Ini akan menyebabkan perkahwinan bawah usia - ehsan google |
Masa Kjee kecik2 dulu eh taklah kecik tapi masa dah baligh, selalu jugak kena ugut dengan arwah Bonda. Kau tak pas, siap nanti aku kahwinkan kau. Masa tu tak taulah nak citer camner perasaan Kjee. Suka ke tak suka hah masa itu? Tak ingatlah.
Tapi rasanya Kjee kecut maut. Maklumlah, kalau dapat laki hensem tak per lak. Tapi arwah mak pernah ugut nak kahwinkan dengan koling potong rumput!!! Hah itu yang Kjee tak nak!!!
Anyway, Kjee bangkitkan citer lama ini sebab tadi Kjee baca kat The Star Online mengenai peningkatan perkahwinan bawah umur. Bukan terjadi di India. Dulu2 Kjee selalu jugak tengok dokumentari mengenai perkahwinan budak2 sementah 6 tahun di India. Tetapi ini berlaku di Malaysia!!
Di Kedah sahaja, statistik dari Jabatan Agama Islam Negeri itu, menunjukkan kenaikan permohonan untuk menikah sebanyak 35% yang membabitkan mereka dibawah umur. Peningkatan ini direkodkan antara tahun 2008 hingga 2010!
Sebanyak 75 permohonan oleh pasangan bawah umur direkodkan pada tahun 2008. Sembilan puluh sembilan permohonan pada tahun 2009 dan 101 dalam tahun 2010. Daripada jumlah itu, 90% membabitkan gadis dibawah usia 16 tahun!
Perkahwinan bawah usia di India sesuatu yang biasa - ehsan google |
Pasti korang dapat agak kenapa 'budak2' ini senang2 'dilepaskan' oleh ibu dan ayah untuk dinikahkan! Yang nombor satu, mungkin mereka telah 'berkahwin' sesama pasangan sendiri dan sudah boncet. Kedua, anak gadis sunti tu terlalu 'liar' dan sukar dikawal dan ketiga, ibu bapa menganggap itu salah satu cara untuk melepaskan bebanan menanggung makan pakai mereka.
Apakah dengan mengahwinkan anak2 di usia bawah 16 tahun cara terbaik untuk ibu bapa 'melepaskan diri' daripada masalah dengan anak2? Banyak risiko, sebenarnya, untuk mengkahwinkan anak2 di usia muda.
Satu, berkahwin di usia awal akan menyebabkan kanak2 itu tidak dapat meneruskan persekolahannya. Kedua, kehamilan di usia terlalu muda mendedahkan kanak2 itu kepada bahaya kepada kesihatan dan juga ketika melahirkan.
Dan apa yang seringkali diperkatakan ialah, perkahwinan di usia muda juga mengakibatkan ramai daripada mereka bercerai setelah mendapat anak kerana masih belum matang dan bersedia untuk menjalani hidup berumahtangga.
Rekod dunia menunjukkan kematian ketika melahirkan anak atau ketika hamil, kerap berlaku di kalangan anak2 perempuan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun.
Korang sedar tak di segi undang2, seorang lelaki Islam boleh kahwin di usia seawal 18 tahun sementara budak perempuan Islam 16 tahun. Untuk bukan Islam, had usia yang dibenarkan ialah 18 tahun.
Kjee bayangkan diri Kjee ketika berusia 16 tahun dulu kalau dipaksa oleh arwah Bonda untuk berkahwin. Ataupun sekiranya Nadia dikahwinkan pada usia 16 tahun.
Apa yang Kjee tahu di usia itu? Hmmm kalau usia 16 tahun, 41 tahun lalu, Kjee bolehlah masak nasi, goreng telor, cuci kasut sekolah, gosok baju sekolah dan sapu rumah. Lain daripada itu, ketika berusia 16 tahun mata pun agak menilau 'tengok jantan' dan masih terkinja2 kalau ada yang ajak main 'rounders'.
Tapi dapatkah Kjee menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri? Jawapannya pasti tidak!! Itu senario 41 tahun lalu dimana hidup Kjee masih dikongkong oleh ibu dan ayah. Dunia luar Kjee hanya sekolah.
