Friday, March 1, 2013

HATI HATI KALAU DAPAT MISSED CALL!




Kjee jarang2 sekali membuat panggilan balik keatas sebarang 'missed calls' yang Kjee terima di handfon, melainkan nombor2 yang Kjee kenal. Kekadang its quite annoying apabila ada pihak nak bercakap dengan kita tapi sengaja buat missed call supaya kita call balik.

Anyway, kegusaran Kjee mengenai missed calls ini sebenarnya sudah terjawab sejak beberapa minggu lalu. Saban kali Kjee tengok posting di Facebook mengenai amaran jangan call balik kalau terima missed call dari nombor yang angkanya +375, +371 and +081, melainkan anda nak cari penyakit.

Kjee masih tak pasti kesahihannya postings amaran tersebut sehingga Kjee membacanya di akhbar The Star tadi. Maklumlah, kekadang posting dalam FB bukanlah boleh dipercayai 100%.

Kononnya, kalau anda call balik nombor missed calls dengan angka +375, +371 and +081, kemungkinan
besar korang akan kerugian kerana nombor itu adalah nombor negara asing. Dan kerugian akan hanya disedari apabila menerima bil telefon yang tidak masuk akal, bulan berikutnya!

Pihak polis khabarnya, sudah sedar akan kejadian ini dan penyiasatan sedang dijalankan.

Jadi frens semua, hati2lah. Kalau ada missed call tak perlu jawab melainkan korang kenal nombor itu.

5 comments:

  1. kak gie, saya baru je dapat missed call dari +33176743680 @ 1.51am. sekali je phone ringing. nasib baik tak call balik.....

    ReplyDelete
  2. Saya pun bukan jenis nak call balik no yang buat miss call tu.

    ReplyDelete
  3. Tq Kak Jee for the info. Belom penah dapat lagi fon call macam tu

    ReplyDelete
  4. selalu baca jer info mcm ni..tapi tak sangka kena pada diri sendiri...saya juga terima sekali missed call dari talian nombor yang dimaksudkan pada jam 8pm..nasib baik sebelum ni saya sudah membaca info berkenaan..

    ReplyDelete