Itulah gamaknya yang berlaku kepada penyanyi Shila Amza di Anugerah Industri Muzik kelmarin yang menimbulkan marah di kalangan peminat dan yang tidak minat kat dia.
Masih terbayang lagi perlakuan Nabil memeluk kekasihnya Irma Hasmie ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dulu.
Apapun, kesilapan kata Shila tidak disengajakan. Lantas dia memohon ampun dan maaf. Selanjutnya, korang bacalah berita yang Kjee jumpa kat mStar Online ini.
Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.
Bila dah terbiasa bersentuhan & sering bersama, ia dah jadi kebiasaan. Dakwaan tersasul @ tak sengaja hanya timbul bila dikritik. Apa2 pun moga dia insaf & cepat kahwin. Tak yah le tunggu 2 thn lagi.
ReplyDeletecium tangan kekasih tu jadi isu sebab terjadi depan public. hakikatnya orang2 yg pernah dan sedang bercinta : apalah sangat dengan cium tangan tu kan?? bukan hendak menghalalkan yang haram, yg haram tetap haram...tapi realitinya ada ke orang yg sedang dalam alam percintaan di zaman ini yg tidak bersentuh-sentuhan?
ReplyDeleteada...yang beriman dan tahu dosa pahala sure tak kan bersentuhan.. :) suzi fauzi
ReplyDelete