Sunday, November 11, 2012

BANJIR...JOM KITA SAMA2 BANTU






Apabila hujan, kita merungut...susah nak pergi kerja, kain baju tak kering dan macam2 lagi. Tetapi tidak terfikir ke kita, walaupun kesejukkan dan di luar rumah basah, setiap malam kita masih dapat selimutkan tubuh kita yang dingin itu dengan gebar yang tebal.

Tidak rasa bersalahkah kita apabila tengok ada insan2 yang kesejukkan berlindung di Dewan Orang Ramai kerana rumah mereka ditengelami air?

Apakah cukup dengan berkata: "Isyhh kesiannya dia orang?"!

Jom kita sama2 bantu. Kalau ada pakaian yang tidak lagi boleh dipakai tetapi masih elok, sedekahkan kepada pusat2 penempatan mangsa2 banjir yang berdekatan. Pastikan pakaian atau apa jua keperluan seperti towel mandi ataupun selimut dalam keadaan baik ketika menghantarnya kepada pusat2 tersebut.

Kjee tidak dapat berikan alamat pusat2 pemulihan itu. Tentu kawan2 yang tinggal berdekatan kawasan2 tersebut tahu bagaimana hendak menyerahkannya.

Ini hari mereka. Hari kita belum pasti.

Mudah2an Allah swt melindungi mereka yang sedang dilanda musibah ini.

Awasi anak2 dan mereka yang disayangi di musim hujan yang tidak menentu ini. Jauhi sungai, lombong dan sebagainya terutama musim cuti persekolahan ini.

Khabarnya, Negeri Selangor antara tempat di mana meningkatnya jumlah mangsa banjir sejak seminggu dua ini. Berhati2lah.





0 comments:

Post a Comment