Nak buat pai epal goreng atau Fried Apple Pie ni pun memakan masa dua hari! Hehehe bukanlah Kjee duduk dua hari buat. Pengsannn tu. Tapi, semalam, Kjee buat apple filling dan keluarkan pastry...pastu tetiba rasa tak berapa sihat...terus masuk balik bende2 tu ke dalam fridge.
Hah akhirnya hari ni baru Kjee buat. Nasib baik pastry tu tak rosak. Maklumlah ada tulis kat peket dia, Use immediately after defrost at room temperature.
Kjee sebenarnya teringin nak makan apple pie macam kat MD. Tapi kerana dah boikot restoran tu, Kjee decide buat sendiri. Google resipi berjam2 tapi bila time nak buat, Kjee keluarkan aje doh yang dah siap. Lihat gambar.
Beli ini di Jaya Grocers. Cold Storage mungkin ada. |
Actually Kjee buat guna doh ni sebab expiry date dia dah hampir. Daripada dibuang, baik Kjee eksperimen samada boleh tak short crust pastry digoreng. Jawapannya Yes and No.
Memanglah boleh goreng. sukati kitalah nak goreng ke nak bake kan? Tapi hasilnya ia jadi apple pie yang gebu dan rapuh. Taklah rapuh sampai pecah masa goreng. Masa dan lepas goreng cantik jer tapi bila makan ia terlalu rapuh. Tetapi rasanya cukup sedap.
Kjee syorkan kalau ada yang teringin nak buat apple pie goreng macam kat McD tu, buat jer doh karipap biasa. Pastu canailah dan potong agak2 lah segi lonjong (macam yang Kjee buat). Boleh kelim macam kita buat karipap atau guna garfu macam Kjee.
Untuk filling apple tu, Kjee guna 2 biji apple hijau (seelok2nya Granny Smith). Buang kulit, didadu, campurkan ke dalam periuk bersama setengah cawan gula perang atau soft brown sugar atau gula merah. Campakkan 1 atau 2 batang kayu manis dan masak sampai gula tu cair dan kemudian menjadi pekat. Kira-kira 10 minit. Sejukkan betul2.
Tentu belum ada yang pernah cuba buat doh karipap untuk apple pie kan? Hah inilah masa nak cuba. Kjee pun akan buat nanti sebab ada banyak apple masam yang Kjee terbeli. Kita yang buat dia...so apa hal orang nak menyibuk kan? Hehehe
Untuk doh karipap, Kjee syorkan korang guna yang Kjee pernah buat, dari blog Tun Telani. . Doh resipi Tun Telani ni, elok sangat.
Salaam Kjee...
ReplyDeleteDah lama tak buat apple pie. Beli kat McD pun tidak. Mmmm mulalah itchy hands je nak buat.. hish sabor mama sabor... kasi clear dulu rumah yang serupa tongkang nak karam ni dulu... hehehe...
sedapnya K.jee...
ReplyDelete