Friday, October 5, 2012

TETIBA RASA SEDIH










Polis DiRaja Malaysia TIDAK AKAN TERAGAK2 UNTUK MELUCUTKAN jawatan mana2 anggota polis, yang didapati bersalah, meminta wang dari pesalah trafik! In orther words, dipecat! Itu antara kata2 Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Kenapa Kjee rasa sedih? Sedih sebab kerana melayan nafsu menerima duit yang tak mana besarnya, terus kena pecat!

Kjee tarikh nafas panjang. Kalau dilaporkan, macam mana masa depan anggota itu dan keluarganya? Kalau tak lapor, perkara ini tidak akan menemui penghujungnya.

Korang ingat, Kjee tak rasa bersalah ke apabila tulis entry 'Kalau kena saman, sekurangnya RM300' hari itu? Ada yang mulut jahat komen dalam blog Kjee tak publish kata, "patutlah anak2 polis jahat...bapak bagi makan duit rasuah!".

Isyhh tak baik cakap macam itu. Tak semua polis trafik jahat dan makan rasuah. Kjee ada pengalaman. Bukan sekali kena saman tapi selalu dilepaskan atas budi bicara abang2 polis yang berhati perut dan berperi kemaknusiaan. Kita dah buat salah. Akur jer lah kalau polis marah dan sindir.

Kjee rasa Tyzo pun akan turut rasa bersalah kerana 'menyebabkan abang polis trafik berkenaan dibuang kerja'. 

Apa2pun, sendiri buat, sendiri kena tanggung.




16 comments:

  1. betul tu kak jee. tak semua polis yg makan rasuah. tak semua anak2 polis jahat. nak kata anak jahat, anak cikgu pun ada yg jahat. polis yg mintak duit ni terang2 nampak dia tak baik. camana ngan pekerja yg tak amanah, x jujur; yg suka curi tulang. yg makan gaji buta?? pergi la mana2 opis government ( tak semua tp majority) masuk keje kul 8/9, kul 10 masih bertenggek kat cafe lagi. rehat 45 minit- 1 jam tp kul 2-2.30 pm belum tentu nampak batang hidung. camana tu?
    belum lagi selak lebih2. kang terkeluar semua.

    ReplyDelete
  2. Salaam Kjee...

    Betul juga kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana beberapa kerat yang buat salah, habis semua dichop begitu, sampai anak isteri pun terpalit.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju tang org gomen yg suka tuang kerja. ( tak semua tapi kebanyakkan). Waktu lunch n jumaat break pun sampai terbabas2 waktu. Semua tu kira menipu n berkat ke rezeki bg anak2 isteri makan? Jgn menunding jari ke satu pihak je..tak semua polis camtu. Ramai yg cari rezeki halal dan bertarung nyawa nak memastikan kita selamat.. Sb tu la kenapa pemakan rasuah tu sentiasa x pernah puas. Rezeki x berkat..

    ReplyDelete
  4. Salam kjee....saya dulu pn selalu pandang serong pd polis kjee sbb perangai seorg polis yg cuba minta rasuah pd saya dan adik saya sbb tak pakai topi keledar (cerita 20 tahun dulu la).....sampai saya berkahwin rasa curiga dan pandngan yg negatif trus bermain dlm diri saya, hingga lah suami saya basuh saya.....trus saya menangis sndiri dan lama kelamaan saya dh blh terima kepentingan polis pd kehidupan kita dan negara kita juga.....bak kata org sbb nila settitik rosak susu sebelanga....

    ReplyDelete
  5. mmg pun tak sume mcm tu...pengalaman saya kwn sendiri polis trafik baik hati lah konon tlg semakkan saman(tak suruh pun)mintak duit nak tlg byr..last duit kemana, saman tak berbyr, bergaduh kena ugut lg..lastnya saya yg wat report polis kena ugut..anak lelaki wat pusingan u di tempat yg salah kena tahan polis ronda..ugut cakap mcm2..last tanya ada berapa..kebetulan ada rm50..sapu..adik sendir lompat lampu merah kena tahan..ugut2 last "letak rm50 bawah IC...saya lebih rela byr saman dari beri duit haram..

