Kjee makan kali pertamanya di Food Republic, Pavillion di Jalan Bukit Bintang, beberapa tahun yang lalu. Kjee memang adventurous bab makanan. And the first time, I liked it. Tapi dah lama tak ke Food Republic sebab tiada siapa nak bawak Kjee.
And then apabila Nadia hadiahkan buku The Best Of Thai Cooking, awal tahun ini, Kjee selak2 dan di muka awal2 dah tayang Spring Rolls. Eh ini bukan makanan asal Vietnam ker? Setahu Kjee, Vietnam Spring Rolls guna Rice paper Sheets.
Ala tak kesahlah. Negara Vietnam dengan Thailand bukan banyak jauh pun. Berjiran. Pi mai pi mai, duk tang tu jugak kan!
Minggu lepas, Kjee ajak Unclepali ke Jaya Grocer sebab Kjee syak kat situ mesti ada jual kulit popia Vietnam ni. Sampai sana, setelah dua kali pusing dan setelah hampir kecewa, Kjee ternampak seorang pekerja tengah lalu kat situ. Rasa2nya bangsa Vietnam. Bila Kjee tanya, dia terus pergi ambilkan! Ada dua saiz. Kjee pilih yang besar sikit, kononya senanglah nak gulung nanti.
Hari tu Kjee nampak kat satu rancangan masak di Astro, terkial2 jugak Chef tu nak mengulung. Kjee senyum. Eleh cam tu punya senang pun terkial2?. Dan apabila Kjee buat tadi, MEMANG TERKIAL2!! Padan muka!!
Banyak tips Kjee baca untuk buat Vietnam Spring Rolls ni. Yang utama, semua bahan2 mestilah sudah tersedia depan mata sebelum mula merendam dan mengulung. Ini termasuk sosnya. Kepingan kulit itu, sebaik sahaja direndam kira-kira 1-2 saat, harus segera disusun bahan2nya dan terus dilipat! Kalau tidak ia akan menjadi terlalu lembik dan susah nak handle.
Apa lagi, Kjee pun tak naklah buat silap. Maklumlah first time.
Semua bahan2nya seperti timun, salad, daun selasih, daun ketumbar dan daun bawang, Kjee cuci bersih.. Kemudian timun dan daun bawang Kjee hiris nipis dan panjang kira-kira 2½ inci. Salad tu dikeringkan guna kitchen towels. Begitu juga daun selasih dan daun ketumbar mesti siap dipetik. Resipi asal juga menyebut daun pudina atau mint leaves. Tetapi jenuh Kjee cari tak dapat.
Dalam resipi ori, hanya guna udang yang dibuang kulit dan dicelur seketika. Kjee bubuh garam dan celur hingga masak. Jangan terlalu masak. Kemudian Kjee guna crab sticks sebab tak minat nak guna mihun halus seperti dalam resipi.
Untuk sosnya, Kjee guna sos cili Thai dan Kjee perahkan ½ biji jus limau nipis. Kacau sebati. Kalau nak bubuh kacang tumbuk dalam sos pun boleh. Kjee terlupa. Hehehe.
Untuk celur kulitnya, Kjee guna air suam kuku yang Kjee bubuh dalam besen. Bahan2 yang hendak dibubuh dalam popia semuanya sudah siap depan mata. Kemudian Kjee letakkan pinggan nasi sebelah besen untuk celup rice paper sheets tu. Kjee ambil sehelai (bentuknya keras) dan cepat2 rendam dalam besen. Hanya 1 atau 2 saat sahaja!
Kemudian cepat2 letak atas pingan walaupun ia masih keras. Kjee pun mulalah susun salad, timun dan semua sayur. Kemudian Kjee lipat kiri dan kanan. Gulung sayur itu, lepas itu cepat2 letak 1 crab stick. Lipat lagi sikit dan susun udang yang telah Kjee hiris dua. Kemudian baru Kjee roll habis. Kulit itu menjadi lembik dalam masa 1-2 saat ketika sedang digulung.
Kalau diletak crab stick diatas salad/sayur hijau lain, tidak akan nampak cantik. Mula2 Kjee buat macam tu, crab stick dan udang tersorok.
Actually agak susah nak gulung sebab kena lakukannya pantas2. Walaupun sebaik keluar dari air suam kuku tadi, rice paper sheets tu masih kejang, namun apabila Kjee tengah ambil sayur2 untuk disusun, ia terus jadi lembik dan melekat pada pinggan.
Anyway, susah manapun, rasanya tetap memuaskan hati. Rasanya lain daripada popia basah biasa sebab kulit popia ini diperbuat dari tepung beras dan tepung ubi. Makan sebaik sahaja siap dilipat. Cara makan, celupkan sedikit popia dalam sos.
Cubalah buat. Kalau susah sangat, pergi jer lah makan kat Food Republic di Pavillion. Hehehe. Satu pek kulit popia ini berharga RM2.90. Kjee tak tahu supermarket mana yang menjualnya selain dari Jaya Grocer. Cubalah cari kalau nak cuba buat.
Makanan ini adalah starters atau pembuka selera.
ala....masa tayang kat masterchef lagi rasa terliur tengok ni. tiba2 kak jee dah buat...sedapnye!
ReplyDeleteSalam K'Jie,
ReplyDeleteSeronok bila tahu K'Jie pun suka spring roll Vietnam, kita serupa. Saya suka rasa fresh sayur,crunchiness, bau pudina n sos dier
Since saya dperantauan; US, saya belajar makan n cara buat dari kawan vietnam saya. intinya dier guna bihun(yg halus n lembut, taugeh,tauhu,pudina n shrimp. Sosnya bila ada sesame or peanut saya lagi suka. Owh satu tips..masa nak roll, guna kain(saiz saputangan) yg basah. so each time nak roll, dier xmudah rosak n senang nak manage, gulungan yg padat senang nak gigit n nampak cantik :D
Apa yg saya perhati kat US,..bila chef2 celebriti buat makanan international dier org mcm K'Jie; Kita yg buat dier...
so..those yg suka mencuba resepi international jgn takut2.. janji kita suka rasanya.
ryaha, FoCo, CO
salam perkenalan kak..nampak sedop je makanan tu
ReplyDeletedah lama saya mencari kulit popiah ni.. masa pi vietnam tak jumpa pun...jumpa yang dah siap... terliur nak makan tapi tak halal kan bahan2nya so tengok jer lah...
ReplyDeletePheewittt...seksinya popiah Kjee... hehehe..
ReplyDeletebetul pun mala teka kat FB kakjee ;-)
ReplyDeletekeren
ReplyDeleteSinggah kejap... woahhh bila search rice paper terus blog kjee naik dulu... nanti nak try laa... kita sama lah kjee jenis foodhunter tapi kite pun takde sape nak bawak.... goodluck kjee :)
ReplyDeleteKt bahagian mna sis yg jual kulit popiah vietnam nie.Puas cari tp xjmpa pn,tq...
ReplyDeleteKat tesco ada jual. Bahagian brg kering mcm bhun tu.
ReplyDeleteKak klau siap buat popia vietnam ni contoh macam nk jual esk perlu smpan dlm peti atau xblh simpan ye
ReplyDeleteSalam sis. Kjee tak pernah buat untuk keesokkan hari. Ia harus dimakan sebaik sahaja dibuat. Maaf tidak dapat membantu.
ReplyDeleteSis nak tanya. kenapa ya rice paper ada bau yg tk menyenangkan?
ReplyDeleteEhhh kjee tak pernah pun ada masalah.
Delete