Wednesday, October 3, 2012

DR ROZMEY BERSALAH IKLAN DIRI SENDIRI?

ehsan google



Kjee tak berani nak komen lanjut. Korang bacalah sendiri apa yang tertera dibawah.

Dr Rozmey Digantung Keanggotaan MMC

KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). BERNAMA

9 comments:

  1. gantung ke tak sama je..dia pn dah x minat nk jadi doktor kot

    ReplyDelete
  2. Dr Sheikh muzaffar tak pula ...

    ReplyDelete
  3. EMM SALAH KE?
    saya tak tahu pun iklan diri sendiri boleh jd salah

    ReplyDelete
  4. xfaham...pe kesalahannya..
    iklan diri sendiri tu cemana?
    buh gamba sendiri pada iklan ke?

    ReplyDelete
  5. dia tarik denda tu sebab rambut dia tu hensem sangat..... eeeeeeeeeeewwwwwwwwww....

    ReplyDelete
  6. Dah lama dah kawan tu buat duit, dah kaya raya, baru timbul isu. Tp, takat tarik balik gelaran Dr utk 2 thn, tak de hal, kot. Salah dia sebab langar etika kedoktoran, bukan pasal jual produk ada kandungan merbahaya, kan, kan!!! Dia dah tak minat nak jadi doktor O&G.

    ReplyDelete
  7. doktor yang jual mc macam mana???
    kawan sekerja seminggu sekali mesti cuti...

    ReplyDelete
  8. hehe.. kat malaysia nih.. kalau org melayu nak kaya mmg kena cantas..
    kalau cina ngan tamil yang kaya
    semua diam.. cis!!! siapa yang rasis?

    ReplyDelete
  9. Memang sebagai doktor, x leh la advertise benda cam ni

    Sebagai seorang doktor, masyarakat memandang tinggi opinion dia orang, jadi dia kena la bagi opinion yang unbiased, bukan ikut benda yang bagi dia duit banyak...

    Tu sebab. Bukan sebab dengki sebab dia melayu etc

    ReplyDelete