Friday, October 19, 2012

SAMBAL IKAN KEMBUNG DAN LABU MASAK LEMAK PUTIH




Hari kurang rajin. So ini jer lah for lunch. Janji my asben suka makan. Lepas bekfas roti canai bawah pokok rambutan kat Paya Jaras, Kjee ajak UnclePali pergi beli ikan. Nak cari ikan talapia warna pink. Kononnya nak ulang balik menu Ikan Tiga Rasa Thai.

Apabila hanya ada Talapia warna hitam oppsss tak lalu nak makan sebab dengar macam2 citer pasal Talapia Hitam Kjee pun capailah 6 ekor ikan mabong adik beradik ikan kembung.























Sampai rumah, terus dapat idea buat sambal ikan biasa jer. Kemudian nampak pulak sebiji buah labu saiz kecik yang Kjee beli kat Hero. Selepas kupas, sikit jer dapat so plan nak buat Pengat Labu style puree tak jadi. Lain kalilah.

Anyway, ini sahajalah rezeki kami suami isteri di hari Jumaat yang mulia ini. Alhamdullilah syukur. Jap lagi UnclePali balik mesjid, kami makan. Kalau ada ikan masih jeruk goreng garing sedap gak. Tapi tadi Kjee panaskan jugak baki masak lemak rebung madu hari tu. Cukuplah kan?

Resipi tak payahlah kan?

Mood masih 1/10. Nasib baik tak below zero.



12 comments:

  1. kak jee, sambal tu menarik hati..nnt free kongsi lah..saya selalu fail buat sambal...:)

    ReplyDelete
  2. ni pown dh cukup sedap kjee

    ReplyDelete
  3. kak jee ape lauk kak jee mcm sama dgn che mat gebu nih..heheehe skodeng eh ke ngidam...

    ReplyDelete
  4. kak jee, memang kena sangat lah sambal dengan masak lemak labu tu ... telan air liur saya tengok ... mesti sedap ! ...

    ReplyDelete
  5. kakjee..berjanji ngan che mat ke? :)...hari ini entri che mat pun masakan lebih kurang dgn kakjee..pastinya, dua2 memang best!

    ReplyDelete
  6. salam kak jee, sedapnya sambal ikan dgn labu masak lemak. Memang ngam sgt lauk tu. Terus lapar bila saya baca entry kak jee.

    ReplyDelete
  7. As'salamualaikum Kak Jee,

    Alahai .... Sedappnyer kombinasi lauk tuu..
    FAv Nina nie... nak nak pula ikan tuu goreng garing-garing! Perghhh! boleh tambah nasi pun tak perasan uu~~
    HEHEE . . .

    ReplyDelete
  8. Kak Jee, macam mana nak buat sambal tu jadi warna hitam? Kena tumis lama sikit ker?

    ReplyDelete
  9. Kena masak hingga garing. api jangan besar nanti hangus.

    ReplyDelete