Maunya dia tak naik hangin! Masa anaknya Chef Riz nak kahwin dulu pun, media bukan main seronok sirkan cerita yang penuh kontroversi. Kini belum setahun berkahwin, media sekali lagi dapat hidu rumahtangga anaknya dah goyah.
Tetapi Dato Chef Wan, bukan cerita itu diada2kan. Chef Riz sendiri yang mengaku. Anyway, jom kita sama2 doakan pasangan yang sepatutnya masih manis berbulan madu ini, kekal hingga ke hujung nyawa.
Kjee copy paste berita yang disiarkan oleh mStar berhari hari yang lalu.
PETALING JAYA: Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menganggap pihak media yang sentiasa memburu cerita panas mengenai rumah tangga anak dan menantunya diibaratkan seperti ikan piranha.
Kata Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membuka pekung di dada selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.
“Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua (pihak media),” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan.
Chef Wan memberitahu, beliau juga tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana ia hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.
“Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?
“Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen,” tegasnya.
Bagaimanapun Chef Riz dalam akhbar Kosmo! pada Rabu mengaku rumah tangganya dengan Ana sedang bergolak dan dia berusaha untuk menyelamatkannya namun enggan mengulas lanjut.
Khabar angin mengenai konflik perkahwinan Chef Riz dan Ana mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila aktres itu dikatakan bersikap curang.
Dalam laporan mStar Online bertarikh 19 Oktober lalu, Ana menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan tersebut timbul kerana sikap iri hati pihak tertentu.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011. Pada majlis pernikahan itu Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cicin.
Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana adalah seorang janda.
saya mendoakan semoga rumahtangga mereka berbahagia, sedangkan lidah lagi tergigit, insyaallah, masih boleh diselamatkan lagi asalkan jangan ego meminta maaf antara satu sama lain.
ReplyDeletediorang kawin hari saya lahirkan anak ketiga saya kjee..belum setahun pun lagi..semoga rumahtangga yang dibina terus bertahan..dugaan ada di mana-mana..
ReplyDelete