Dan seminggu dah Kjee nak clearkan freezer. Tiap kali pergi beli barang dapur, Kjee janji tak akan beli barang2 basah. Freezer kat rumah dah jerit2 sesak nafas. Tapi kekadang tak dapat jugak menahan nafsu untuk membeli. Hehehe
Pagi ni, Kjee nampak ada berbaki separuh peket jagung manis yang Kjee beli kat Hero Market, dua minggu lalu. Macam2lah terfikir nak buat. Kejap nak buat bubur manis. Kejap nak buat itu, ini.
And then Kjee ternampak buku resipi The Best Of Thai Cooking yang Nadia hadiahkan Kjee awal tahun ini. Masih duduk atas meja makan setelah Kjee intai buat Vietnam Spring Roll semalam. Selak punya selak, Kjee nampak apa yang Kjee nak buat. Thai Fresh Corn Pancake!
Isyhh fresh corn tak adalah tapi kalau frozen sweet corn memang ada. So mulalah projek setelah Kjee tengok bahan2 semua ada kat rumah. Walaupun ini ini savoury dish tapi why orang Thai bubuh gula merah didalamnya?!!
Oh tidak!! So Kjee pun adjustlah mana patut. Kjee chop bawang besar, bawang putih dan hiris daun bawang. Pukul telor 2 biji dan campurkan semua bahan2 tersebut. Ingat nak bubuh udang but then lecehlah nak defrost. So ambil jalan mudah dan bubuh 1 kiub ikan bilis Knorrs.
Pastu Kjee fikir lagi apa nak letak. Oh buat pedas sikit okay gak kan? Tapi tak rajin pulak nak tumbuk cili padi. Nak cincang pun tak kuasa. So Kjee suruh Nadia tolong ambilkan botol chili flakes Thai dalam pantry.
Semuanya digodek sama. Opps apa lagi yang tak ada? Ohhh tepung!! Kjee intai balik buku resipi. Dia orang guna tepung jagung jer. Ini sudah bagus. Ada kelainan. Kjee bubuh kira-kira ¾ cawan tepung jagung. Sendiri mau pandai adjustlah. Jangan bubuh banyak2. Ikut banyak mana jagung kita guna. Since Kjee guna ½ peket jagung manis, okaylah ½ cawan tepung jagung.
Kemudian Kjee keluarkan non stick frying pan. Kjee nak buat shallow fat frying iaitu goreng guna minyak sikit jer. Sebab itulah kena guna non stick pan. Kalau korang ada kuali biasa yang tak melekat, ok jer lah. Kita yang buat dia!!
Kjee tuang satu sudu besar bancuhan ke dalam pan berisi sedikit minyak jagung yang panas. Flatten atau leperkan guna guna. Sekejap jer dah garing. Nak terbalikkan pun boleh. Ulang sampai habis.
Makan dengan sos cili Thai (Thai jugak?) yang Nadia campur 1 sudu kecik perahan limau nipis.
Sedapnya kata Nadia! Okaylah kalau cam tu sebab tekak Nadia lagi dasyat daripada Kjee. Kalau tak sedap, dia tak sentuh! Kalau tak bubuh udang, nadia kata bubuh Crab Sticks pun ok. Alamak. Naper tak terfikir!!
Sedap dimakan panas. Selamat mencuba.
sedap ni .. makan panas2!
ReplyDeleteYes Mala. Tapi kan, dah sejuk pun okay gak.
ReplyDeletenampak macam hanyus je..hehehh
ReplyDeletesedap ni kak Jie jagung ada kat dalam petiais buat macam ni pun boleh tak banyak songeh sngt nak try lah kalau mood M dtg lepas ni
ReplyDeletealahai kak jee, mendung mendung ni ngadap benda ni....ish ish telioq aih :)
ReplyDelete