Tetapi bagaimana sekarang? Pernah Kjee dengar kisah anak jiran yang dalam lingkungan 15 tahun, menyeledup pakwe nya masuk ke bilik di siang hari ketika ibu bapanya bekerja. Apa mereka lakukan? Only God knows.
Agaknya budak2 sekarang fikir, berkahwin itu hanya untuk berseronok2 secara sah. Atau mereka fikir kalau setakat dah pandai jerang nasi dalam rice cooker ataupun campakkan kain baju dalam washing machine, sudah cukuplah ilmu 'rumahtangga' mereka?
Entahlah. Susah nak cerita lagi. Sesiapa yang ada anak dara dibawah lingkungan usia 16 tahun, mesti kecut perut melihat senario kehidupan sosial anak2 sekarang. Terlalu banyak kesah anak2 ini didedahkan di akhbar dan juga media elektronik.
Susah sampai masa untuk ibu bapa memandang serius perkara ini. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak terngadah! Jangan menunding jari menyalahkan orang lain. Jangan sesekali terlepas kata :"Ah takkan berlaku dalam keluarga aku!"
Tanya diri kita sendiri samada kita telah sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan! Wallahualam.
Ditangkap berkhalwat? - ehsan google |
salam k jee..porno tida batas di internet salah satu punca bdk bdk cepat dewasa tang tu, serba salah dgn isu ni, x bagi nikah dia buat cara haram, bagi nikah x bersedia lagi, sy doakan anak anak kita semua jumpa jodoh yang baik di usia kala mereka sudah bersedia memikul tanggung jawab masing masing bukan kerana nak halalkan itu sahaja..aamiin ya Rabb
ReplyDeleteI have nothing against kawin awal..umur 16 tahun sekali pun.. saya ada sepupu yg kahwin umur 16 tahun dan suaminya pulak masa tu umur 19 (tapi dah ada kerja tetap).. suami nya tu cinta habess dgn sepupu saya ni dan ajak kahwin, bgtau mak bapak sume.. sepupu saya ni baik budi pekertinya, takde masalah social and bukan jenis yg liar..sepupu saya ni pn x kesah kawen awal sbb dia pon x kesah sangat sambung belajar ke x.. keluarga dua2 pihak berbincang dan diorg risau dengan masalah maksiat budak2 sekarang so setuju kahwinkan.. lgpon mana dosa yg lebih besar? Dosa zina ataupon ‘dosa’ x sambung belajar? Belajar kat mana2 pn boleh..cabang ilmu ni luas.. who are we to say that ilmu sains, matematik lebih penting dari ilmu besarkan anak, ilmu melukis etc contohnye.. bila emaknya pegi jumpa cikgu untuk berenti sekolah..cikgu2 sekolah tu siap sokong lagi..sbb ramai sgt budak2 sekolah tu yg dah termengandung..majlis kawen di buat besar2an..and now 5 years later, mmg diorg bahagia sangat2.. tapi saya kesal, sepatutnya sape2 yg nk kahwin awal, kerajaan benarkan pergi sekolah..x adil rasanya budak2 ni kene pilih kawin ataupon sekolah..
ReplyDeleteSalam kak jee....saya selalu fikir macam mana nak jaga anak dara saya nanti .Semoga dipermudahkan Allah hendaknya
ReplyDelete...hmm usia 16tahun..41th. yg lalu....itu usia kak jee sekarang ya......shida...
ReplyDeletex adil rasanyer sbb kawin masih muda kena brenti skolah....k'jaan patut tukar sistem tu dh...ikut mcm kat sini kak jee....sini w'pun dorg dh pregnan pun tetap bleh pegi skolah...cikgu2 kat sini pun byk yg bg galakan suruh mrk abiskan skolah....saya rasa k'jaan kite m'sia dh patut menilai dan pertimbangkn balik undang2 bg bdk2 nihh..kesian dorg yg belaja pandai tapi dsbbkan kawin usia muda dh xbleh nk sambung prsekolahan
ReplyDelete