Wednesday, December 5, 2012

LAGI2 ORANG KOMPLEN PASAL MCM



Rumah dah siap pahat masih....hmmmm clise sangat bunyinya. Dari hari tu lagi Kjee dah suruh Astro buat post mortem keatas pertandingan akhir MasterChef Selebriti. Kelamkabut sangat sampai nampak macam semput dua2 peserta akhir itu.

Mana tak semputnya. Dapur yang disediakan berjauhan. Nasib baik masa nak berlari2 ke dapur2 yang disediakan, Dato Fazly dan Angah tak berlaga. Baca sini.

Masa itu pun Kjee dah tegur Zainal Alam Kadir sebagai penerbitnya. Tak serik2 nampaknya dia. Malah, untuk Grand Finale MasterChef Malaysia, lagi hampeh!!

Kjee tak mau cakap banyak lagilah. Korang baca jer email yang Kjee terima dari saudara M.Husni Wahab. Beliau antara pengikut dan penonton yang amat kecewa dengan pertandingan MCM.

Ini email yang Kjee terima dari beliau, dua hari lalu.


Salaam Kak Fauziah,


Saya selaku seorang peminat masterchef sangat terkilan dengan cara finale live MCM2 dikendalikan semalam. Langsung tak dapat tengok apa masakan mereka. Lepas tu fokus terlebih pada hos dan artis jemputan. Since awal season lagi saya dah macam boleh nampak arah tuju songsang MCM2 ni sebab production team lain dari season lepas.

Saya kalau boleh nak minta tolong Kak Fauziah promote petition saya di blog akak supaya lebih ramai pembaca2 blog akak pun boleh sign. Petition ni adalah untuk menghentikan Zainal Alam Kadir sebagai penerbit MCM untuk tahun2 yang akan datang. Kita tak mahu mentaliti AF dibawa masuk ke MCM. Kalau nak AF, buat rancangan nyanyi. Jangan jadikan masakan sebagai excuse.

So kalau akak setuju dan terkilan macam saya, saya mintak tolong la akak buat sket post kat blog akak utk promote petition ni. In shaa Allah, jasa dan budi akak akan dibalas dengan baik oleh Allah. Ni address dia:
https://www.change.org/en-GB/petitions/zainal-alam-kadir-berhenti-menukar-format-masterchef


Terima kasih banyak2.


Salaam,
Husni Wahab   


Dan ini email yang Kjee terima malam tadi (4/12/12)


Salaam Kak Jee,

Ni cerita saya and my motivation for starting this petition. Saya seorang peminat MCM sejak dari musim pertama. Masa saya di UK dulu, saya banyak meningkatkan ilmu masakan dengan menonton program pertandingan masakan seperti MasterChef UK dsb. Masa saya di UK dulu, adik saya pun ada di sana juga. Dia juga minat memasak seperti saya dan kami sering berkongsi idea tentang resipi serta masak bersama-sama. Tapi saya nampak, sebanyak mana saya masak, saya tak mungkin sampai ke tahap dia, especially dalam desserts. Itu memang kepakaran dia.

Jadi bila kami berdua kembali ke tanah air tahun lepas, kami seronok sangat bila MCM ada kat tv. Kami memang sangat boleh relate sebab itu memang salah satu cooking show yang kami gemari semasa di UK. Obviously it was too late for her to join but we tuned in every episode to watch the season 1 contestants cook. It was the first time I saw regular people on screen. Tak ada yang rupa macam model, tak ada yang perangai macam diva. Cuma kesungguhan dan kebolehan memasak yang menyebabkan mereka keudara. Orang biasa seperti kami. Jadi bila kami dapat tau yang 2nd season akan buat audition, saya basically dragged her to it sebab dia ni pemalu sikit. Tapi saya tahu dia ada kemampuan yang sangat tinggi. Saya pun tak mahu dia menyesal di lain hari jika langsung tak mencuba.

Bila dia kena singkir pada minggu pertama petandingan disebabkan "layered french toast dessert" dia yang "soggy" seperti komen Chef Adu, saya berasa amat tak percaya kerana dia juga ada menyebut yang persembahan dia juga yang paling kreatif dan di luar kotak. Tak pernah sekali pun mana-mana chef komen tentang "salah konsep" dalam cabaran toast tersebut. In the coming weeks, some of the other contestants that supposedly did better than her never in the "toast" elimination challenge showed any signs of creativity or improvement in basic techniques. In fact, there is normally a gap of around 2 HOURS between the contestants completing a challenge and the judges tasting the food! Alasan yang diberi untuk "masa rehat" yang lama itu adalah untuk krew produksi mengemas stesen masak peserta. Saya ingat lagi Tali dari MCUS3 baru-baru ini dimarahi Chef Gordon Ramsey kerana membiarkan stesen masak bersepah selepas tamat cabaran. Sungguh tak masuk akal sebab chef-chef pun tak akan tunggu selama itu untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan mereka di restoran. Adakah terlalu sukar untuk terus merasa selepas peserta memasak, sementara makanan masih lagi fresh?

