Sunday, November 11, 2012

INI NAMANYA PULUT INTI KE?



Setahu Kjee nama makanan ini pulut inti. Pulut yang dimakan bersama kelapa yang terlebih dulu dimasak bersama gula merah. Rasanya memang sedap sangat dan mengimbau kenangan di masa kecik2 dulu.

Sekarang ini, ramai budak2 muda tak reti nak makan. Orang dah tak banyak buat atau menjualnya. Tak lama lagi pupus lah agaknya pulut inti ini.

Kjee minta buat sebab UnclePali memang suka makan apa sahaja yang ada inti kelapa manis ni. Kalau nak buat inti kelapa ini, mesti bubuh gula merah yang warna gelap. Kalau tidak, warna kelapanya tidak cantik.





Untuk inti kelapa kali ini, Kjee guna gula merah yang kurang gelap. Justru, inti kelapa ini tak cantik sangat. Kjee buat banyak2 inti kelapa ini, sejukkan dan simpan dalam fridge.

Antara kuih yang boleh dibuat kelak ialah Kuih Dadar aka Kuih Ketayap, Kuih Badak Berendam dan juga disumbatkan dalam roti bun dan jadilah Roti Kelapa. Isyhhh semuanya sedap.




Bab bungkus membungkus, baik pulut inti ataupun nasi lemak, kena suruh UnclePali. Kjee memang tak lulus. Senget benget jadinya. So, Kjee buatlah sampan atau kotak dari daun pisang macam gambar paling bawah ni. Hehehe.




9 comments:

  1. Errr....pulut jambul pun ni jugak kan?...pening kejap.... @___@

    ReplyDelete
  2. Pulut Jambul, Mat Gebu? First time dengar. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Yup,tu pulut inti.

    Kalau kat Perlis,pulut intinya adalah serunding.

    ReplyDelete
  4. Kalau di Terengganu, pulut inti yang panjang macam pulut panggang Johor tu kan, tapi isinya ikan.Tak kisahlah kak Jee, janji sodap!Mahal tau 'pulut inti' yang mcm Kak Jee buat tu di Pasir Gudang ni.50 sen cinonet je.Sekali ngap dah abis. :D

    ReplyDelete
  5. Inti tu nanti leh buat kuih koci dan juga roti inti kelapa gak...dapnyaaa.... kuih bidaran/kuih bom pun boleh kan? Mmmmmmm

    ReplyDelete
  6. Klu kt tganu plak...pulut dimakan bersama kelapa dan ikan kering, ada jg:-)ak pulut dimakan dengan inti ikan ala2 inti pukut panggang..yg ni mebelos,,,lagi2 bersama kopi panas, tambah lagi ngan kepok lekor atau kepok keping...k.jie cb la.....terangkat..heee..klu kt kelantan pulut dicecah bersama ikan bakar dengan sos cam asam pedas...

    ReplyDelete
  7. Sambung lagi k.jee..klu intu ikan a.k.a sambal ikan tu tak abis...leh makan ngan nasi tambah ulaman rincik halus2 maka jadilah nasi kerabu,....lagi tak abis intinya..petang2 ada ubi kayu..leh wat paung ubi..ltak ubi....minum teh plak....mmg mebelos....hikhiii..eee..klu in

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Jee...
    Harini teringin menyapa... sebab pagi tadi, inilah yg kita bungkuskan utk bekal anak-anak dan Cik Suami. Sama la pulak yea...

    ReplyDelete
  9. Kak Jee, anak sy umur 14 thn dah ikut mamanya.. peminat no 1 kuih ni. Sy tak pernak buat kalau nampak kat gerai ada MESTI saya beli selain kuih ABOK-ABOk. Very sedap maa..
    Rie, JB

    ReplyDelete