terima kasih Allah.
selamat ulang tahun utk kjee berdua. semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat
ReplyDeleteAmeen. Terima kasih Cik Nor.
ReplyDeleteDoa yang terbaik buat kak Jee.
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan yg ke 12..moga berbahgia hingga ke hujung nyawa...
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwinan utk kak jee dan uncle pali. Moga ikatan kasih cinta kak jee berdua makin rapat, makin kukuh dan menjadi simbol kebanggaan....terima kasih juga menjadi sorang blogger, merendah diri, menegur dan beramah mesra dengan kami. Moga Allah swt memberkati Kak Jee sekeluarga..
ReplyDeleteTANAM TEBU DI TANAH RATA,
TANAM SEBARIS BERSELANG TIGA,
IKATAN KASIH BERSULAM CINTA,
KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA....
Selamat ulangtahun perkahwinan kak jee.Muga kekal selamanya dan bahagia selalu.
ReplyDeleteSemoga K jee n uncle pali bahagia hingga ke syurga.Seronok tgk pic k jee berdua...nmpk romantik sgt
ReplyDeletetahniah kak jee...semoga bahagia dunia dan akhirat
ReplyDeletemabruk k jee n ucle pali, barakallah till jannatulfirdaus..aamiin ya Rabb :)
ReplyDeletetahniah kak jee..semoga Allah sentiasa memberkati rumahtangga kak jee hingga akhir hayat...bahagia selalu..:)
ReplyDeleteHappy anniversary..Semoga hubungan akk kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin...
ReplyDeleteAssalam kak Jee, saya doakan kak jee and uncle pali kekal hingga ke syurga. Amin.
ReplyDeleteTahniah Kak Jee.. Selamat menyambut hari Ulang tahun perkahwinan yang ke 12 tahun..
ReplyDeleteDan Selamat menyambut Hari raya Aidil Adha..
Selamat Hari Raya Aidil Adha Boni..
Kutitipkan koleksi ucapan SMS hari raya AidilAdha dari jauh sebagai tanda ingatan...
Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar
as salam k. Jee & uncle Pali, alhamdullilah! happy 12th anniversary, may your marriage be under Allah's blessing always.Insya Allah, aaminn.
ReplyDeleteikhlas dari kami,
Zaph, suami and geng kucing
Assalamualaikum kak Jee
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun perkhawinan yg ke 12
semoga bahtera yg di bina akan sentiasa kekal bahagia selamanya..
semoga kak Jee sentiasa di berikan kesihatan yg baik dan doa kak Jee di makbulkan oleh Nya..
Amin
Happy 12th Wedding Anniversary Sis and your beloved better half, Unclepali. May your love bloom eternally.....InsyaAllah.....Ameen.....
ReplyDeletedoakan kjee kekal bahagia hingga ke syurga berdua ye
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun ke 12. Saya doakan kak jee dan keluarga sent berada di bawah rahmat Allah sentiasa dan muga muga kasih sayang ini terus bertaut hingga ke jannah. Ameen.
ReplyDeletesalam eid ul adha k.jee n uncle pali n nadia.sel.ulangtahun perkahwinan buat k.jee n u.pali,semuga yg terbaik milik k.jee selamalamanya..ameen ameen ameen.
ReplyDeleteTahniah Kak Jee... Semoga Allah rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat. Juga semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Kak Jee sekeluarga......
ReplyDeletetahniah puan.. semoga Allah SWT terus memberi kebahagiaan kpd Puan, suami dan anak..
ReplyDeleteeh kebetulan la kita kak jee..saya pun tahun ke12 jugak tahun ni..cuma beza tarikh je.saya 18 nov 2000.hehe
ReplyDeletemoga bahagia hingga hujung nyawa ye