Saya rasa seperti adik saya telah dipermainkan sedangkan dia datang masuk pertandingan ni dengan niat ikhlas untuk memasak. Adik saya ni penyabar orangnya. Dia redha yang rezeki dia tiada di situ. Saya cuba juga untuk menerima penyingkiran adik saya yang kononnya disebabkan oleh dessert dia tapi ingat lagi tak cabaran cupcake or something di mana hampir kesemua peserta (kecuali Ah Hong tak silap saya...dengan cupcake cili & nenas or something) menggunakan pisang sebagai bahan utama kek mereka sehingga Chef Adu sendiri komen "lain kali kalau ada cabaran kek, pisang akan diharamkan". Sangat jelas peserta2 tiada kreativiti.

Sepanjang musim ini, belum ada masakan ciptaan peserta2 yang betul2 melekat di minda. Nothing stood out and worth remembering. Dari season pertama dulu, saya masih boleh ingat Salmon Avocado dan Maggi kupang Felix, Crepe bersama custard durian dari Ezani, sos bunga kantan Wahidan dari masa awal2 pertandingan antaranya. Tapi season ni, saya cuma ingat kutukan dan drama-drama dari peserta. To me this is very indicative of the direction and focus of the production this season. Saya juga tak puas hati dengan kurangnya diversiti etnik antara peserta-peserta musim ini. Melainkan Ah Hong dan Telson, semuanya Melayu. Sangat contra dengan musim 1 dahulu. Kita boleh nampak yang Malaysia ni betul-betul masyarakat majmuk berbilang kaum. Saya tak percaya tak ada peserta kaum lain sebab saya nampak dengan mata saya sendiri semasa di audition KL yang ada ramai juga peserta Cina dan beberapa peserta India. Itu di KL sahaja. Tempat-tempat lain mungkin lebih ramai.

It all came crashing in the finale as we all saw. Satu perkara yang saya betul-betul tak puas hati selain nyanyian serta screen hogging oleh ZAK, semasa juri sedang merasa makanan, nama peserta yang memasak hidangan tersebut diberitahu. Bagaimana juri mahu membuat pengadilan secara objektif kalau tahu siapa masak apa?

It was also very evident that ZAK is reverting back to his old way of thinking during the AF years when most of the guest artists were AF contestants themselves. I love MCM very much. I want to see it get better. I know it can be as good if not better than MCUS or MCAUS because I have faith in our food. I just cannot see it with ZAK still at the helm. The show needs a more grounded approach that is rooted in culinary excellence, not the drama and antics of the contestants like in AF. It's time for him to leave MCM be what is was meant to be.
If you agree and can relate to my experiences and dissatisfaction about the show or finale, perhaps you can echo it back in your entry. 

I do appreciate a confiding ear dan saya ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi mendengar dan menolong usaha saya. Hanya Allah saja yang boleh membantu. Adik saya tak mintak saya buat ni sebenarnya, semua idea saya sebab saya nak tegakkan hak dia. When the petition reaches around 500 supporters, I will submit it to Astro. Once this is all over, I will let her know that you helped us fight for all the contestants that were shortchanged in this season.

JazakAllah. Salaam,



5 comments:

  1. salam kjee..

    sy tertarik & bersetuju dgn komen dr email ke2 tu..sy juga mmg minat dgn dr shahida sbb beliau pun berbakat mcm dr ezani..sy juga terkilan dr shahida tersingkir tp pd sy, sy x salahkan juri sbb ms tu, tema proses penyingkiran ialah msakan toast (roti bakar @ apa saja yg panas)..tp dr shahida msak layered french toast dessert (sejuk)which is lari skit dr tema..nk xnak dr shahida terpaksa disingkirkan..begitu juga dgn peserta lain iaitu elaika..beliau pun tersingkir sbb slh tema..patutnya msak pai bercirikan malaysia...tp elaika x masukkan elemen malaysia dlm pai tu..sbb tu tersingkir..apa2 pun sy juga sperti penonton lain, mmg x berapa puas hati dgn finale MCM hr tu..sy lebih suka tgk masterchef junior yg ada semangat berpasukan & MC US yg ada OKU (wpun nmpk cam normal)& xbyk drama wpun terang2 ada taktik kotor peserta yg terlalu taksub nk menang..
    patutnya ms finale hanya fokus pada 2 org peserta yg berentap, komen pun pasal 2org peserta tu je..ni x, asyik sebut nama peserta lain (amar) je..mmg btul, nmpk mcm tgh tgk AF je..tp sy harap ZAK x ambil hati..jdkan komen2 tu sbb 1 cabaran..x perlu la nk wat petition utk jatuhkan beliau..kdg2 apa yg kita nmpk perfect, rupanya pelik di mata org..wallahualam

    ReplyDelete
  2. Mari jangan tunggu lagi..kita sign petisen..

    ReplyDelete
  3. tak sempat tengok MCM aritu, sek bek tak tengok kalau tak menyampah jugak kot. hurrmm... apa-apa pun, banyakkan bersabar wahai peminat semua, mari sign petition.!!

    ReplyDelete
  4. saya tak bersetuju dgn mummy_mylis. Saya tak rasa petition ini untuk menjatuhkan ZAK. Petition di dibuat untuk mengingatkan Astro bahawa apa yg terjadi di final MCM2 tidak akan berulang lagi di tahun hadapan.ZAK mungkin terbawa2 dgn rancangan hiburan yang dikendalikan sebelum ini ke MCM. Mungkin pihak Astro perlu kurangkan "sissy host" di rancangan2 nya, dah byk sgt species mcm tu di Astro - Nash

    ReplyDelete
  5. Saya jarang tengok mcm musim ke dua tu...sebab mcm lain la...mcm tak best...

    ReplyDelete