Beli jangan tak beli tau...kata Ahmad Idzham Omar - ehsan mStar |
Pertandingan Juara Lagu ke-27 baru2 ini memang hebat. Malah, ia berjaya menebus kegagalan yang dicipta oleh Anugerah Skrin tahun lepas yang menghampakan banyak pihak.
Kjee antara ramai peminat AJL27 yang menanti2kan ulang tayang pertandingan itu. Tengok sekali memang tak puas. Oppps ada ke ulang tayang? Kalau ada, maknanya Kjee terlepas tonton. Sori yer TV3.
Kalau di Astro tak perlu risau kerana akan ada ulang tayang berminggu2 lamanya. Dapat tonton puas2 malah sampai jemu!
Pagi ini Kjee cukup teruja apabila baca mStar online mengenai AJL27 tu. Headingnya...ALBUM AJL27 DILANCAR BAGI MENGHARGAI PEMINAT, buat Kjee mahu terus baca.
Wah hebat TV3. Demi nak hargai peminat, sanggup buat album. Bagi free......oppppppssss tunggu. Kena baca dulu sampai habis lah pompuan! Mana ada free!!! Kena beli format fizikal dengan harga RM29.90 dan album ini juga boleh dibeli secara muat turun digital tidak lama lagi.
Oh kena beli!! Kalau kena beli, bukanlah 'nak hargai' peminat namanya! Itu seakan menyuruh peminat beli untuk lebatkan akaun TV3..oppssss!!
Tak payahlah nak spin (putar) dengan kata2 hargai peminat! Memang setiap tahun (kalau tak silap Kjee), TV3 keluarkan CD persembahan artis2 di pertandingan Juara Lagu. Dirakam secara live ketika final. Dan dijual...bukan free!!
Pada Kjee, kalau kita hargai seseorang (dalam konteks ini TV3 kata hargai peminat AJL27) bagilah secara percuma. Sekurang2nya bagilah muat turun secara percuma kalau nak bagi CD melibatkan kos kan?
Ini dailog klise ramai artis untuk peminat mereka. Penyanyi2 tersohor negara jugak pernah keluarkan statement seperti ini..."konsert saya ini (atau album saya ini) adalah sebagai tanda penghargaan dan hadiah saya kepada peminat saya. Tanpa anda siapa saya...SO JANGANLAH LUPA DATANG BERAMAI2 (OR BELI ALBUM ORIGINAL)...tiket2 sudah mula dijual sekarang!
Entahlah. Kjee ni old fashioned sikit. Kalau kita hargai usaha orang, kita tunjukkan appreciation kita dengan memberikan sesuatu yang ikhlas. Kalau masih nak kaup untung dari keihlasan orang lain, tak payahlah kan!
So, tepuk dada tanyalah selera. Tapi RM29.90 tu boleh dapat satu kampit 10 kilo beras...hantar ke rumah anak yatim, pahala besar beb!!
betui betui betui..setuju sangat3 apa yang dikatakan oleh kak jee...kalau kat astro leh nengok ulangan sampai lebam lagikk..depa kene belajar maksud 'dihargai' itu bru leh cakap...jgn nampak lg 'kebodohan' sendiri kununya nk tjuk pandai..*emo :D
ReplyDeletemmg betul kak jee....konsert ini utk mendekatkan lg saya dan peminat2 dan sbg menghargai mereka yg menyokong saya selama ini...pas tu tgk rega tiket ratus2....perghhh...mendekat kan lah sgt kannn.....pas tu ckp peminat x menghargai konsert or album retis tempatan....len kali terus terang aje lah..sy buat konsert or album ni utk menambah pendapatan...kan senang...
ReplyDeletepstt:...ada sesapa nk sponsor sy g tgk konsert anuar zain????
pm me..he..he... ----hani---
Setuju sangat sangat.....nak hargai peminat konon...suka ayat Kak Jee,RM29.90 tu boleh dapat satu kampit beras.....tepuk dada tanya selera...
ReplyDeletesalam kak jee... sy tgh cari resepi ayam, sekali terjumpa resepi akak, sy minak izin copy cara wat ayam masak sambal yer & saya nak link kan web ni dgn blog saya yer...
ReplyDeleteSalam, Kak Jee..
ReplyDeleteSy selalu komplen dgn husband bab ni. Artis ni suka bagi statement hadiah kepada peminat, penghargaan kepd peminat tapi semua kena beli, macam tu bukan hadiah namanya, hohoho