Tuesday, January 15, 2013

IDEA SEDIAKAN MENU ROTI YANG TAK MEM'BORING'KAN.







Kalau korang bosan makan roti untuk sarapan setiap hari, dapatkanlah idea macam mana hendak buat sarapan menggunakan roti yang menyelerakan.

Kjee tak pernah rasa bosan makan roti. Ada pelbagai jenis roti di pasaran. Kalau dah bosan roti putih, tukarlah kepada roti wholemeal atau ada orang panggil roti jagung. Selain itu, di pasaraya2 besar, ada jual pelbagai jenis roti yang berasaskan bijirin. Atau buat roti sendiri ikut citarasa korang.

Ada orang bakar roti guna toaster (alat membakar roti) tetapi Kjee suka roti tu dipanggang atas dapur guna kuali non stick, kuali biasa ataupun grill pan.

Kenapa mesti bakar roti? Hah ada rahsia disebaliknya. Selain ia lebih enak, adalah dipercayai apabila kita bakar roti, khasiatnya lebih. Elok untuk mereka yang tengah diet. Kjee tak ingat apa khasiatnya. Nantilah Kjee google dan beritahu.

Walaupun Kjee selalu sangat makan egg on toast atau ada orang kata Egg Benedict, untuk resipi kali ini, Kjee pelbagaikan pembikinannya.






Mula2 Kjee ambil dua kepting roti wholemeal. Satu Kjee tebuk guna cutter bulat. Kemudian Kjee letakkan keju keping (slice cheese) atas satu keping. Kepingan roti yang Kjee tebuk tadi, Kjee letak atas roti yang dibubuh cheese. Lubang yang dah ditebuk tu, Kjee tutup semula dan bakar atas grill pan sehingga garing di kedua2 belah. Dalam gambar nampak terlebih garing...UnclePali terleka masa grill. Hehehe.

Sebelum itu, sediakan telor yang dibuat tiga suka masak. Resipi lihat sini.  Dah siap grill roti, telor tiga suku masak itu dipecahkan dalam mangkuk. Alihkan bahagian roti yang ditebuk sedikit dan tuangkan telor itu di tepat yang dikosongkan.

Makan dengan salad kalau suka. I like!!!





7 comments:

  1. Telur dgn roti kak jee buat pun nampak sedap!...yg paling ct xbosan adalah baca celoteh kak gee ari2..hehehe

    ReplyDelete
  2. kak jeeeeeee..sedapnyerrrrr.......kak jee bakar pakai pan non stick je ke..tp awat jalur2 bakar tu cantik...

    ReplyDelete
  3. Kreatifnya. Boleh cuba nanti. Kalo guna kuali je bleh tak? Heheh.

    ReplyDelete
  4. As Salam Kak jee. Kc pun suka makan Roti. Tak pernah jemu dengan roti kak. mcm heavennn je kalo dapat makan roti. Thanks for sharing this kak. Bole la Kc cuba kat rmh nanti.

    ReplyDelete
  5. Norasiah, kjee guna grill pan. Beli kat Ikea.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Kak Jee...menelan airliur saya dibuatnya.Thanks for sharing ya...

    ReplyDelete