Friday, March 1, 2013

ALLAH SELAMATKANLAH LAHAD DATU

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
LAHAD DATU: Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu)."

Kumpulan pemberontak itu menceroboh Tanduo di sini sejak 9 Februari lalu dan enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kawasan tersebut telah dikepong oleh pasukan keselamatan negara tiga hari kemudian. - mStar Online

12 comments:

  1. slm..
    kt pekan semporna skrg ni dh lengang.org dh xberani nk ke sana sini.tp blm lg ada arahn perintah berkurung.doakn km d cni dlm keadaan slmt

    ReplyDelete
  2. layan sgt kerenah penceroboh.. naik lemak ler .. lagi lak menteri suma mcm tikus.. lembik

    ReplyDelete
  3. Susah lah mcm ni, kesian najib dikata tak bijaksana, memang sukar

    ReplyDelete
  4. pak menteri malaysia ni semua jenis lembik
    masing2 sibuk mengkayakan diri saja.
    dah lama sabah diceroboh dan penuh dgn pendatang asing, bilalah kerajaan nak bertegas.

    ReplyDelete
  5. Ya Allahhh. Semoga semuaanya selamatt...

    ReplyDelete
  6. klu bleh kita x mahu brperang tp bl dh smpai thap g ni kita x pilihan lain selain mnyerang balik demi mmprtahankan tanah air kita..kita berdoa agar Allah melindungi perajurit2 kita..amin

    ReplyDelete
  7. sabah memang KAYA dengan pendatang asing ... ' pilipin'; sulu ; pakistan; bangla .. semua ada. Ikut hukum akal.. sejak awal lagi kita perlu bertegas dan usir mereka... tapi biasalah kerajaan Malaysia .. sentiasa berhemah dan bersopan.

    ReplyDelete
  8. pandai je korang ckp menteri bodohla apa lah.. itulah kalau dh termkn nasi kangkang pembangkang..siasat dulu cerita sebenar, pd sy kerajaan malaysia amat2 dikagumi oleh dunia lain dlm menyelelesaikn pelbagai konflik

    ReplyDelete
  9. tak bole percaya ckp pengganas ni, dia dah masuk negara org lepas tu lepas tu buat kacau bilau! patut di bunuh habis2an keturunan ni yg mengaku Sultan konon! - Zul

    ReplyDelete
  10. Salam, at least kerajaan malaysia masih bagi peluang untuk berunding masih ada perikemanusian kalo negara lain kau ceroboh dah lama dah derang jadi arwah. Yang berdosa diatas kematian polis2 yang terkorban sekarang adalah manusia yang menjadi DALANG disebalik kejadian ini. Semuga Allah beri petunjuk. Amin
    Amin Amin

    p/s : Cuba kita renungkan kenapa baru sekarang Kerajaan Sulu tiba2 meroyan?

    ReplyDelete
  11. jangan terlalu lembut dengan penceroboh...
    sudah lupa dengan lirik ini?

    anak kecil main api, terbakar dirinya sendiri...

    kalau sudah lupa, cuba ingat semula....

    ReplyDelete