Wednesday, February 20, 2013

CINTA LAIN TUNANG LAIN. TUNANG RUPA2NYA ISTERI ORANG!!








Belum reda lagi kes dia bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain. Sekarang timbul pulak kisah, tunangannya MASIH isteri orang!

Macam kisah dalam sebuah drama! Kjee ingatkan perkara begini hanya berlaku di alam bukan realiti tetapi hakikatnya ia berlaku dalam kehidupan Fizz Fairuz! Kjee tak tahu nak kata apa..apakah doa Almy Nadia agar Allah swt menunjukkan kebenaran akhirnya terserlah?!

Janganlah kita buat andaian apa2 terhadap apa yang terjadi kepada aktor Fizz Fairuz. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya ini. Dan moga2 dia tabah menjalani semuanya ini, Insya Allah.

Baca kisah dia bertunang di sini.

Kjee copy paste apa yang Kjee baca di Harian Metro pagi ini.





Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan senaskah akhbar Harian Metro hari ini.

22 comments:

  1. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,”

    diatur oleh 'dia'?

    tak paham la

    ReplyDelete
  2. hurmmm...

    tak terkomen...

    *nak kata padan muka pun ada jugak..
    heehee..

    ReplyDelete
  3. Hai kjeeee. Kesian fizzfairuz.
    Harap2 pasni fizz bertambah ok dri segala aspek

    ReplyDelete
  4. Macam2...
    mmg nak cakap padan muka..
    Tapi kesian pulak... huhu

    ReplyDelete
  5. Masyaallah.... setiap yg berlaku ade hikmahnya.. mujur Allah nak tunjuk skrg kan Kjee...
    Pada empunya badan bersabar n tabahlah dgn dugaan Allah.

    ReplyDelete
  6. hemmm..x kan le family/kwn2 pompuan x tahu yg ank dia isteri org...siap majlis bagai....sian rombogan lelaki..hemmm ada hikmah di sebaliknye....

    ReplyDelete
  7. this is what you call karma, what goes around comes around...Allah maha adil ...

    ReplyDelete
  8. Ni kes pompuan tu nikah senyap2 kt siam gknya,.,.sian kt almy, jgn la terima fizz semula,.

    ReplyDelete
  9. what you give ....you get back.....iktibar kepada orang lain.....

    ReplyDelete
  10. memang PELIK .. majlis tunang GAH bukan main, tak kan le tak da makhluk yang berani tampil menyatakan yang benar. Nak tunang pasti merisik dulu kan. Mudah sangat tertipu ni .. di zaman IT begini memang sukar le nak caye. ishkk .. mak bp pompuan tu tak tahu ke status anaknya ??? Sedap pula si Fizz cakap .. mungkin dia TERKENA BUATAN orang. Menuduh pulak .. aduhhh. ELok le bermuhasabah diri.

    ReplyDelete
  11. what u give, u get back laa kan...
    almy, sila bersyukur dan jangan riak atas perkara ini.... maintain cool yer..

    ReplyDelete
  12. x payahlh kata kena buatan org.... dh terpukau ngan kecantikan pompuan tu sebenarnya.... kalau pompuan tu x lawa ..blh lh kta kena buat org... apa pun x boleh..... (lin)

    ReplyDelete
  13. almy... carik je org lain... he has wasted your time... klu kawin kurang2 dah ada 2/3 anak..

    ReplyDelete
  14. sapa dia nih..? anyway walau tak kenal tapk...typical org kita...sikit sikit kena buatan org..
    dia buat orang tak?
    baik londu atau la artis gred kelas camni selalu kluar.korok korok.punya news. klu kat londu ni pelakon drama eastender.etc...kg punya stok simple mind..

    ReplyDelete
  15. bekas tunang fizz ni mesti kawin lari ni...tu sbb keluarga xtau...sian keluarga malu besar..moga2 diorg semua selesaikan masalah cara baik...dan terima dgn redha dgn ape yg telah ditentukan oleh yg MAHA ESA...

    ReplyDelete
  16. Padan muka. Nak cakap ada rupa, hmmm. Perasan orang nak sangat kat dia sampai buat dia??? Siapa si mamat ni, loyar, majistret??

    ReplyDelete
  17. lelaki sekarang banyak yang masuk setannnnnn..hihi

    ReplyDelete