Bab kelim, hancus! Ahhh janji sedap!! |
Apa hal korang sengih2. Hari ni Kjee buat sambalpap. Selalu buat karipap tapi oleh kerana hari ni Kjee buat inti sambal tuna, maka Kjee namakan ia Sambalpap. Salah? Hey sambalpap sedap lah!!
Okaylah kalau korang tak suka, Kjee gostan baliklah. Doh Karipap ini Kjee dapat dari blog Life Is Beautiful yang khabarnya ambil dari blog Tun Telani yang jugak amik resipi ini dari blog embunrosaliza. Kjee memang suka makan karipap. So kalau terjumpa resipi baru, Kjee pun excited nak cuba.
Satu ketika dulu Kjee pernah diberitahu oleh seorang teman, kalau nak kulit karipap yang rapuh dna lembut, kena panaskan minyak yang dicampur dengan sedikit marjerin. Justru apabila Kjee nampak entri karipap ini yang dibuat oleh Nani, Kjee pun mulalah menyibuk kat dapur.
UnclePali suka sangat. Dia kata sedap. Sedap inti ke sedap kulit?
Kjee ada tip bagi mendapatkan kulit karipap yang licin tidak mengerutu semasa dan selepas menggoreng. Suhu minyak amat penting. Kalau chef2 omputih, dia orang selalu guna alat pengukur suhu direndamkan dalam minyak panas sebelum menggoreng.
Ek eleh...kita orang Melayu lagi terer. Tak payah alat2 pengukur suhu. Hanya ikut naluri. Panaskan jer minyak. Apabila dirasakan sudah cukup panas, masukkan karipap atau sambalpap perlahan2 ke dalam minyak. Tunggu seminit dua, pastu cepat2 perlahankan api
Untuk gorengan kedua, api jugak tidak boleh besar. Tapi perlahan sangat pun tak boleh sebab karipap akan 'makan minyak'. So sendiri kena pandai adjust. Tengok karipap opps sambalpap Kjee licin jer permukaannya.
Inti karipap korang buatlah sendiri yer. Masing2 ada caranya.
Kjee bagi resipi doh yang Kjee ambil dari blog Life Is Beautiful. Terima kasih Nani.
Gambar paling bawah sekali tu korang jangan ketawa tau. Ada nama khas untuknya. Tengoklah sendiri. Hehehe.
BAHAN2 UNTK KULIT KARIPAP
sumber Life Is Beautiful
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin (Kjee guna Daisy)
½ cawan minyak (Kjee guna minyak sunflower)
¾ cawan air
secubit garam
Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk. Apabila sudah cair marjerin, padam api. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit ke dalam minyak guna garfu.
Kemudian apabila sudah sejuk sikit, masukkan air yang telah dicampur garam. Uli perlahan lahan hingga menjadi doh. Kemudian perap kira-kira ½ jam.
Kemudian mulalah buat karipap.
Ini sambalpap Batu Belah Batu bertangkup! Kahkahkah |
hehehehe.. nak komen terus terlupa bila tengok batu belah batu bertangkup tu.. hihi
ReplyDeletemala kalau buat karipap mesti jadi batu belah batu bertangkup hahahah apasal ek?
ReplyDeletetq k jee, kita selalu ltk minyak panas je, campur margerin lagi kaww la ya, insyaallah nanti nk cubee
ReplyDeletekecur tgk karipap..tp yg paling kecur batu belah batu bertangkup tu la..kihkih..
ReplyDeletekekekeke, ada pula batu belah batu bertangkup yer..sesuwai...
ReplyDeletepap2 yang memang sedap !
ReplyDeleteWah.. Bestnya sambal Pap ni.. Tak kisahlah apa pun namanya, sambal pap ker Karipap..
ReplyDeleteYang penting sedap rasanya...
Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
hahhahaha thx for the good laugh! stress giler kat ofis ni... tgk sambal belah bertangkup tu. tak tahan nak gelak..
ReplyDeletehahah! kak jee! baru terperasan entry ni! comelnye karipap senyum. tula...dulu selalu tengok orang buat karipap kulit menggerutu. sekarang dah tahu tips ni senang la.
ReplyDelete