    ReplyDelete
  6. Betul tu kerana nila setitik habis susu sebelanga...tak baik la amalan rasuah ni..anak istri yg tahu apa2 pun tercalit sama..dan yg kesian tu ramai yg ikhlas dan jujur pun terkena tuduh skali mmm

    ReplyDelete
  7. Takpe...benda dah jadi...lagipun ramai lagi rakyat Malaysia yang mampu jadi polis yang baik...ramai yang minat nak jadi anggota polis ni...cuma zaman sekarang kena ada orang dalam/kabel untuk dapat kerja...so, semuanya mungkin berpunca dari situ juga, masa mula2 minta kerja dah guna orang dalam, bila dah keja tak tahu la performance macam mana...honesty is the best policy.

    ReplyDelete
  8. Saya ni bila tgk polis selalu rasa kasihan. Dgn gaji tak seberapa, menanggung risiko yang tinggi menghadapi kes kes jenayah yang semakin meningkat dan semakin ganas. Soal rasuah ni, mana mana pun ada. Salah satunya kontraktor.....berapa ramai nak menang tender ada under table money? Lagi........ribu ribu......

    ReplyDelete
  9. Takkan lah asal jawatan petugas media semua cakap sudah betul. Tyzo bukan malaikat dan tidak melakukan kesilapan. KPN sepatutnya lebih bersimpati dengan tugasan anggota polis trafik yang bertugas tidak mengira waktu, hujan dan panas, untok memastikan pematuhan undang undang dan kelancaran trafik. Sebagai pengamal dan ketua penguat kuasa undang undang, KPN seharusnya tidak lupa dengan pharsa 'Audi Alteram Partem ' - Let's hear the other side - sebelum buat komen yang boleh memusnahkan kehidupan anggota polis yang terlibat. Sesiapa pun boleh 'kenakan' anggota polis kalau mahu dengan sengaja 'menganiyah' mereka. Ambil saja nombor, nama dan kemudian buat tuduhan dimedia. Kebiasaannya asal keluar dimedia, umum akan menuding jari bahawa anggota polis lah yang bersalah. Tidak boleh kah kita bersikap lebih professional dan subjektip dalam menangani isu ini? LAIN KALI kalau memang ada anggota polis yang minta rasuah JANGAN BERI. Memberi juga ada lah merupakan satu kesalahan. Beritahu anggota polis berkenaan untok keluarkan saman dan jumpa dimahkamah. Tapi kalau penguna jalan raya memang sudah melakukan kesalahan trafik kenapa 'bising bising' di media? kenapa salahkan anggota polis?

    ReplyDelete
  10. SEdih pulak...Pandangan saya don't take for granted all that things...Jangan ambil kesempatan asal jawatan petugas media korang boleh publish kat mana-mana. But berani buat berani tanggung, cakap baik-baik dgn trafik (berbudi bahasa) kadang kesian polis trafik yg berjemur tengah panas buat keje, sebab apa? sebab nak jaga kita semua ler.... Dah tugas polis mcm tuh..Kita sebagai pengguna dah tahu buat salah jangan take for granted (mentang2 petugas media) mengaku salah dan bayar saman (senang citer)Seandainya dibuang keje family dia org mcm mana (cuba letak diri kita pada polis trafik) tersebut....

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Jee
    Saya ada pengalaman berhadapan dgn polis trafik yang makan suap. Saya warga S'pura. Tahun lepas kami sekeluarga berkonvoi 4 kreta ke Cherating. Kreta saya ditahan polis trafik kerana dikatakan melanggar peraturan jlanraya. Yang memeranjatkan, kesumua 4 kereta di arah berhenti di bahu jalan. Salah seorang dari polis yang menjadi jurucakap mengarahkan adik ipar saya menyerahkan lesen memandu. Adik ipar saya meminta maaf kerana sebenarnya kami tersalah jalan dan lain hanya mengikut. Si polis ni buat bodoh aja sambil tulis2 kat papan tulis. Lepas tu saya terperanjat bila dia bersuara tanpa memandang kami. 'KALAU NAK LEPAS, HULURLAH. NI KALAU KENA SAMAN BERIBU KENA TAU". Bila adik ipar saya terpaksa bayar, dia boleh cakap "TAROK BAWAH FILE NI" Saya rasa marah dan malu dgn orang yang mengaku beragama islam tapi makan duit haram. Tak ke mereka rasa takut memberi makan anak isteri hasil dari duit haram.

