Demi you all yang nak sangat resipi this choc cheese cake yang sedap ni, Kjee sanggup duduk berjam jam depan lappy Unclepali edit gambar. Biasanya, kalau lappy sendiri, Kjee hanya ambil masa 15 minit jer. Petang ni sampai dekat 1 jam!
Dan maaflah ini saja gambar yang boleh Kjee retrieve. Susah betul kalau tak guna gadget sendiri kan?
Anyway, ini first time Kjee buat cake ini setelah terserempak di FB Ucu Tipah dari Muar, Johor. Kjee bukan dalam fren list Ucu Tipah. Tapi oleh kerana tak mahu rasa bersalah main hangkut jer resipi beliau, maka Kjee pun request friendship. Dan sekelip mata beliau approve. Terima Kasih Ucu Tipah.
Dah dua hari sebenarnya Kjee menatap resipi Ucu Tipah ni. Semalam, balik dari majlis Lady's Choice, Kjee pujuk UnclePali ke LMC, Bandar Rahman Putra beli serbuk cocoa dan SR Flour. Bahan2 lain semua dah ada.
Dan inilah hasilnya, joint venture antara Kjee, UnclePali dan Nadia pagi tadi lepas bekfas. Nadia buat 75% of the work, Kjee buat 15% dan UnclePali 10%. Biasalah kena bagi Unclepali buat cheese topping kalau tidak dia merajuk. Hehehe.
This is a steamed choc cake. Mudah sangat membuatnya. Malah, telor boleh dimasukkan dalam blender jer. Tapi Kjee heran kenapa serbuk koko, gula, susu cair, susu manis, minyak dan gula kena panaskan dulu. Lepas dipanas, kena sejukkan pulak. Heran bin Ajaib.
Jom kita intai resipi.
STEAMED CHOCOLATE CHEESE CAKE
SUMBER: UCU TIPAH
TRIED AND TASTED: KJEE
Kek kukus coklat cheese
Bahan A
1 cwn koko*
1 cwn gula halus*
1 cwn susu cair*
1 cwn minyak jagong (minyak masak leh gak)*
1/2 cwn susu pekat*
Bahan B
3 BIJI TELUR
3 BIJI TELUR
Bahan C
1 cwn tepung naik sendiri(blue key)
1 cwn tepung naik sendiri(blue key)
Caranya:
Satukan bahan A dlm periuk n panaskan atas api perlahan kacau supaya x bergentel sampai sebati siap tutup api n ketepikan supaya sejuk
Pukul bahan B sampai kembang n masukkan dlm bahan A n pukul sebati kemudian masukkan bahan C n kacau ngan whisk tangan jer sampai sebati.
Bahan utk cheese
250 gm cream cheese
60gm gula halus
25ml air biasa
25gmtepung gandum
1 biji telur
Cara2nya
pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang n masukkan telur pukul lagi. Kjee bubuh 1 sudu kecik vanilla.
Panaskan air kukusan n kukus berselang seli mula2 coklat kukus sampai masak selama 20-25 minit pastu masukkan cheese kukus selama 30 minit sampai masak n akhir sekali masukkan coklat n kukus sampai masak selama 3o minit kek ni nampak padat tapi lembut
BAHAN UNTUK CHEESE TOPPING (INI KJEE TAMBAH)
250gms cream cheese
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
1 sudu kecik esen vanilla
Campur semua bahan dan kacau hingga kembang dan halus. Kemudian sejukkan kira-kira 10 minit dalam peti ais. Apabila kek sudah sejuk, sapu atas kek dan hias ikut suka.
Kek ini mesti dimakan sejuk atau chilled. Baru sedap. Nadiaa kata rasanya seperti Eggless Choc Cake yang dia pernah buat guna Olive Oil. So kalau ada yang tak makan telor mungkin boleh guna bahan2 sama seperti resipi Kek Ckelat Tanpa Telor tu.
Ucu Tipah tidak beritahu besar mana acuan yang dia gunakan. Mulanya Kjee nak gunakan acuan lebih kecil tetapi agak was2 so Kjee guna acuan springform 9 inci (if I'm not mistaken). Next time buat, Kjee nak guna acuan empat segi atau longjong 4in x 4in. Dapat lapisan yang tinggi sikit.
Kek ini nampak keras luarannya. Tetapi apabila dimakan, ia sebenarnya sangat gebu dan moist. Kalau tidak suka cheese topping, mungkin boleh buat chocolate topping atau ganache ataupun dust dengan dusting sugar.
Asslmkum Kjee.
ReplyDeleteSedapnya..pagi2 lagi dah nampak kek ni. Sue mintak izin copy dulu ya. Masuk list dulu..hehehee
mmnglh kna panaskn kak jee... sbb nk bgi bhn2 tu sebati.... klau x nnti trutamanya srbuk coklat tu x sebati....(lynn)
ReplyDeletenanti nak trylah. kjee, mintak izin copy ye.. =)
ReplyDeletetq share resepi kakjee
ReplyDeletehuhuhu..lapar tengok gambar...
ReplyDeleteperghhhh..mmg mengancam wooo kakjee!! bak 2 potong!
ReplyDeletesedap sangat nie...nak try ler...minta share kak jee....tq
ReplyDeletekak jee kek ni mmg sdp.. sy siap buat bisnes lg ramai org suka..
ReplyDeleteSalam, Kak Jee... sy punya resepi tak perlu panaskan pulak.. eh! Bukan sy punya resepi.. belajar dari Kak Yatie Sinar Kehidupanku...
ReplyDeletehttp://sariyusa.blogspot.com/2010/02/kek-coklat-lapis-krim-keju-memang-umph.html
bukan nak tunjuk pandai, cuma nak berkongsi cara yg lebih mudah..
salam k.gee. saya dh pnh buat resepi ni.. frst x payah panaskan.. secnd buat cara k.gee ni panaskan dulu.. fmly kata lgi sedap yg scnd ni.. nmpk gaya mmg saya akan ikut yg k.gee pnya ni..:-)
ReplyDeleteBest ni....mesti try...
ReplyDelete