Sejak Nadia dah tamat belajar, seronoknya Kjee. Nak makan apa, semua okay jer. Masa dia tengah sibuk nak exam hari tu, apa sahaja kita sebut nak makan, dia antara dengar dengan tidak, sebab dalam fikiran hanya teringat nak study jer.
Semalam Kjee cakap nak makan roti jala dan pagi ini, siap!!! Nadia dan papa dia gotong royong menjala atau kata orang Utara, 'mengirai', sementara Kjee buat kari ayam.
Inilah hasilnya roti jala yang dibuat 90% oleh UnclePali dan 10% oleh Nadia. Dia kata dah lama tak buat, so kekok sangat. Masa Kjee meniaga dulu, Nadia dan UnclePali memang tak menang tangan menghasilkan roti jala.
Kalau tiba hujung minggu, macam2 alasan UnclePali dan Nadia beri bila orang order. Dema maleh nak buat! Hehehe. Maunya tak letih apabila tiba hujung minggu, mereka berdua terpaksa buat dekat 10kg tepung. 1 kilo jadi 80++ keping. Kalau dah 10kg?
Anyway, semua itu sudah tinggal sejarah. Tetapi masih ada yang sms atau call Kjee, selamba jer nak order roti jala. Yang memanggil tu dah ketinggalan zaman. Dah dekat 4 tahun Kjee tak meniaga.
Sejak buat menggunakan acuan botol roti jala 3 muncung ni, dah tak lecak dapur. Maklumlah bancuhan tepung duduk dalam botol yang tertutup rapat dan hanya keluar waktu dipicit ke dalam kuali.
Tapi UnclePali yang pakar buat roti jala kata, acuan tiga muncung ini hanya untuk kegunaan
suri rumah. Bukan untuk orang meniaga. Kalau meniaga kena guna acuan pesen lama tu. Lebih cepat, katanya.
Hmmm entahlah. Sejak ada botol acuan tiga muncung ini, Kjee tak pernah try buat. Baru nak sentuh, UnclePali udah suruh main jejauh. So kerja gua buat kari jer.
Nak resipi roti jala, tengok sini. Nak resipi kari ayam/daging, klik sini.
0 comments:
Post a Comment