Monday, January 14, 2013

TIPS YANG TAK PAKSA SESIAPA IKUT! TAUKEH BERAS JANGAN RISAU!

Nasi tomato...Kjee suka sangat satu ketika dulu

Berapa kali sehari korang makan nasi? Dua kali? Lunch dan Dinner? Atau tiga kali? Breakfast, lunch dan dinner? Yang breakfast tu Nasi Lemaklah! Atau yang nak ke ladang, kebun dan kerja kontrak buat rumah makan nasi sejuk (istilah arwah Bonda untuk lebihan nasi malam).

Ramai mintak tips kat Kjee cara2 nak elak makan nasi macam yang Kjee lakukan. Agaknya baru sedar betapa menjaga kesihatan lebih penting daripada melayan nafsu makan. Actually, elak makan nasi bukan bererti tak makan karbohidrat langsung! Mesti ada gantian kepada karbohidrat dalam bentuk lain.

Sebenarnya Kjee tak tahu samada apa yang Kjee tulis ini boleh dikategorikan sebagai tips. Mungkin bolehlah dikatakan pengalaman orang tua. Dah lama Kjee sedar Kjee dah tua, tau.

Mungkin sebelum ini Kjee dah pernah beritahu yang Kjee bukan jenis yang bergantung hidup pada nasi. Kerjaya Kjee sebagai wartawan dulu membuatkan Kjee makan tak menentu. Kalau sibuk sangat, apa makanan halal yang ada depan mata, itu yang Kjee makan.

Justru, Kjee menjadi insan yang tidak memilih. Roti kelapa, yang mamak naik basikal jual sambil memicit loceng atau horn jual pun, Kjee boleh makan sepanjang hari. Itu kalau terlalu sibuk dan tak ada masa langsung. Buah2an jugak jadi sebahagian besar diet Kjee satu ketika dulu.


Bubur Nasi boleh dimakan untuk yang tak boleh berenggang dengan nasi

Dan apabila sudah menjadi kebiasaan sejak dari muda, apabila lapar, Kjee tidak pernah mengharapkan nasi untuk membuat Kjee kenyang. Kjee pernah makan tiga atau empat biji karipap untuk lunch. Itu dah cukup kenyang. Kjee makan sebab nak kenyang bukan sebab orang lain makan nasi, Kjee pun kena makan nasi.

Semalam Kjee tanya Nadia macam mana nak bagi tips kepada mereka yang nak elakkan makan nasi. Nadia macam Kjee. Boleh hidup tanpa nasi berminggu2 lamanya. Makanan gantiannya hanya lauk pauk.

Kata Nadia, bagi mereka yang langsung tidak boleh tinggalkan nasi, mereka harus lakukannya secara berperingkat2. Kalau makan 3 kali sehari (termasuk Nasi Lemak untuk sarapan), minggu pertama cuba makan dua kali sahaja.

Kemudian untuk minggu kedua, cuba makan sekali jer sehari. Kjee sarankan pada waktu makan tengah hari. Sebagai ganti untuk sarapan, makanlah roti, roti canai, capati, tosei, mihun ataupun biskut. Dan malam jugak boleh makan roti, mihun ataupun biskut.

Dan minggu ketiga, apabila badan kita sudah mula 'dilatih', cuba keluarkan nasi dari diet seharian. Alah bisa tegal biasa. Harus diingat. Badan kita tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Jadi, latihlah diri supaya menyukai sesuatu yang boleh membawa kearah kebaikan dan kesihatan.

Banyak yang boleh kita makan jika kita buat keputusan untuk berhenti makan nasi. Janganlah cari seribu satu macam alasan. Selera korang dan Kjee bukan sama. Apa yang Kjee suka makan, mungkin korang tak suka. So susah sikit nak beritahu apa yang seharusnya menjadi makanan gantian.


Kalau kita masak bubur yang sedap, takkan tak berselera nak makan?


Satu lagi cara ialah, makan nasi selang sehari. Jadikan 'Hari Tanpa Nasi', menyeronokkan. Plan menu untuk Hari Tanpa Nasi. Fikirkan makanan seperti spaghetti misalnya dalam pelbagai bentuk sajian. Harus diingat, makanan kita harus seimbang. Ada Protein (ikan, daging atau ayam), sayur2an dan Karbohidrat.

