Ini untuk breakfast esok |
Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah balik.
So tadi Kjee usher UnclePali. Kalau buat Shepherd's Pie jer boleh ker? You tolong buat mash potato dan saya siapkan inti pie tu ya. Punyalah suka apabila UnclePali game jer.
So jadilah tiga biji ramekins saiz 4" dan 1 flan dish kecik. Yang flan dish tu simpan untuk breakfast esok. Hehehe.
bahan2 |
Inti sebelum ditutup mash potato |
Ini dah kena tutup mash potato |
Resipi yang Kjee buat tadi sama cam kat sini. Tapi Kjee tak bubuh sos tiram. Ganti dengan beef cubes atau kiub daging. And Kjee tambah diced bell peppers (cili hijau besar) dan Kjee hiris cendawan butang.
Dan kalau dulu Kjee paipkan mashed potato
Mula tadi nak hangin jugak apabila mashed potato UnclePali cair sangat. Tapi apabila dah keluar oven, okay pulak. Dan apabila Nadia puji sedap, kembang hidung papa dia. Hehehe.
So itu sahaja tv dinner kami malam ini. Tengok Buletin Utama sambil makan. Masa nak makan, Kjee taburkan crispy cilli flakes. Sedap.
Sorang satu |
Tabur crispy chilli flakes, sedap. |
....eemmmm - sedap tu KakJee :-) mmg dah lama teringin nak buat ....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletenampak macam susah...tapi cara kak jee describe macam senang je nak buat pie ni...saya terliur. terima kasih.
Nampak sedap!!
ReplyDeleteNanti boleh la cuba!
Thanx akak sebab sudi share
salam k.gee
ReplyDeletebukan nak tanya pasal resepi tp nak tanya crispy chili flakes tu k.gee guna brand aper n beli kat mana yer.??
tq
-dalina-
Salam Dalina. Kjee beli jenama dari Thailand. Boleh dapat kat banyak supermarket. Tescon pun ada, Insya Allah.
ReplyDeletesedapnye kak jee!! nak try buat!! :)
ReplyDelete