Saturday, October 13, 2012

ROTI CELUP TELOR aka FRENCH TOAST









Kalau dah boring asyik makan roti bakar dengan kaya atau dengan susu manis ehhh sedaplah lama tak makan,  bolehlah berubah selera ke roti celup telor ataupun French Toast. Semalam pun Kjee buat yang sama for my family. Tapi Kjee tak makan sebab buat Cheese and Mushroom omelette for myself.

So malam tadi, masa nak tidur, terfikir nak buat lagi French Toast pagi ni. Roti ada berbaki dalam 6 keping. Jadilah makan dengan my Unclepali. Nadia pepagi lagi dah gi kuliah.




Ada macam2 cara orang buat roti celup telor ni. Ada yang bubuh garam dan lada hitam dalam telor untuk rasa savori. Ada yang bubuh sedikit susu manis. Bubuh susu manis boleh makan terus tanpa jam atau kaya. Ada yang bubuh fresh milk, cam Kjee. Bubuh fresh milk atau boleh jugak evaporated milk ala2 Perancis gitu. Dan ada jugak yang bubuh mayonaise.




Apa sahaja bahan yang ditambah ke dalam telor yanag dipukul bersama dan kemudian dicelupkan roti, rasanya tetap sodap!!

Kalau nak goreng, guna minyak yang sikit jer. Lebih2 nanti tak sodap. Kjee guna non stick pan sebab tak perlu bubuh banyak2 fats. Kjee guna ½ sudu kecik jer marjerin. Kekadang kalau kuali masih berminyak, Kjee tak bubuh lagi marjerin untuk roti kedua. Yang ketiga baru bubuh sikit lagi.

Selain dari marjerin, bolehlah guna minyak masak. Lebih elok minyak jagung. Tapi jangan guna butter sebab nanti butter tu hangus dan roti telor jadi hitam legam.

Satu tip nak buat roti telor ni, tangan tu janganlah gatal nak tekan2 atas roti tu dengan sudip masa roti tu dalam kuali. Biarkan jer ia brown one side (kira-kira 2 minit) pastu terbalikkan. Apabila dah puas hati, terus keluarkan ke pinggan. 

Tadi Kjee ingat nak makan dengan jem tapi masa Unclepali bukak pantry, nampak pulak botol sambal udang kering bercili tu. So, apa lagi kan!

Kat luar mendung sangat2. Anytime, big water will come down. I like! So pekena French toast dengan Iced Nescafe Unclepali...hmmmmm Alhandullilah syukur.







3 comments:

  1. adda pun selalu gk buat roti cmnih..tp lainx nak cuba mcm k.jee la plk..

    ReplyDelete
  2. ni mmg kegemaran anak2 saya dan saya suka buat sbb mudah dan cepat

    ReplyDelete
  3. aien slalu buat roti celup telur ni tuk anak ain bw bekal ge sekolah.. tp ain potong 4... kasi kecil, senamg anak nak makan...

    ReplyDelete