Sebagai contoh untuk mereka yang langsung tidak boleh berenggang dengan nasi, Kjee syorkan korang buat bubur nasi yang dimakan dengan lauk pauk (seperti Nasi Air Kelantan) atau bubur lambuk. Kalau kita masak satu genggam beras menjadi bubur, ia boleh buat kita kenyang seharian! Cubalah.

Ada yang kata walaupun dia makan roti dan makanan lain selain nasi, dia masih belum rasa kenyang. Isyhhh sedih betul Kjee dengar. Itu satu alasan yang Kjee rasa sukar diterima dek akal. Kalau Kjee dah kenyang, letak apa depan mata pun Kjee tak akan sentuh.

Orang putih kata 'Its All In The Mind'. Kalau korang dah set minda untuk hanya makan nasi, maka apabila tiba time makan, anda akan meronta2 mencari nasi. Kjee tidak pernah sempitkan fikiran apabila tiba time untuk makan. Apa yang ada, Kjee akan makan kerana Kjee bersyukur itulah rezeki yang Allah swt tetapkan untuk Kjee hari itu.

Cubalah kalau pentingkan kesihatan. Cegah sebelum parah.

NOTA:
ENTRI INI BUKAN MENGAJAK KORANG TIDAK MENJAMAH NASI SEPERTI KJEE. KJEE MENULIS ENTRY INI ATAS PERMINTAAN RAMAI YANG MAHU TAHU CARA MENGELAK DARI MEMAKAN NASI ATAS SEBAB KESIHATAN!
ADA YANG MARAH KJEE SEBAB KONONNYA MENGAJAK ORANG JANGAN MAKAN NASI. BILA MASA KJEE KATA BOIKOT NASI?! KALAU TAK RETI MEMBACA, TAK PERLULAH NAK HENTAM SECARA MELULU!
SO WAHAI TAUKEH BERAS, JANGANLAH RISAU. ENTRY NI TIDAK BERNIAT MEMAKSA SESIAPA BOIKOT MAKAN NASI DAN MERUGIKAN AWAK!! KAHKAHKAH.

9 comments:

  1. skrg sy mkn nasi 2 hari sekali..alhamdulillah kak bdn terasa ringan...

    ReplyDelete
  2. Thank kak jee n nadia ....nak cuba buat .Bukan tak nak makan nasi tapi kurangkan ....

    ReplyDelete
  3. Kannn....saya pun makan tgh hari je, malam skip nasi, tapi belasah gak roti atau K-oat...grrr...Cuma masalah kat kampung ni kan..kan..kan, kalau ada kenduri, mereka kasi berkat nasi ambeng....hadoi, cobaan jugak tu, tersasar gak lah membelasah..huhu....apa2 pun terima kasih kak jee, sudi share tips, benda baik elok kita berkongsi. Bagi mereka2 yang kurang faham, elok lah baca dengan mata, hati dan minda yang lebih berpelajaran. Ambik ikhtibar, sebab penyakit boleh kena pada siapa2 sahaja tanpa mengenal usia....sekian terima kasih....kita masak dulu ok!....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Che Mat. Your comment made my day!! Sayang Che Mat.

    ReplyDelete
  5. tips yg bagus kjee.....sya suka n akn coba ikot. sya mmg nk coba tngglkn nasi. tq kjee syg....

    ReplyDelete
  6. salam kak jee..saya silent reader semalam. balik keje semalam memang dah set nak mkn nasi sebab kecewa(lps seminggu mkn nasi, berat tak turun2). siap bungkus nasi goreng kat pasar malam!!haha..pastu bila sampai rumah, jadi tak lalu pulak nak makan nasi..tak sampai hati pulak...alhamdulillah, sehingga hari ni masih bertahan..dapat pulak tips kak jee ni, menaikkan semangat!!nak cuba lah roti grill tuh! macam sedap je..thanks kak jee!! -silent reader-

    ReplyDelete
  7. as salam kak jee..
    kalau dari pembacaan saya nasi tu sbnrnya tak bersalah..tp portion tu yg penting...kalau kita tak makan nasi tp ambil roti putih sampai 4 keping..nilai kalorinya sama dgn sepinggan nasi.
    yg betulnya kita ni kena tahu pengambilan kalori kita dlm sehari..kalau kak jee ada masa kak jee boleh lawat blog kevin zahri..byk info2 berguna di sana..saya pun budak baru belajar... :D
    --- hanis ----

    ReplyDelete