Monday, October 29, 2012

IKAN 3 RASA TANPA TULANG




















Ini dinner kami tiga beranak malam ini. Memang tak ada plan nak masak apa2 pun malam ni. Ingatkan nak keluar dinner tapi malas lak nak dress up and go out.

Siang tadi pergi Open House kat Kumpulan Media Karangkraf. So apabila dah keletihan dan menunggu mekanik datang repair aircon bilik Nadia, tapi tak sampai2, akhirnya Kjee buat keputusan  untuk masak apa saja yang ada dalam freezer.

Ikan Siakap ni Kjee beli dua hari sudah. Ingatkan nak masak lunch hari ni sebab tak ada plan nak pergi open house Karangkraf sebab semalam tak berapa sihat.

Anyway, tanpa satu bahan penting iaitu bunga kantan, Kjee teruskan jugak buat Ikan Siakap Tiga Rasa ala Thai ini. Resipinya korang intai sini.





Kjee dah plan nak buat Ikan Siakap Tiga Rasa ini macam cara Kjee makan di beberapa restoran Cina. Mereka buang tulang tengah dan kepakkan ikan itu ketika menggoreng ala butterfly.

Alhamdullilah menjadi. Tulang itu diceraikan secara memotong guna pisau tajam dari bahagian perut ikan itu. Kemudian gunakan gunting untuk keluarkan tulang itu. Kjee guna kunyit dan garam untuk perapkan ikan itu seketika. Kemudian goreng secara deep fry (guna minyak banyak).

Tunggu sebelah ikan sudah benar2 garing baru diterbalikkan ikan itu. Kjee guna dua sudip sebab tanpa tulang belakang, ikan itu lembik. Apabila dua2 belah telah garing, keluarkan dan tos atas kitchen towels.

And then Kjee guna sauce pan untuk masak sos. Kalau korang ada bunga kantan, jangan lupa bubuh yer. Lepas itu curahkan keatas ikan dan hias. Malam ini Kjee tak sempat hias (actually malas hehehe). Yezza akhirnya berjaya jugak Kjee buat Ikan Siakap Tiga Rasa ini tanpa tulang!

Kali ini kaler sos tidak merah menyala seperti yang Kjee buat sebelum ini sebab Kjee tak bubuh cili kisar. Tapi Kjee lebihkan cili padi.










1 comment: