Macam pelik sangat tengok Nadia angkat kening apabila Kjee kata nak buat rendang ikan tongkol ala Kelantan. Reaksi dia ala2 mana ada orang buat!
Tapi Kjee tahu dia memang konfiden makan apa saja yang Kjee masak
Baru sangat Kjee buat rendang ayam Kelantan. Masa tu makan tak puas sebab sebahagian besarnya Kjee suruh Unclepali hantar ke rumah my fren. So ingatkan nak buatlah lagi hari ni. Rancang memang boleh tapi jadinya belum tentu kan?
Oleh kerana Kjee terperasan Kjee ada beli ikan tongkol fresh kat Kampung Melayu Sg Buloh hari tu, Kjee rasa tak salah kalau dibuat rendang. Ikan Tongkol yang Kjee beli itu ala2 anak ikan tongkol, panjangnya sepanjang tapak tangan. Macam ikan kembung yang debab. Kjee hangkut 5 ekor dan hari ini Kjee potong dua tiap seekor.
Resipinya sama macam nak buat rendang Kelantan. Intai sini. Mudah jer kan? Sedap rupanya ikan tongkol dijadikan rendang. Kjee guna ikan tongkol sebab isinya keras dan tak mudah hancur apabila direndang.
Selain itu, ada berbaki labu dalam fridge. Ada separuh setelah Kjee buat bingka labu hari tu. Kalau tertangguh lagi nak masak, boleh rosak. So, Kjee decide masak bening atau masak air atau masak tumis.
Resipi main campak jer hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi ke dalam periuk. Bubuh air dan didihkan bersama sejemput ikan bilis. Bubuh sebatang serai dan koyakkan daun kunyit. Didihkan. Apabila dah mendidih, masukkan labu yang telah dibuang kulit dan dipotong suka hati. Rasa garam dan bubuhlah sedikit aji kalau suka. Apabila labu empuk (jangan sampai hancur) padamkan api.
Sedap digandingkan bersama rendang ikan. Nasib baik sedap rendang ikan ni. Kalau tidak jadi habuan Cik Tong. Hehehe.
0 comments:
Post a Comment