ana dahlia ehsan google |
Sedih membaca berita Ana Dahlia terkilan sebab terburu2 buat keputusan hendak berkahwin dengan nak Dato Chef Wan dulu. Kjee sedih sebab perkahwinan dengan Riz adalah perkahwinannya yang ketiga. Dia seharusnya telah memikir masak2 sebelum membuat keputusan.
Janganlah jadikan perkahwinan suatu perkara yang boleh di'perjudikan'. Ada seorang Hamba Allah yang Kjee kenali dulu, memberi tempoh hingga mencapai usia sekian sekian untuk menamatkan zaman jandanya. Opps sebenarnya balu sebab suami keduanya meninggal dunia.
Oleh kerana usia yang ditetapkan itu semakin hampir, dia seakan2 cukup terdesak. Kjee pernah kenalkan dia kepada seorang sahabat yang berjanji mahu kenalkannya dengan seorang lelaki berstatus duda. Hari2 dia 'desak' Kjee suruh sahabat Kjee aturkan segera pertemuan dengan duda itu.
Khabarnya mereka sekarang sudah pun ditemukan. Cerita selanjutnya Kjee tak tahu sebab sejak pertemuan itu Kjee sudah tidak dihubungi lagi. Mungkin mereka sudah bernikah. Alhamdullilah. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Anyway berbalik kepada Ana Dahlia, sukar sebenarnya kita hendak memberikan komen sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang pasangan ini lalui.
Usahlah keruhkan lagi keadaan dengan pelbagai cerita kurang enak. Cerita pasal Ana curang...malah Kjee jugak ada diberitahu kononnya Riz sekian sekian. Oppps. Ya Ampun. My lips are sealed.
Harap Dato Chef Wan akan segera memainkan peranan untuk menyelamatkan keadaan. Ana dah buat kenyataan Papa mertuanya sudah tahu segala2nya. Dan akan menyokong apa yang akan dilakukan.
So kita sebagai peminat, doa2kan sahaja yang terbaik buat mereka. Seandainya masih ada jodoh, usahlah mereka dipisahkan. Dan seandainya perpisahan itu jalan terbaik, Wallahualam.
Tetapi Kjee suka cara Ana. Suka kenyataannya yang berbunyi sikit lebih kurang begini: "Saya tidak akan mengaibkan diri sendiri mahupun dirinya...."
doakan terbaik buat diorang... semoga mencapai sepakat..
ReplyDeleteAna dahlia ni sape ?
ReplyDeletedah terburu2 berkahwin..harap2 jgn terburu2 pula nak bercerai.....semoga rumahtangga mereka dilindungi...masih terbayang keterujaan chef wan menyambut menantu......
ReplyDeleteermmm...
ReplyDeletesemoga yang terbaik
Tak baik cakap terburu2..jodoh kan ketentuan ALLAH, si ana ni macam takda agama pulak, masalah rumahtangga settle la baik2, ni war2kan menyesal kawin la apela...hurmm
ReplyDeletemuda lg dh 3 kali kahwin?? hebat
ReplyDeletechef wan tu mulut boleh tahan,sekarang lu terimalah,dah lama tak minat dia
ReplyDeletemarriage is not easy...
ReplyDeletemoga mereka mendapat kebahagiaan yg dicari.
Kalau dah 3 kali kawin tu maksudnya Ana kenalah muhasabah diri...perbaiki la diri tu :/
ReplyDeletetakdir Allah takde siapa tau.
ReplyDeleteberapa kali dia kawen pun.. itu bukan salah dia..
sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg berlaku dan hikmah di sebaliknya..
mudah2an dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik untuk kedua-duanya.. Aaminnn...
~ nana ~