Kalau dah ada darah Jawa, pantang sekali kalau dengar ada tempat yang jual makanan orang Jawa, pasti Kjee nak pergi try. Actually dah lama Kjee nak pergi makan Nasi Ambeng kat Sungai Kayu Ara. Last sekali makan Nasi Ambeng kira-kira 3 atau 4 tahun lalu, air tangan abang angkat Kjee, arwah Ahmad Bustami.
Satu perkara yang Kjee musykil pasal ejaan perkataan Nasi Ambeng ni. Tiap kali Kjee come across ejaannya, ia tetap dieja Nasi Ambang. Nasi Ambang? Ambang yang Kjee tahu, hanya Ambang Merdeka!! Hehehe buat lawak lak.
Ejaannya ialah A-M-B-E-N-G. Dan sebutannya ialah Armbeng. Bukan Armbing! Semalam jenuh Kjee nak ingat bunyi perkataan yang sama. Last2 Kjee teringat Benggali, Bengkak, Benggap. Haaa bunyi beng yang macam tu. So kenapa dia orang eja Ambang? Bunyi tak kena tau!!
Nasi Ambeng |
Walaupun Kjee ni ala2 Jawa Amerika sebab orang jawa ni tak reti cakap Jawa. Faham jer sikit2 hehehe tetapi Kjee tetap bangga dengan makanan orang Jawa baik yang ori mahupun yang murtad. Makanan Jawa Murtad tu maknanya, dah kurang ori rasanya sebab dicampur adukkan dengan bahan2 kurang Jawa. Naseblah kalau korang tak faham.
So dalam keterujaan nak menerai Nasi Ambeng yang Kjee dengar kat Kg Sungai Kayu Ara itu, ntah macam mana rupa2nya Kjee pernah LIKE page Mr Nasi Ambang kat facebook. Dan sejak seminggu lepas, Kjee asyik tengok posting page itu kat newsfeed FB Kjee.
Sirap Bandung Johor |
Walaupun punya suami yang bukan Jawa dan kureng minat pada masakan Jawa, Unclepali had no choice. Nak ke tak nak, suka ke tak suka, dia mesti nak kena layan cekadak isteri comel dia ni pergi cari gerai Mr Nasi Ambang!
So berpandukan kepada GPS yang buat Kjee naik hangin (cerita pasl GPS nanti Kjee buat lain entry. Tapi sebut jer perkataan itu, my blood pressure can go real high!!), kami pun sampailah ke gerai Mr Nasi Ambang ni.
Tak susah nak cari sebab awal2 lagi Kjee dah call no fon 016 3660600 untuk tanya arah. Tukang jawab fon tu kata, akak pusing kiri sebaik sahaja sampai di TV3, pastu terus sampai nampak dua pam minyak. Lepas pam minyak tu, terus pusing kiri. Drive past kondo2 (kalau tak silap Kjee, Pelangi Utama) terus lagi sampai nampak satu row shop lots, pastu terus sikit ada gerai sebelah kiri. Hah kat situlah gerai Mr Nasi Ambang.
Masa Kjee pergi dekat kul 11.45 pagi. Tak ada orang lagi. So kami pun duduklah sambil Kjee tercanggak2 tengok gerai yang cukup molek. Elok sangat, colorful dan bersih!
Sorang jer yang jaga kaunter. Sebaik kami duduk, terus dia bawak satu bakul yang berisi 3 bungkus ala2 nasi lemak yang besar. Satu warna hijau dan satu oren. Yang hijau, Nasi Ambeng Special ada mi RM6 dan satu lagi Nasi Ambeng biasa RM5.
View dari luar |
Waiter itu syorkan air Sirap Bandung Johor yang Kjee agak mesti bubuh ice cream soda. Betul ada ice cream soda dan sedap. RM2. Unclepali order soya bean dalam tin tapi bila dah habis cepat2 dia order Sirap Bandung. Agaknya nak tengok samada lebih sedap daripada yang dia buat. Oklah rasanya tapi Unclepali buat lagi sedap!!! Jangan marah. Baca sini.
Kami bukak bungkusan Nasi Ambeng Special. Dalamnya ada nasi putih, ayam sambal (ayam merah?), sambal goreng tempe, ikan kering bulu ayam dan serunding kelapa. Eh selalu orang Jawa bubuh mihun goreng tau! Tapi mi goreng dia sedap. I like. Rasa macam mi goreng kampung.
View depan gerai. Very neat |
Unclepali makan dua bungkus. Satu yang special dan satu lagi tak special. Unclepali tak komen apa cuma dia kata agak mahal. Tapi pada Kjee, walaupun harganya agak mahal tetapi berbaloi dengan rasa! Susah jugak Kjee nak habiskan sebungkus. Actually Kjee memang tak kuat sangat makan nasi.
Selepas makan, Kjee tanya waiter, toke kedai orang Jawa Johor kat mana. Dia kata Kluang. Buka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Hari Ahad ada Lontong Darat. Hmm mesti nak cuba macam mana rasa Lontong Darat tu.
Memang menarik konsep Mr Nasi Ambeng ni. Dengar khabar ada plan nak besarkan perniagaan di tempat lain. Tempat sekarang agak sempit dan kurang selesa di segi parking dan sebagainya. Mungkin boleh dikembangkan ala2 perniagaan Franchise.
Kjee akan kunjung lagi gerai Mr Nasi Ambeng ni, Insya Allah. Oppss lupa lak. Unclepali kata dia nampak tergantung frame Jalan2 Cari Makan kat dalam gerai tu. Mestilah. Kan TV3 dekat sangat!
Oh ya bil kami came up to RM23. Tiga bungkus nasi dan 3 air.
Rasanya ori |
sedap ni sy suka walaupun sy org banjar..he3..kt tempat sy jual sbungkus rm5 tp mmg banyak...berbaloi la ngan harga.
ReplyDeletetak pernah try lagi.. :)
ReplyDeleteWah..nak kena pegi ni.Selalu mkn kat Ulu Yam je..
ReplyDeletePeberet ni!!
~ Nudra Syafinie ~
lontong darat tu ada nasi impit, kuah lodeh diganti dgn sambal goreng jawa. di tambah serunding dan ada yg letak rendang. ada juga sambal kacang...saya suker. kak jee try la..:))))
ReplyDeleteRindu sangat nasi ambeng sini. Tak jumpa lagi sedap macam ni. Lontong darat dia punya kuah kacang sedap. Dulu kalau raya, order je sambal goreng dan kuah kacang dari dia.
ReplyDelete