    ReplyDelete
  12. Puluhan ribu cerita boleh dikarang kalau kita mahu menganiyah anggota polis trafik. Senang sahaja. Cuma dalam hati kita akan rasa bersalah dan berdosa kerana kita tahu mereka tidak akan dapat menjelaskan 'cerita' dipihak mereka dengan bebas dimedia. Kalau memang 'rasa' tidak bersalah kenapa bersekongkol dan melakukan kesalahan dengan memberikan anggota polis berkenaan rasuah? Bagaimana pula adek ipar fzzh boleh sehingga TERPAKSA BAYAR anggota trafik berkenaan kalau memang tidak bersalah dan tanpa sebab? Siapa yang paksa dan bagaimana cara dia paksa? Lain kali kalau datang kenegara ini jangan 'rasuah' apa apa kalau berdepan masalah dengan polis trafik walau pun anda telah melakukan kesalahan jalanraya. Suruh dia saman sahaja atau minta/cabar dia untok bawa anda kebalai polis yang berdekatan. Disana jelaskan masalah anda kepada KPD atau pada mana mana pegawai trafik. Anggota Polis ada lah maanusia biasa, yang juga ada maruah, harga diri dan perasaan malu. Teruk sangat kah mereka ini?

    ReplyDelete
  13. Moral of the story, kalau dah buat kesalahan trafik, bayar saja sekiranya bila kita merayu and mengaku salah polis trafik masih tak nak lepaskan. Kalau dia hint2 mintak rasuah jangan kasi. And lagi bagus kita adu pada pihak berkuasa. Kalau asyik bagi rasuah atau diamkan when something like this happens, apa nak jadi pada negara kita? Kalau polis trafik tu or sesiapa saja ingat anak bini kat rumah, takdelah dia mintak rasuahkan? Berani buat berani tanggung. Memanglah kesian kat dia orang yg kena bekerja di tengah panas, hujan ribut and gaji tak setimpal. But before mintak kerja dah tau pros and cons nya kan? So asking for or giving rasuah is reallly not an excuse.

    ReplyDelete
  14. Polis saman : Tiada timbang rasa, buyers, tk de hati perot, blagak, salah guna kuasa, createlah seribu satu alasan lagi asal pueh ati.
    Polis lepas : Polis takut, buyers, kna kelentong, maleh nk saman, bodohle, cma segelintir ajer yg jujur berterima kasih, tk caya? Tepok dada sndiri, jng tepok dada den, penyepak kang.
    Kena pau : Ape heran, soma polis aku bleh bayo, smua polis makan suap, createlah juta-juta makian yg bleh menambah pahla polis yg jujur, knapa tk tgok standan pisang tu kan ader yg sebiji dua yg busuk, buah durian pon ader yg mangko, yg kita selalu kna tipu ngan penjual durian pon tk kecoh pong
    Moral of the story : Makan rasuah itu haram, memberi rasuah juga haram, melakukan kesalahan tnpa alasan kukuh juga berdosa. Lagi berdosa jika melabel semua orang sama jahatnya. Muhasabahlah diri sendiri, semuga anda semua diberi hidayah,,,,,

    ReplyDelete
  15. bias, bukan buyers.

    ReplyDelete
  16. saya isteri seorang anggota polis kak gee.tiap kali baca artikel mcm ni,hati saya mcm disiat1...pedih sangat.bila ada kejadian mcm ni...semua mention POLIS >>> maknanya tak kira la ada bahagian mana pun...semua polis terpalit sama.padahal orang tak tahu waktu tidur polis pun terganggu bila mana ada yang minta bantuan di tengah malam.tapi suami saya selalu cakap,tugas polis ni 24 jam jadi kena sentiasa bersedia....

    ReplyDelete