Inilah julung2 kalinya Anuar adik Ziana anak Pak Zain, bukak mulut meluahkan isi hatinya. Katanya, wanita lemah lembut seperti Nora Danish adalah wanita idamannya. Dan dia tidak menolak sekiranya menemui jodoh dengan Nora walaupun wanita itu sudah bergelar ibu tunggal.
Apa tunggu lagi Nuar? Nora pun dah lama keseorangan. Anak pun dah besar. Baik cepat tamatkan zaman bujang awak tu sebab dah jenuh Kjee dengar macam2 cerita yang ala2 fitnah kenapa dan mengapa Anuar masih belum mahu kahwin. Oppps...
Eh bukan ke Nora sekarang ni gitu-gitu dengan Zizan? Siap 'Papa' dan "Mama' di Twitter! Ehem ehem.
Korang baca jer apa yang ditulis oleh mStar Online. Hehehe.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.
"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.
Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.
Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Akuyang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.
Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.
"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.
anuar zain...
ReplyDeletesekolah sekolah dulu minat ya amat la..
sekarang dah kureng...hehe...
salam kenal kak..
terus terpaut kat blog akak nih bila tgk "idolaku"
;)
"Laaaaaaaa....hang tak minat kat Dayang Nurfaizah ke??" He, he, he....pertanyaan utk abg Nuar. Tak kisah le, dgn ibu tunggal pun, asal ibu tunggal tu pun nak kat abg Nuar. Nak ke dia?????
ReplyDeletealahai melepas eca nak dpt anuar zain.
ReplyDeleteAlah...orangnya ada rupa, duit banyak. Kalau lelaki mcm ni yang ramai peminat perempuan pada usia sepertinya sama ada dia sudah berkahwin ataupun bujang kaki perempuan. Tapi si Anuar ni? tak minat perempuan kot????
ReplyDelete