Wednesday, November 7, 2012

SAMBAL AYAM DAN FUCUK LEMAK







Resipi Klik Sini











Hari ini Kjee masak dua lauk favorite Kjee dan Nadia. Sambal Ayam dan Fucuk Masak Lemak Putih. Tak perlu ada lauk lain lagi kalau masak dua lauk ini.

Oleh kerana Nadia kelas petang, adalah Kjee assistant untuk bantu memasak. Kalau tidak, hari ini pasti hari kurang rajin nak masak. Cuaca mendung seringkali melahkan tubuh untuk bergerak.

Tadi Kjee buat sambal tumis dalam kuantiti banyak. Ada projek lain untuk sambal tumis tu. Tungguuuu.

Korang mesti dah tahu carana nak masak Lemak Putih Fucuk ni kan? Ala main campak2 jer sedikit udang kering dan hirisan bawang putih dan merah ke dalam santan. Didihkan perlahan bersama kentang. Apabila sudha mendidih, masukkan fucuk yang telah direndam terlebih dulu. Ini species fucuk keras tu.

Apabila fucuk dan kentang dah lembut, bubuh garam dan pak aji. Kemudian beberapa minit sebelum angkat, masukkan jugak sohuun yang telah direndam lembut. Padam api.












4 comments:

  1. fucuk masak lemak tu buat saya terliur...sedappppp

    ReplyDelete
  2. memang sedap! fucuk tu pun feberet saya jugak kak jee...

    ReplyDelete
  3. Gandingan lauk yang sangat sesuai walau simple ia memang sedap.

    ReplyDelete
  4. Hmmm .. Sumpah terliur tgk dua2 lauk tu, Kak Jee.

    ReplyDelete