Wednesday, February 27, 2013

JANGAN ADA SESIAPA NAK PINANG SAYA - SHILA




Disebalik wajahnya yang lembut dan ayu, rupa2nya boleh tahan jugak keras hati anak gadis ND Lala ni yer. Tadi Kjee ada terbaca kenyataannya,  dia tidak akan benarkan sesiapa juga merisik (meminang?) dirinya dalam waktu terdekat.

Tapi dalam pada itu Shila Amzah tahu pulak yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan manusia!

Daripada kenyataan yang berbunyi sikit lebih kurang begini..."sedangkan suami isteri yang sudah bercerai, masih ada ruang untuk rujuk.." Kjee berasakan Shila masih menaruh harapan untuk disatukan kembali dengan Chenta Hati nya itu.

Begitulah dalamnya rasa cinta Shila terhadap Sharnaaz Ahmad. Bila dikenang, macam cinta Romeo terhadap Juliet, cinta Laila terhadap Majnun.

Apa2pun, berat mata kita memandang, lagi berat bahu Shila memikul. Diharapkan panas hingga ke petang tetapi hujan lebat di tengah hari.

Mudah2an Shila tidak berterusan mengecilkan hati kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya dari sebesar tapak tangan. Wallahualam.




12 comments:

  1. I was following her story for some time. Kesian pulak tengok vdo clip sedih Shila tu. She seems to be a true lover and daughter. Hope she sees light at the end of the tunnel.

    ReplyDelete
  2. ada ura2 org nak masuk minang ke?
    yg nak masuk meminang tu mesti hati kental jugak
    apa tidaknya..dah jelas dan nyata cintanya utk si SA je
    hihi

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak lupakan buah hati..mesti semua benda yg mengingatkan dia kpd saat bercinta dulu.tapi pd saya shila dah ambil tindakan yg betul...kembali kpd ibubapa.moga kebahagian menanti kamu.

    ReplyDelete
  4. rasanya ayahnya dan chenta hatinya kene berdamai lah...

    ReplyDelete
  5. btoi kak jee .. nampak macam hati dan perasaannya KENTAL pada si S. Walaupun dia kata dia dah tak fikir semua tu, tapi jauh disudut hatinya .. perasaan itu tetap ada. So dia bagi amaran pada yang nak cuba nasib merisik .. dan pada masa yang sama mengingatkan kita .. jodoh hanya DIA yang tahu ...

    ReplyDelete
  6. Tu la penangan cinta kak..Mudah2an lepas ni,Shila akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dan yang paling penting,hubungan mereka di restui ibu bapa...

    ReplyDelete
  7. ikut perasaan hati mati
    ikut perasaan rasanbinasa

    rojak mamak campur kelapa
    benci kemuncup maid lurutkan
    buang mak buang bapa
    kerana kekasih diri turutkan

    macamana moden pantun...applies to minah mangkuk ni

    ReplyDelete
  8. Selepas kisah putus cinta ni, rasaya Shila kena fikir 2 kali utk jatuh cinta. Kdg2 lelaki ni masa suka, pijak semut pun tak mati. Bila silap sikit, mula angkat kaki...hemm...kita pun pernah mudah kan kak gee? Itu semua asam garam dunia remaja. Belum lagi cobaan ketika berumahtangga.

    ReplyDelete
  9. Alahai...budak budak kalu bercinta macam gitu ropanya....mana mana budak pun sama.manis belaka masa bercinta...mak bapak yang besarkan buang ke tepi saja lah...si chenta hati yg betul,yg lawa,yg come ,yg manis...udah kawin....ada masalah..mak bapak jugak yg dicari....cakap salah,tak.tegur pun salah kalau dengan budak budak ni.....gitu ler...

    ReplyDelete
  10. Nama pun cinta pertama, x mgkn lupa, maseh mengharap, walaupun dapat tentangan. Insyallah sekejap je la tu.. Masa akan menentukan segalanya. Allah itu Maha Adil, setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin Shila akan jumpa seribu kali baik dan perihatin dari "si Chenta hati", memenuhi pula ciri-ciri islam yg sempurna, kita x tahu semua tu..jadi, usahlah bersedih atau menyimpan amarah. Jadilah anak dan umat Allah yg solehah.

    ReplyDelete