Sejak ada banyak rancangan memasak di TV baik yang dalam atau luar negara, Kjee rasa ramai pasti teruja untuk mencipta reisipi2 baru. Maka terhasillah banyak jenis makanan baru. Tahniah kepada blogger masakan yang turut berlumba2 mempamerkan kreativiti mereka.
Kjee bukan blogger masakan. Tak tahulah nak kategorikan blog Kjee ini, genre apa. Blog carca marba kot. Apa yang terlintas di fikiran, Kjee tulis.
Sebab itu Kjee terkejut apabila beberapa hari lepas, ada wartawan dari sebuah majalah masakan terbitan sebuah syarikat penerbitan unggul di negara ini, mintak Kjee kerjasama beri 5 jenis masakan untuk edisi bulan Mac. Ooppps. Layak ke?
Anyway, Kjee tolak dengan baik sebab Kjee bukan blogger masakan. Kjee pun tak berapa sihat untuk membuat assignment itu. Actually malu sangat nak dibariskan dengan blogger2 masakan yang hebat di negara ini. Terima Kasih.
Walaupun Kjee tak berapa sihat, namun tekak ni bukan main lagi ragamnya. Kelmarin teringin nak makan dadih. Tetapi bukan senang nak dapat dadih di luar musim. Kena tunggu bulan Ramadhan. So, how? Buat sendirilah.
Kali ini Kjee nak buat dadih ciptaan sendiri. Guna susu soya dan biji selasih. Kjee tak pasti samada menjadi ke tidak tetapi tak ada masalah nak cuba kan?
Oleh kerana susu soya segar yang Kjee beli sudah ada gula, Kjee hanya cuba letak setengah cawan sahaja gula. Kalau korang suka manis, boleh tambah lagi.
Hasilnya, amat memuaskan. Pengritik tegar Kjee - Nadia kata sedap. Oklah tu.
Jom kita intai resipinya.
DADIH SUSU SOYA BIJI SELASI
dari Dapur Kjee
1 litre susu soya segar yg ada gula
setengah cawan susu cair (eveporated milk)
1 peket serbuk agar2 (10gms)
1 peket kecik biji selasih
setengah cawan gula halus (kurang atau tambah ikut suka)
pewarna merah
CARA
1. Rendam biji selasih selama kira2 setengah jam. Apabila sudah elok kembang, ditapis airnya. Tepikan.
2. Masukkan susu soya, susu cair, gula dan serbuk agar2. Kacau sampai sebati.
3. Kemudian jerang atas dapur api sederhana. Kacau supaya tidak hangit.
4. Apabila mendidih, biarkan kira-kira 2 atau 3 minit. Lepas itu, padam api dan masukkan biji selasih yang telah kembang dan kering airnya. Kacau rata, masukkan setitis pewarna merah.
5. Tuangkan ke dalam bekas yang disukai. Sejukkan 3 atau 4 jam baru menghilang. Best served Chilled.