Friday, January 25, 2013

RAJA AZMI NAK KAHWIN GITARIS UMUR 27 TAHUN!






Kjee tak mau komen perihal produser Raja Azmi sedang hangat bercinta dengan seorang gitaris berusia 27 tahun. Love is definitely Blind. 

Hanya doakan my good friend ini akan bahagia ke nafas akhir. Dibawah Kjee copy paste berita dari mStar Online.



PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.

Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.

"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.

"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).

"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.

Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.

Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.

Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih muda daripadanya.

Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas bercerai.

"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.

"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian)," luahnya.

Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.

"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.

"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu mendapat restu keluarga kedua belah pihak

10 comments:

  1. good for her
    apa salahnya kalau dia kahwin dgn lelaki yang lebih muda dari dia pun.. tak payahlah nak keji dia ke apa...RA, awak tak mati pun dek kerana kejian orang... apapun all the best to her....

    ReplyDelete
  2. takut pucuk muda terkulai layu dimalam pertama..tak mampu beraksi kerana bukan lawanya..huhuhu gurau je :)

    ReplyDelete
  3. Memang tak ada salah RA berkahwin dengan jejaka berumur 27 tahun.

    Bila RA berumur 74 tahun....jejaka itu baru berumur 47 tahun...fikirkanlah RA! Demi Moore dengan Ashton Kutcher pun tak kekal kerana AK sudah memilih teman yang lebih muda. Itulah realitinya!

    ReplyDelete
  4. May God grant her more helpings of "common sense" and "awareness and self-realisation" in the coming days. Amen....
    Can't her children "knock" some sense into her? Kids... are you listening? Mum has been hurt, not again!!!!

    ReplyDelete
  5. salam Kak Jie, mohon dipautkan blog uruk yang tak seberapa ni dihalaman kak jie..mediauruk.blogspot.com terima kasih kak jie...

    ReplyDelete
  6. salam kak Jie...sekarang trend dah berubah..bukan setakat kaum lelaki je suka pucuk muda,yang perempuan pun sama...

    sama-sama x nak mengalah...
    macam nak tunjuk sape lebih terer,sape dpt yg lagi muda,lagi mengancam..

    pengalaman dr sedara saya sendiri Kak Jie...macam tu la lebihkurang

    ReplyDelete
  7. Ikut sunnah nabi sebaiknya cari yg dara. Kerana yg dara itu lebih hangat dan kurang permintaannya. Besok klu dah kahwin janda nak cari plak anak dara kerana x puas!

    ReplyDelete
  8. Mungkin Yang Terbaik Bagi Dirinya Buat Masa Sekarang....

    ReplyDelete